Sunday, March 28, 2010

MEMEK MUKA ORANG YANG BUAT KITA GELIHATI




Pagi ni entah kenapa tergelak tengok album lama ni, terus terfikir nak menguploadkan kat blog anis ni... Kakak yg tak sekolah pagi ni ada di sebelah turut tergelak tengok gelagat orang-orang kat atas ni... Jangan marah kerana anda terpilih dalam senarai yang buat anis ketawa gelihati pagi ini... Masa bilalah gambar-gambar ni diorang ambik pun anis tak pasti... Tapi memang anis dan kakak gelihati..

Saturday, March 27, 2010

BERKAMPUNG DI IKBN PAGI INI..

Hari ini biar orang nak termuntah ke nak terjojol biji mata ke anis tak kisah... Siapa yang rasa boring nak baca cerita merapu anis ni jangan baca... Cerita hari ni cerita pasal anak-anak anis lagi ya.. Has untuk rakan-rakan yang tak ada blog tapi memang suka mengikuti perkembangan anis di sini... Selalunya kalian suka komen kat telefonkan atau antar sms... Terutamanya buat Tuan Ema yg mengendap blog akak nak tahu perkembangan anak-anak akak sekarangkan... Senang-senang nanti akak ajar buat blog ya... Heee... Macam pandai sangat.. Dah tengokkan 3anak-anak akak yg akak dah entri kat blog ni... Buat sepupu-sepupu anis, terutamanya Butang Naiemah janganlah asik mengendap je nanti tumbuh ketumbit tau... Bila lagi nak buat blog ni... Boleh akak sekondeng kat blog Butang Naiemah nanti...

Suka tengok anak-anak happy... Dengan riaknya mereka menunjukkan trofi dan medal yang mereka dapat... Kalau dapat betul-betul emaskan bagus... Berbaloi lari penat-penat ... Meterialnya ibu dia ni... Kakak dapat lompat jauh naib johan dan adik dia dapat lari berganti-ganti 4x80 meter naib johan juga...

Sukanya dia dapat madal ni... Lepas ni acara apa lagi..? 80 meter solo... Mula-mula dia lari pecut bukan main tempat kedua, last sampai di garisan penamat dia terus perlahan... Bateri dah nak kong... Last dapat nombor 4...

Kakak dan sahabat karibnya Siti Nurhaliza.... Berkawan baik sejak tadika lagi... Gandingan yang serasi mereka ni...

Kawan-kawan kakak yang akan lari berganti-ganti. 4x80meter, 4x200meter, 4x400meter...

Syahir yang Sporting pagi ini... Beria-ia memberi sokongan pada kakak-kakaknya... Tunggu, lepas ni giliran adik pulak di sekolah tadika ada sukan nanti..

Acara raptai bermula.... Satria, Putra, Tiara dan Wira.... Masa anis sekolah dulu nama pasukan di sekolah rendah, Marik, Musytari, Kejora dan Zuhal... Macam-macam nama pasukan ya...

Ha... Hari ini apa yang menariknya anis terjumpa kawan lama.... Dekat 5tahun tak berjumpa... Lost contex... Tak sangka dia pun berpindah di kem FRU... Biasalah isteri polis ni kerja berpindah randah selalu... Banyaklah story mory yang kita cerita kat sini... Kak Su lepas ni selalu-selalulah kita jumpa ya... Rumah pun dah tak jauh dari anis... Kata nak pasang it... Cepatlah sikit, biar senang anis nak kacau kak su selalu... Dia ni sepisis anis juga.... Anak jawa.... Tapi jawa ni dah banyak ke arah kemodennan... Mangkin montel kak su... Lepas ni makanlah lobata ya, bagus barang tu... Anion yg anis bagi jgn lupa cuba ya... Lepas tu bagi komen tau pasal barang tu... Sempat lagi berniaga di IKBNlah pulak... Lepas ni rajin-rajin tengok blog anis ya...

TIGA ANAK YANG BERBEZA CITARASA..

