Monday, February 1, 2010

MAKCIK M... RESEPI PAJERI NENAS YANG HANG NAK TU..

BAHAN-BAHANNYA:

Nenas 1/2 biji
bawang merah 7biji
bawang putih 3biji
halia 2inci
daun kari 1 tangkai
rempah kari daging adabi 2 peket kecil
rempah campuran (halba, jintan dan biji sawi) tanya kat kedai mamak rempah campur dia taulah.
Cili merah 2biji belah tengah jadi empat. Batang cili jangan buang ya
kulit kayu manis 1 batang
bunga lawang 3biji
santan pekat 2ringgit
udang kering 1/2 mangkuk kecik
kerisik 1mangkuk kecil (buat sendiri lagi sedap) 1/2 kelapa putih je di sangai atas kuali sehingga keperang-perangan lepas tu blan guna blan kering, sampai lumat.
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara-caranya:
Bawang,halia,bawang putih dan udang blan. Sediakan periuk dan letaklah minyak masak untuk menumis. Bila minyak panas, masukan kulit kayu manis dan bunga lawang serta daun kari. Daun kari tu buang tangkainya. Masukkan rempah campuran tu sekali. Masukkan bahan yang di blan tadi. Bila naik bau, masukkan kari yg telah digaul dgn sedikit air (Jangan cair sangat biar kental). Bila dah pecah minyak dan kari betul-betul masak, masukkan nenas dan gaul-gaulkan. Cili merah baru masukkan. Kalau masuk awal-awal takut lodoh, tak cantik nak buat hiasan nanti. Masukkan santan, kacau lagi dan akhir sekali masukkan kerisik, garam secukup rasa dan gula biar banyak sikit. Nanti rasanya pedas, manis dan masin... Masak sehingga keluar minyak.
Sedia dihidang..


Wahai Makcik M ku.... Itulah resepi pajeri nenas perak yang mak mertua aku ajarkan... Buat lepas ni... Aku nak tengok jadi ke tak.. Lepas tu ko masaklah ayam masak merh... Sebab tu geng yang sesuai kalau nak makan pajeri ni..

3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

ooo terima kasih2....aku nk war2kan resepi ko ni kt FB sbb smlm aku dh janji dgn diorg.. aku ingat nk bg resepi yg aku buat smlm tp sbb resepi tu tak berapa sedap jd aku nk bg diorg resepi yg ko punya ni biar pahla ko berganda2.

Mekasih ya..ayam masak merah? oh yg tu insyaAllah aku dh terror. Nt aku nk masak sekali dgn nasi tomato.

MSOM said...

BOLEH BUKA SYARIKAT CHATERING NI.

Teman Setia Anis said...

Makan sendiri pun malas masak, lagi nak bukak chatering.. Cik som ni buat lawaklah...