Tuesday, February 23, 2010

MENANGANI KONFLIK DALAM BENTUK DARAR

Apakah yang anda tahu tentang Dharar? Bagi sesiapa yang tidak memahaminya marilah kita kongsikan bersama di sini... Coretan yang aku lampirkan di sini bagi memperingatkan isteri2 yang buntu mencari jalan keluar dalam konflik rumahtangga.
Dahar - penganiayaan suami kepada isteri sedangkan isteri adalah wanita yang baik akhlak
dan taat kepada suami. Suami pukul, mendera dengan tidak memberi perhatian atau kasi sayang.

MENANGANI KONFLIK DALAM BENTUK DARAR

Apabila isteri mengalami penderaan atau penganiayaan dari suami ... Isteri seperti dipukul, dikurung atau diabaikan nafkah zahir dan batin berlarutan darihad nusyuz, isteri perlu mendapatkan saksi tentang perbuatan tersebut, kemudian keluar daripada tempat dianiaya kepada tempat yang selamat. Dalam masa yang sama perlu membuat laporan perubatan dan laporan polis tentang perbuatan suami kepadanya. Semasa hendak keluar rumah isteri perlu membawa bersamanya kad pengenalan dan kad daftar perkahwinan/rujuk maklumkan kepada jiran tentang tindakkanya keluar dari rumah. Isteri perlu dapatkan khidmat kaunseling bagi mensetabilkan perasaannya. Sekiranya perlu, isteri boleh membuat aduan kepada penguatkuasa supaya suaminya diambil tindakkan.

Rumusannya:

Kehidupan suami isteri adalah perkongsian hidup yang diikat melalui amanah allah. Maka kemahiran menguruskan konflik adalah bergantung dengan tahab amanah yang dipegang oleh pasangan. Selain dari allah, pasangan yang mengetahui punca, bentuk dan tahap konflik yang mereka hadapi. Mereka juga yg menentukan kehendak dan mengetahui sejauhmana mereka telah menghayati konsep ikhsan dalam islam.

Renung-renungkan.... Buat teman dan sesiapa yang membaca coretan ini moga2 dapatlah membantu sedikit sebanyak masalah yang kalian hadapi.... Terutamanya buat sahabatku Si S...

2 comments:

Oren said...

sgt berinformasii..mohon izin utk copy paste bg tujuan KELAB.

Teman Setia Anis said...

Tak ada masalah... Aku mebincangkan topik ni sebab masa kat kelas semalam asik bercerita masaalah seorang sahabat tu....