Tuesday, February 16, 2010

AKU BAHAGIA DI SINI...

Tak terluah dengan kata-kata bila aku melangkah menyusuri tanaman yang begitu terbentang luas dan indah.... Aku terpaku seketika melihat kegigihan abah melakukan kerja-kerja begini sendirian... Begitu kagumnya aku dengan kekuatan kudrat abah yang mungkin tak terjangka oleh akal ku... Sedangkan aku baru memegang cangkul yang tak seberapa mencangkulnya sudah tercungap-cungap, bagaimanalah abah boleh melakukan semua ini sendirian... Abah aku tabik dengan abah...

Awan yang terpilu.... Bila aku menatap langit senja ini, hatiku sayu melihat kebesaran allah yang membuat hatiku terusik.... Aku rasa tenang, bahagia sangat-sangat.... Kerana aku masih diberi peluang untuk melihat kebesaranya... Memang indah pemandangan di sini... Aku menanti uncle Mat Som dan auntie MM yang tak muncul-muncul... Untuk mendengar cerita-ceritanya... Akhirnya aku hampa...

Pokok kobis yang diusahakan oleh abah... Mudah-mudahan tanam-tanaman ini akan mendoakan abah selalu sihat dan boleh berbakti pada tanah...

Anak-anak cukup gembira melihat hasil tanaman datuknya.. D.R aku yang memang minat berkebun turut membantu memetik cili...

Abah... Aku tahu isi hatimu... Kau bahagia dengan cara begini.. Inilah hobi dan cara buat mu bahagia.. Doakan anak mu ini dapat membeli sebidang tanah kosong, dan akan ku berikan sebagai hadiah untuk mu bertani, kerana aku tahu, jiwamu di sini bersama pokok-pokok yang menjadi teman setia mu... Kerana aku tahu tanah ini bukan milik mu... Kerana yang menjadi milik mu kini hanyalah ladang kelapa sawit dan tidak boleh diselang-selikan dengan tanaman lain... Aku tahu abah bosan.... Insallah akan aku cuba membahagiakan mu diakhir-akhir usiamu... Kerana hatiku menangis bila teringatkan mu abah... Hanya allah yang maha mengerti susah payah dan kesengsaran mu... Walau kau tak pernah berbicara, tapi aku dapat membacanya, dari raut wajahmu...

Keesokanya, aku mendapat panggilan dari cik P untuk berjumpa di rumah nenek... Dia kata makcik MM dah tunggu kat rumah nenek... Aku membayangkan anak dan suaminya ada... Oh! rupa-rupanya dia single je macam anak dara... Kenapa tak cakap awal-awal... Kalau tak aku pun nak mensingelkan diri aku juga... Tapi masa begitu mencemburue kami.... Tak sempat rasanya aku nak bercerita panjang lebar dengan makcik-makcik aku yang muda belia ini... Agaknya kalau kita tidur bersama-sama macam zaman kanak-kanak dulu mesti bestkan... Kita bercerita dan entah apa-apa lagilah topik yang kita nak sampaikan, dan akhirnya kita tak tidur sampai ke pagi... Makcik aku ni sibuk nak ke pasar pulak... So jumpa lain kali je ya... Jangan lupa joins my bisness tau...

Sebelum balik K.L aku singgah di Parit Sulong untuk membeli kerepek buat olea-olea kawan-kawan di K.L.. Nama kedai pemborong ni Kerepek Ubi Pedas macam tulah masa aku baca sendboad kat depan tadi... Lalu juga depan rumah uncle MS aku tu... Tapi dia mcm senyap je so aku pun malaslah nak ganggu dia... Mungkin dia tengah mengarang ke... Atau tengah bertapa ke... Anak buah tumpang lalu ya...

6 comments:

MSOM said...

La..aku kenapalah kau tak ketuk pintu rumah aku? kadang-kadang aku kat dapur. Sebab jiran depan aku tu Ah Hock menyambut Tahun Baru,bunyi kereta dah biasa. Aku tak dapat melihat semua kereta yang datang, kerana selalu aku terkeliru.

Juga, aku ingatkan kalian bercuti selama seminggu. Kenapa cepat sangat kalian balik?

Tertanya-tanya juga MINYAK apa yang kau nak perkenalkan kepada aku?

Teman Setia Anis said...

Anak aku dah sekolahlah hari ni... Aku kan duduk kat Selangor bukan kat Johor. Tapi aku tak puas balik kg. Tak sempat tengok kandang kambing kat belakang rumah siap. Tak apalah nanti aku balik nak beli kambing. Kak yati kata dia nak jaga. Cik Piah dgn cik MM mcm nak joins je bisnes tu je... Tapi cik piah nak ada org yg pandu dia dlm bisnes ni... Tapi aku rasa cik som yg sesuai jadi leder kat Johor...Sebab kat Johor belum ada lagi produk ni... Tanya kat cik piah nanti.

SeNDuDuK PuTiH said...

Luasnya tanam-tanaman si ayahanda tuh...
Pokok2 sayuran pon nampak segar bugar...
Tak rugi berbudi pada tanah kan...

Teman Setia Anis said...

Memang indah tempatnya... Lupa segala masalah bila melihat kehijauan pokok-pokok dan terasa damai di situ...

Mama Miraki said...

suburnya sayuran tu,,geram lah tengok,..... tak yah gi cameron higlands kan

Teman Setia Anis said...

Mama Miraki nak tau... Masa balik hari tu bonet kereta penuh dengan hasil pertanian abah.... Tak sampai pulak kat mama Miraki oleh-oleh tu... Jiran-jiran kat sini pun dah tertunggu sayuran frest dari kg tu... Last ada 2 biji je tinggal untuk anis ni.. Terlampau seronok sangat sampai sendiri punya pun lupa nak simpan... Cili kg memang pedas...