Thursday, February 25, 2010

DETIK 12 MALAM TIBA-TIBA....

Detik 12 malam, ketika aku dan Putri sedang sibuk membungkus kuih pulut panggang untuk dijadikan menu hari esok, tiba-tiba rumah ku diketuk seseorang..... Tuk! tuk! tuk! Di dalam hati siapalah tetamu tak diundang tengah2 malam begini.... Bagai nak tercabut pintu diketuknya.... " Ya, ya akak datang ni sabar..." Laung ku... Kak mintak tolong kak, panggil abang... Cik D (bukan nama sebenarnya) kena rasuk, kami tak tau nak buat macam mana.." Cik D ni merupakan warden budak-budak studen Master Skill di tempat tinggal aku ni.... Dia ni perempuan....
Aku dan Putri bergegas mencapai tudung lalu menuju ke rumah cik D.... Sebelum aku pergi aku sempat mengkabarkan kepada cik Pah dan suami serta Mat Nor... Ketika aku sampai di muka pintu rumah cik D, aku dapati 6 hingga 7 orang student lelaki sedang menenangkan cik D. "Asalamualaikum, boleh saya masuk" laung ku... Ketika itu tiada sedikit pun perasaan takut, hanya perasaan simpati dan ingin membantu... Berbekalkan sedikit pengalaman sewaktu di sekolah dulu ketika berlaku banjir yang hampir 1bulan setengah di tempat pemindahan, aku jadikan kekuatan untuk cuba mengubati cik D... Yalah masa dulu di pemindahan banjir, boleh dikatakan hari-hari ada je pelajar-pelajar di sekolah tu mengalami hesteria... Pelajar silih berganti dirasuk... Alhamdulillah aku diberi kekuatan dan tidak mudah lemah semangat menghadapi situasi seperti itu... Begitu juga Putri yang berbekalkan sedikit pengalaman sewaktu di asrama dulu... Cuba untuk membantu... Semasa aku memegang kepalanya dan membacakan ayatul kursi, cik D merengek-rengek seperti budak kecil... Oh rupanya cik D ni kena rasuk dengan mahluk halus kanak-kanak.... Dia marah bila aku dan Putri mebacakan surah-surah tertentu kepadanya... Budak kecik dalam badan cik D tu berkata... " Dia kacau rumah aku! Dia kacau rumah aku!" Rupanya cik D ni di siang harinya masuk ke salah sebuah rumah kosong bertujuan untuk membersihkankannya... Rumah tu sudah lama kosong dan bakal dihuni pelajar baru tak lama lagi... Aku berpesan kepada semua pelajar-pelajar di situ supaya bila masuk ke dalam rumah berilah salam dan mintalah izin sekiranya rumah tu kosong dan tidak berpenghuni... Itulah kesilapan yang dilakukan oleh cik D.... Memang kawasan ni agak baru dan angker (keras)...
Belum sempat aku menyapukan air yang ku baca dengan surah ayatul kursi, cik D sudah menampar air lalu air itu terkena Putri... Habis basah Putri... Hanya sedikit saja air yang dapat ku lumurkan di mukanya... Akhirnya Harun suami cik Pah datang bersama D.R dan Mat Nor... Aku serahkan pada Harun kerana dia lebih arif untuk menyelesaikan masalah seperti ini.... Dalam peroses mengubatinya, agak degil budak kecik tu untuk keluar dari jasad cik D... Setelah ramai-ramai kami membaca ayatul kursi, akhirnya budak kecik tu mengalah.... Perlahan-lahan cik D beransur tenang dan boleh membaca ayatul kursi dan berikstifar... Alhamdulillah....
Apabila dia sedar dari hesteria... Dia berkata"kenapa dengan saya? Kenapa pakcik ramai-ramai datang rumah saya ni?" kami menjawab... " Cik D pengsan tadi..." Nampak raut wajahnya menahan kesakitan bekas kemasukkan mahluk tu.... Setelah Harun menyediakan air yang telah dibaca dengan surah-surah tertentu dan diminum oleh cik D kami meminta izin untuk pulang...
Sebagai iktibarnya, orang yang biasanya kerasukan ini adalah jarang-jarang melakukan solat dan kurangnya dalam berzikir menyebut nama allah... Bukan cuba nak mengaibkan pesakit tapi kebiasaanya mahluk halus akan mudah meresapi seseorang itu yang tidak mempunyai semangat dan pegangan dalam agama... Semoga dengan kejadian ini akan memberi kesedaran kepada pesakit... Kebesaran allah itu dan surah-surah yang diturunkan tiada tandingannya.... Jadi bacalah apa pun surah-surah yang terdapat dalam al-quraan sebagai baju perisai dalam menghadapi kehidupan ini... Begitu kebalanya ayat-ayat terdapat di dalam al quraan...

P/S: Bagi mengelakkan dari perbuatan sihir dan kerasukan, eloklah mengamalkan surah al baqarah ayat 3terakhir sehingga habis sebagai amalan harian kita... Seelok-eloknya bacalah selepas solat subuh dan magerib atau lakukan sehari sekali pun sudah memadaie... Surah ayatul kursi pun elok diamalkan selalu... Peringatn lagi, bila kita melihat orang yang kena rasuk, jika orang yang dirasuk itu merenung mata kita, janganlah kita melawan tatapan matanya... Kerana kadang-kadang mahluk itu akan mudah masuk dan berpindah-pindah je jasad orang lain.. Harap dijadikan satu peringatan buat kita semua.

6 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

suspen betul la...

MSOM said...

Azan tujuh kali....

Teman Setia Anis said...

Benda tu budak je... Belum sempat azan dia dah keluar...

Teman Setia Anis said...

MM ingat tak lagi masa kat pemindahan banjir dulu masa tu MM tingkatan 2.... Menyeramkan ya... Ramai pulak orang kena hesteria.... Aku masa tu aruwah cikgu Rahman suruh tolong pegang orang yg tengah meronta-ronta.... Tak tido mlm dibuatnya...

comeisari said...

hehehehe...cerita jin dah menjangkit kat sini ke

Teman Setia Anis said...

Jin ni jin berebut rumah dengan manusia... Manusia penat2 bayar bil api, bil air mentenens, boleh dia mengaku rumah tu rumah dia..... Tak patut... Jin ni tau nak duduk free jelah...