Ini anak sulong anis yang bernama Nur Shafiqa Irdina... Sekarang ni dah berusia 10tahun. Bila ditanya apakah cita-cita bila besar nanti, dia kata nak jadi pensyarah di universiti.... Itu sebenarnya cita-cita anis yg tak kesampaian... Tak pernah pun menyuruh dia memilih kerjaya seperti itu, entah tiba-tiba itu yang keluar dari mulut dia bila anis bertanya. Mudah-mudahan dia akan meneruskan cita-citanya menjadi kenyataan, biar ibunya tumpang gembira... Dari gayanya memang ada tokoh ke arah itu, mulutnya yang suka berceramah di dalam bilik mengajar adik-adik dan anak-anak jiran mengalahkan profesor... Hobinya suka mengumpul trofi kejayaanya... Nanti senang-senang anis tunjuk trofi yang dia dah dapat... Idola dia ibu... Itu yang dia kata. Berminat dalam dunia fesyen dan masakkan macam ibunya jugalah... Mana tak tumpahnya kuah kalau tak kenasikan... Seorang anak yang taat dan selalu mendengar kata... Bila suruh apa-apa tak banyak cakap, laju je dan tak banyak kerenah... Terlalu memahami kesusahan ibunya... Tak boleh puji sangat-sangat, nanti kalau dia baca kembang hidung dia...
Perangai dia yang anis tak suka pulak! Dia tak suka orang kritik dia... Dan tak suka kita meletakkan kesalahan keatas dia... Padahal dia yang buat silap. Tak bagus tau nak.... Tak bertanggunjawab tu namanya... Yalahkan, manalah ada manusia yang benar-benar sempurna kat dunia ni... Tapi kalau boleh nak kena ubah sikap yang tak berapa baik tu.. Anak yang ini banyak mewarisi bakat ibunya.. (anislah tu)...
Makanan kegemaran: Sambal udang dan masak lemak apa-apa je mesti banyak dia makan.
Minuman kegemaran: Milo ice dan sirap bandung

Yang ini anak nombor dua anis... Nama dia Shima Iriena... Seorang anak yang minta perhatian dari ayahnya... Memang anak ayah... Umur dia 9tahun. Cita-cita dia pulak bila besar nanti nak jadi cikgu macam Mak Ucunya... Hobinya pulak suka gigit kuku dan duduk sendiri fikir apa entah... Tu yang paling anis tak suka tu... Minat dia main game pulak. Perkara yang paling anis suka anak anis yang ini, dia suka mengemas rumah... Selalunya dia yang menyapu dan mengemop lantai bila dia free... Idola dia adalah ibunya, itu kata dia... Bila anis tanya kenapa? Dia kata ibu cantik, baik, kawan-kawan adik selalu puji ibu, cikgu pun cakap ibu peramah dan cantik... Oh! Kembangnya hidung anis masa dia cakap tu.... Tak sangka anis jadi ikon dialah pulak.. Sentiasa mengikut rentak hidup kakaknya... kalau kakak dia jadi pengawas sekolah, dia pun jadi pengawas sekolah... Kalau kakak dia lari dapat nombor 1, dia pun nak dapat nombor 1. Dalam pelajaran lemah dalam bahasa melayu... Anak melayu tak reti bahasalah ni... B.I dia pulak o.k... Seorang anak yang sensetif dan mudah menangis... Dan agak manja.. Bab masak cukup minat macam kakak dia juga... Memang suka menolong di dapur... Selalunya berebut-rebut nak menolong... Harap-harap rajin sampai ke besar... Anak yang ni pulak tak berapa pasti mewarisi siapa pulak.. 50/50... Ibu ada, ayah pun ada...
Makanan kegemaran: Nak yang sedap-sedap je... Susah tau memikir anak yang seorang ni.
Bab makan ikut mood dialah pulak.
Minuman kegemaran: Air tembikai

