Tuesday, December 21, 2010

ANAK-ANAK AL-MARHUM HJ RAHMAT DAN HAJAH ZAITON

HAJAH ZAITON (IBU KEPADA 12 ORANG ANAK. 6 LELAKI. 6 PEREMPUAN.

ANAK SULONG HJ.JOHARI, NO 2, AL-MARHUM HJ RAMLAN (GAMBAR DI ATAS ADALAH ISTERINYA). NO 3 MARINEM. NO 4 TUKIYEM, NO5 ASMUNI. NO 6 HAJAH KASMINAH.

NO 7 HJ. SAHDAN. NO 8 JUMIAH. NO 9 KASIAN. NO 10 AMRAN. NO 11 KAMARIAH. DAN YANG BONGSU SABARIAH.

Assalamualaikum... Sebelum tu, saya telah meminta kebenaran kepada ahli keluarga ini untuk memaparkan wajah-wajah mereka di blogkan di dalam blog saya.... Pada mulanya saya rasa takut juga untuk mengambil gambar-gambar mereka ni... Takut ada yang tak setuju diambil gambarnya. Alhamdullilah nampaknya mereka semua memberi kerjasama yang baik. Ini memudahkan kerja saya lagi. Tujuannya sekadar bagi tatapan saudara mara, cucu cicit yang kurang mengenali sedara sendiri... Saya lakukan ini untuk merapatkan tali silaturahim sesama saudara yang jauh mahu pun dekat. Bukan apa, kadang-kadang tu ada sedara mara ni yang tak tahu nama makcik dan pakcik mereka sendiri... Almaklum sajalah... Makcik2 dan pakcik2 ni anak buah ramai, cucu pun ramai... Jadi manakan ingat semua nama2 saudara. Nama saya mereka ingatlah... Sebab saya ni cucu Hj Rahmat yang becok dan mesra alam... Perasan... Jadi kalau ada masa rapat-rapatkanlah diri dengan saudara mara ya... Untuk pengetahuan semua, alhamdulillah, anak-anak Almarhum Hj Rahmat ni semuanya dah berumahtangga dan hidup aman bahagia... Kalau ada pergolakan tu biasalah nama pun manusiakan... Selagi hidup macam-macam dugaan yang datang... Tapi mereka mampu menangani sendiri... Datuk dan nenek saya cukup bertuah mempunyai anak seperti mereka... Anak-anak yang cukup taat pada keluarga dan agama... Semoga allah sentiasa merahmatimu seperti nama atuk ku juga RAHMAT.... Dan ZAITON seperti pokok zaiton yang tegoh melindungi insan yang berteduh di bawahnya serta buahnya yang lebat.... AMIN...

Sunday, December 19, 2010

Pengantin 2010...

Hari ini pengalaman baru buat aku bila aku menghadiri majlis perkahwinan anak salah seorang sahabat suamiku... Anak mamak muslim... Jakun pulak aku melihatnya... Macam duduk kat Boliwood pulak....


Syahir termelopong tengok pengantin yang unik padanya... Macam-macam gosip yang di bawanya balik... Tak pernah tengok orang mamak buat majlis...

Kepala ni dah pening-pening dengar lagu-lagu tamil. Dengan aura bau-bauan yang kurang menyenangkan.

Pakcik-pakcik ni tak sabar-sabar nak makan... Lama sangat menunggunya... Masing-masing dah lapar nasi Baryani... Panjang-panjangnya nasinya.. Sedap... Majlis berlangsung di Sunway Subang.

Yang ini pengantin sepupu aku ikin. Nurasyikin Syahdan. Meriah majlisnya, tapi tak boleh lama-lama di situ nak cepat balik K.L.

Anak-anak ambik peluang bergambar sebelum pengantin naik pelamin. Teringat pulak masa aku muda belia dulu.... Berdebar-debar nak naik pelamin.

Mak Usu pun ambik peluang bergambar bersama anak2,anak buah dan pengantin... Mak usu tetap muda dan cun...

Ini pulak pengantin Faiez dan isterinya Hanim anak Dato Kamalia. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita. Penuh glemor... Gambar ni masa majlis selepas akad nikah di Masjid Subang Jaya.


Cendera hati sewaktu di Hotel Hilton. Coklat yang unik sekali...

Semasa di Keluang Johor.... Sebelah lelaki...

Emak pun ambil kesempatan bergambar dengan pengantin.

Bersama nenekda tersayang...

Possing sementara pengantin belum datang.

Bergambar ramai-ramai di Hilton sebelum balik...

Tetamu-tetamu terhormat Tan Sri Muhyiddin Yasin Berangkat pulang.
Dato Sarizat dan beberapa menteri yang lain turut hadir.

Possing kejap dengan mak usu...

Syahir yang dah mula jemu menunggu...

Majlis pengantin sepupuku Noraini Ismail di Segamat Johor... Tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak time ni... Agak sibuk menolong di dapur...

Cerita ku sepanjang 2010..

Beriadah.... Tempat yg sering aku kunjungi untuk merelistensionkan otak aku yang dah stress..
Tempat yang tenang dan damai... Sesekali kena bersenam, baru badan rasa sihat... Baru boleh kerja dengan relax.

Jalan-jalan di Tmn Tasik Permaisuri... Masing-masing dah kekenyangan makan donut Big Apple...

Ha! Kalau semua nak tahu.. Binatang nilah yang belakon dalam filem Zoo yg Lan pet2 cakap2 dengan haiwan tu...

Bawak anak-anak jalan-jalan di Zoo Negara time cuti-cuti sekolah ni... Kebetulan husben kawan kerja kat zoo ni jadi dapatlah free masuk...

Marlia Tengku Sabree tengah sibuk berceloteh di atas pentas... Cuaca agak mendung time ni, jadi taklah terasa panas sangat... Lepak hampir 45minit di situ.

Ni gambar artis yang anak aku sibuk sangat suruh ambik gambarnya. Aku tak tau nama dia ni sapa... Tapi anak2 aku panggil dia Tirana... Nama dalam slot drama. Masa di Jom Hebohlah ni...

Baju ni aku yang reka sempena majlis geraduasi masa di IKBN dulu. Ni masa aku ambik gambar ni, masa hari perpisahaan kanak2 tadika kemas tempat Syahir belajar.

Syahir sambut ulang tahun ke 5 di sekolah tadikanya...

Inilah hasil rekaan aku yang menang time sukan tu... Penat nak siapkan semua ni, pakainya sekejap je...

Ni masa beraya di rumah pakcik Baharuddin di Renggit... Nilah kerja aku setiap kali aku ke Renggit. Merembat buah kelapa gading pakcik akulah...

Dari kiri adik iparku Faiezah,Mak mertuaku,kak long dan yg oren tu akulah...

Memori terindah mak mertuaku bersama cucu-cucunya... Pada 1saywal. Ada cucu-cucu yang tak sampai lagi..