Thursday, May 23, 2013

Ulang tahun perkahwinan & ulang thn kelahiran ku..


...Setia hingga hujung nyawa....
 
Sedar x sedar...  Hari ini genap usia ku yg ke 39thn...  Tahun2 terakhir untuk menikmati usia remaja purba ku....  Lepas ni dah masuk 4oan plk...  Rasa sebak di dada ketika sujud syukur di sejadah pagi tadi..  Dlm allah memberikan aku peluang untuk terus bernafas di buminya ini...  Rupa2nya jiran muallaf di sebelah rmh ku lelaki berbangsa cina,  meninggal dlm keadaan terbaring di atas sejadah tanpa saudara di sisi...  Selama ini jiran ku ini tidur beralaskan sejadah...  Sedangkan aku tidur dlm keadaan yg amat selesa dan bertilamkan empuk...  Ya allah...  Tiba2 rasa insaf jauh di lubuk hati kecilku...    Lebih menyedihkan hati, tiada siapa yg tahu pukul berapa dia telah kembali ke rahmatullah...  Menurut rakan yg sama2 menyewa katanya pkl 4pg aruwah mandi dan selepas tu masuk ke bilik dan tidur...  Bayangkanlah...  Klu dia meninggal seawal pkl 5pg dan jenazahnya diketahui hampir 24jam dlm lebih kurang pukul 12.30mlm tadi...  Kasihanya...  Hidup sebatang kara dan mengakhiri usianya tinggal di rmh yg hanya sewa bilik tanpa ada yg menghadap pemergian saat2 akhir sakratulmaut menjemputnya...  Subhanaaullah..  Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan org2 beriman..

Rasa bersyukur kerana aku masih lagi diberikan peluang menikmati keindahan dunia dan memberikan ku kebahagiaan di samping suami dan anak2 yg tersayang..  Alhamdulillah...       
Dari aku sorang kini berlima..  Tiba2 terkenang kembali zaman mula2 aku mengenali suamiku...

Tanggal 24. 5. 1997 aku mula mengenali suamiku...  Rasa kelakar bila ku imbas kembali kenangan itu...  Kali pertama mula mengenali suamiku,  ketika aku menyambut ulg thn ku yg ke 23th..

Dari jiran menjadi kawan..
Dari kawan menjadi kekasih..
Dari kekasih menjadi tunang...
Dari tunang menjadi suami..
Dari suami menjadi ayah kepada anak2 ku..
Ya allah...  Betapa besarnya kurniaan yg terindah yg allah berikan untuk ku..
Jiranku suamiku...  Haaa..  Tertawa sendiri aku...

Dan tanggal 24. 5.  1999 jugalah tarikh aku mendirikan rumahtangga bersama DR..  
Disebabkan itu aku telah meletakkan tarikh 24. 5. setiap thn adalah hari keramat untuk ku...  Sebagai sambutan 3 in 1.
  
Ulg thn ku..
Ulg thn kali pertama aku mengenali suamiku..
Ulg thn perkahwinan ku..


Semoga nikmat yg allah berikan akan berkekalan hingga ke syurga..  Inshaa allah..
Jadikanlah hati kami setia hingga hujung nyawa ya allah..
Dan anak2 yg allah amanahkan kepada ku akan menjadi anak2 yg cemerlang hidup di dunia dan cemerlang hidup di akhirat..
Doakan kebahagiaan kami..


....Salam alaike....