Yang ini pulak staring anislah... Nak panggil bongsu ke anak ke 3 ya... Takut cakap bongsu alih-alih terkeluar lagi... Tapi rasa-rasa macam dah cukup 3orang anak je... Nama dia Muhammad Syahir Afiq....Berusia 5tahun. Bila ditanya cita-cita dia, dia tanya kita balik cita-cita tu apa bu... Oh lupa pulak kamu tu kecik lagi ya... Jadi soallan yang sesuai ditanya begini... Syahir-syahir, bila besar nanti nak jadi apa? Dulu dia nak jadi superman, bila anis dan D.R ketawakan dia, dia telah mengubah cita-citanya.... Dia kata nak jadi bos, bos apa anis pun tak taulah.... Lepas tu dia kata lagi nak jadi doktor... Anis tanya dia balik... Doktor apa...? Dia kata apa tau! Doktor perempuan... haaaaa... Anis dan kakak dia tergelak besar.. Doktor perempuan ke doktor sakit puan ke entahlah.... Tengok jelah besar nanti.. Soalan seterusnya kat anak yang seorang ni, siapa yang Syahir paling suka? Kalau nak tanya idola dia siapa, mesti dia tak taukan... Dia cakap allah... Bila anis tanya lagi kenapa pilih allah. Dia senyum je... Lepas tu dia tanya anis dan cik pah balik... Allah tu sekolah tak? Anis dan cik Pah tergelak sampai menitis air mata... Kenapalah soalan tu yang di tanya nak... Apa anis nak jawab ya... Lepas tu dia tanya lagi, allah tu kerja tak ibu... Kebinggungan.... Nak jawab apa ya... Dia tanya lagi... Allah tu tangkap orang jahat tak ibu? Yang ni anis dapat idea nak jawab apa... Buat apa allah nak susah-susah buat kerja semua tu... Kat dunia ni allah dah lantik orang buat kerja tangkap oranglah Syahir... Poliskan ada... Allah dah pandai dah tak payah pergi sekolah... Kalau cakap lebih ditil mesti dia tak faham... Jadi penyampaian macam ni rasa lebih berkesan.. Oh... Lega dapat jawap soalan dia.. Hobi dia ni suka bertanya sampai kita jemu nak menjawabnya... Kalau kita tak jawab mesti dia akan merengek-rengek tu yang tak lalu... Minat menulis dan membaca.. IQ dia memang bagus berbanding kakak-kakak dia... Cepat faham dan menangkap semua benda yang dia belajar dalam sehari... A sampai Z dah lancar membaca dan menulis... Lepas ni nak ajar dia suku kata pulak.. Dalam huruf jawi pun alhamdullilah mudah dan terang hatinya... Mewarisi datuknya yang sudah kembali kerahmatullah... Garang dan tegas.. Cukup perihatin tentang rambutnya... Seorang adik yang selalu tak reti nak mengalah... Menang dia je... Buat kerja tak suka bertangguh. Contohya, Kalau kerja sekolah dia tak siap, belum buka setoken dan baju terus merengek nak buat kerja sekolah. Selalu sangat dia buat perangai tu... Lagi kalau nak makan ke nak minum ke tak boleh nak tunggu kejap ya... Dah mula mulut tak reti diam... Inilah perangai sebenar mereka di depan anis...
Makanan kegemaran: Asal yang berkuah... Pedas pun dia makan..
Minuman kegemaran: Air laici. Tapi dia selalu cakap air kosong bali manis... Bahasa rojak dia...

Kepada rakan dan taulan marilah berkongsi cerita yang menarik tentang anak-anak kalian... Anis tumpang seronok membacanya... Seronok tau tengok gelagat anak-anak yang dari dua tapak tangan kita ni kita membelainya sampai mereka membesar.... Sesekali bercerita kebaikan dan kekurangan anak-anak kita apa salahnya.. Sekurang-kurangnya mereka rasa dihargaie dan tahu apa kelemahan mereka sebenarnya.......
Ibukan adalah mentor,ikon dan yang sewaktu dengannya yang terbaik pada pemikiran anak-anak yang sedang nak membesar ni... Biarlah anak-anak kita menjadikan kita ikon mereka sampai kita tua nanti...

Monday, March 22, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN DR....

Macam tak caya pulak anis boleh buat kek yang tak le cun sangat untuk insan yang paling aku cinta ni... Tersenyum lebar DR tengok kek ni.... DR inilah kek yang anis buat dengan penuh rasa kasih sayang... Berjam-jam nak siapkan kek ni dengan hasil keras tangan anis ni inilah hasilnya... Heee... Dengan tak pergi kelas masakan pun boleh juga jadi kek ni ya...

Orang paling happy malam ni anak-anak dan Farisa anak jiran sebelah rumah... Cik Pah yang baru dilantik jadi warden mengantikan cik Dan pun ada datang sama... Ci Pah jadi warden Putri... Lepas ni senanglah kita nak buat oprasi kat sini... Eh auntie pun joinslah... sporting betul auntie ni... Siap bagi kain pelekat untuk DR... Cik Pah sponser pizza... Cik Pah 2 pun ada sama malam tadi... Yang kelakar tu malam tadi sebelum nak sambut birthday DR tiba-tiba bekalan elektrik terputus... Dekat sejam jugalah baru ada elektrik... Masa nak mula pasang lilin kek tu tiba-tiba elektrik ada semula... Yeeeeea... Terdengar satu block bersorak kegembiraan...
Kelakar pun ada macam bersorak tengok bola sepaklah pulak...

Yang ni pulak masa proses buat kek tu... Mula-mula nak buat kek tu panjang, last papan tu kecik sangat maka anis pun potonglah kek tu kiri dan kanan... Cik Am tak sabar-sabar nak makan... Nasib baiklah anak-anak yang dua orang tu pergi sekolah dan bujang kecik tidur... Bolehlah nak mengodek kek ni tanpa gangguan sesiapa... Cuma cicak koben sorang ni kejap-kejap cuit baki kek ni...
Dah tongang tebalik anis susun gambar kek ni... Ni masa buat krim dan sapu menyapu krim dan bluebarry... Hentam sajalah labi...

Apa-apa pun buat DR selamat menyambut ulang tahun yang ke....? Dia kata usia biarlah rahsia... takut tualah tu... Heee... Moga allah akan sentiasa merahmati mu dan hidup dalam ketenangan selalu... Terima kasih kerana menjadi suami yang baik untuk anis ya... Love you!
Ucapan terima kasih untuk dip-dip terhormat yang sudi meluangkan masa bersama-sama menyambut ulang tahun DR pada malam tadi... Terutamanya Auntie, Cik Pah warden dan cik Pah 2, isteri taukea D Selera... Tak lupa juga Siti yang dah balik sebab tinggal anak dia Adam sorang2 kat rumah...

Saturday, March 20, 2010

HARI INI JALAN-JALAN BELI BARANG...

Hari ini aku banyak agenda di bandar K.L ni... Mula-mula aku makan burger MD free... 10 biji burger kami dapat ari ni... Bagi 2 voucer kat cik pah dan 2 voucer kat am, lebihnya kami punya... Tiap sabtu selalu dpt makan free je.. Minum je kena bayar... Bestkan... Jarang dapat peluang macam ni....

Ni pulak agenda aku seterusnya... Ke kedai nyonya membeli barang-barang kek.. Nak ikut Mumy Gee buat kek untuk darling sendiri baru puas hati... Hari selasa ni birthdaynya... Tak taulah menjadi ke tak kek tu nanti... Kalau tak menjadi aku pergilah kat kedai kek mana-mna nanti...

Bendaalah ni yang aku beli kat kedai kek tu... Dah tak ada pilihan lain... Beli coklat emelco, krim kwix, lilin dan adalah beberapa barang lagi aku telah terbeli... Habislah rm40... Kuang,kuang,kuang... kalau beli kek kat kedai pun tak mahal macam barang2 ni... Saja nak tunjuk keras tangan aku ni...

Lepas tu pergi ke Kamdar Chow Kit, selesa sikit kalau beli kain kat Kamdar ni berbanding di jalan TAR.... Tak bersesak-sesak dengan orang... Cik Pah sibuk memilih kain tudung. Last dia tak beli pun... Dah tengok banyak-banyak kain pening pulak dia... Akhirnya aku yang terlebih menyoping kat Kamdar ni...

Kain yang kat gambar ni kain untuk tudung... Satu meter rm10.90. Sapa yang pandai jahit tudung sendiri bolehlah beli...

Yang ini pulak kain tudung juga, tapi harga dia boleh tahan rm24.00 semiter.... Quliti dia memang bagus, lembut dan sejuk untuk dipakai... Tapi hari ini aku nak beli kain laining untuk 2pasang baju coustemer... Last aku terbeli 4pasang baju untuk bujang kecik aku dan baju DR...

Kain ni aku suka sangat tengok... Tapi tengok je, tak beli pun...... Memang sejuk je warna dan kain dia... Lain kalilah aku beli... Bujet dah lari banyak ni... Nak jahit pun sempat ke tak kalau beli pun... Dah letih baliklah rumah... Sampai kat rumah penat sangat-sangat... Rehat kejap. Alih-alih ada adik panggil.. Kak ada student berkhalwat... Aaaa... Termelopong seketika... Tak habis-habis budak2 ni... Masa kami buat serbuan student lelaki bawak student perempuan masuk bilik... Buat apa waullahhualam... Pucat budak2 tu masa kita cekup... Kat atas tilam ada kesan darah... Darah pecah dara ke apa kita pun tak pasti... Budak perempuan tu kata dia pireiot, betul ke ejaan aku ni? Hentam jelah... B.I lemah sikit... Tapi tak logik,kalau pireiot kenapa kat seluar dia tak ada kesan darah tembus... Dah berdua-duaan dalam bilik buat apa lagi... Budak2 tu cuba nak kelentong kami... Last bawak pergi balai... Dah tu satu perkara lagi terjadi pada hari dan waktu yang sama... Jiran aku yang tinggal kat block lain tu pulak, sebelah rumah dia tu pulak melayu bawak pulak negro dari Negeria pulak... Adui... Sampai ke petang kita jadi pencegah maksiatlah pulak... Mula-mula malas aku nak melibatkan diri dalam hal-hal macam ni, tapi tak elok pulak membiarkan maksiat berluas-luasa kat tempat tinggal aku ni... Maka malam ini 3orang budak remaja tu kena tunggu jabatan agama datang kat balai... Negro tu dilepaskan kerana dia orang kristian... Tidor kat lokaplah jawabnya budak-budak tu...

Monday, March 15, 2010

JERAM POMSON HULU LANGAT



Bagi mengelakan blog ni mcm tak berpenghuni dan takut jin pulak yang duduk dalam blog aku ni maka aku meriah-meriahkanlah blog aku ni dgn cerita aku dan apa yang aku buat semalam.... Almaklum sajalah jin dekat sini sekarang semua tgh mengamuk dan duduk menumpang kat badan orang tak mustahil pas ni nak menumpang kat blog org pulak...
Semalam seperti yang aku janjikan dgn anak-anak nak bawak mereka mandi-manda di jeram telah aku tunaikan... Ditemani salah seorang jiran aku Illa dan anaknya pun aku bawa bersama... Apa yang menduka citakan aku time mandi manda tu si kakak telah memecahkan cermin mata aku.... Aduh! Sedihnya... Macammanala nak memandu kereta tanpa bercermin mata.... Memang pagi ni kepala ni mcm nak pecah akibat tak bercermin mata... Duit lagi... Nak kena tempah cermin mata barulah ari ni.. Ni pun tak boleh cerita panjang-panjang, rasa mata ni sakit menghadap komputer ni... Rasa pening-pening lalat... Silau dah bertambah pulak tu... O.k ya jumpa lagi...

Monday, March 8, 2010

MALAM YE SANG BERSAMA YB ISMAIL SANI

Walaupun hujan turun, ramai tetamu yang datang pada malam itu sempena sambutan CNY... One Malaysia Ye Sang tajuk bena yang terpampang di salah satu sudut di situ... Oleh kerana dijemput aku pun menyebukan diri di situ...

Gambar tak terang sebab bergambar dlm gelap... Lampu kat padang ni tak cukup banyak...
Anak-anak dan D.R serta Cik Pah baru selesai mengaul Ye Sang... Lepas tu apa lagi makanlah...

Apam balik ni satu tong besar habis... Ramai yang serbu awal-awal... Hujan-hujan semua lapar... Makan free katakan....


D.R yang pakai payung kat hujung tu sibuk memerhati pekerja-pekerja ketering yang sedang mengoreng ayam... Tak sabar nak makanlah tu...

Nilah Ye Sang yang aku gaulkan tadi... Sedap rupanya Ye Sang ni... Apa-apa pun terima kasihlah kepada pihak penganjur mlm tu...

Ye Sang sepanjang 15meter panjangnya yang dirasmikan lebih kurang 500org pengunjung... Masuk paper lagi... Yang ramai-ramai ni tengah makan Ye Sanglah ni... Melayu, cina dan india serumpun dan mereka ini saling hormat menghormati... Masa makan ramai-ramai tu pun sempat beramah mesera antara satu dgn yg lain... Best sesekali joins macam ni... Baru rasa kemuafakatan... Ye Sang yang disediakan ni orang melayu yg buat... Jadi taklah rasa kembang tekak bila nak makan...


Penutup tirai pada mlm tu... Bunga api .. Sampai mata aku pedih kena debu-debu bunga api tu... Tarian singa tak dapat aku nak rakam sebab Syahir ketakutan bila melihat singa tu tergedik2... Tak tahulah apa yang difikirkan oleh Syahir sampai fobia setiap kali melihat tarian singa ni... Susah nak jadi mama razi kalau anak dah bergayut kat baju ni... Well... Minggu bergembira pun dah berakhir... Esok anak-anak nak mula exam... Selamat menyibukan diri...

Wednesday, March 3, 2010

LAWATAN DARI PADANG INDONESIA







Di pagi yang ceria, hari ini aku berada di sekolah tadika Kemas tempat Syahir bersekolah.. Hari ini sekolah mendapat kunjungan cikgu-cikgu dari sekolah di Padang Panjang Indonesia. Kami sempat beramah mesera dengan cikgu-cikgu dari seberang... Lorat pun dah bertukar... Rasa macam duduk di Indonesialah pulak... Tapi seronok juga.... Mereka menimba ilmu dan pengalaman di sini... Syahir melopong bila tengok cikgu-cikgu dari Indonesia itu menyanyi untuk murid-murid di tadika ini... Akhirnya perjumpaan 2jam itu banyak membawa keceriaan untuk anak-anak... Mak-mak pun tumpang happy... Kata MM minggu bergembirakan... Jadi aku gembiralah ni... O.k ketemu dilain waktu ya bu.... Kapan-kapan mampirlah lagi... Za le Ko..... (Jumpa lagi dalam bahasa arab)