Thursday, December 31, 2009

BILA KU RINDU AKU TERSEBUT NAMAMU...

Inilah wajah nenekanda ku yang paling aku sayang... Emak kepada abah aku. Bila aku terkenangkan dia yang semangkin tua, aku jadi sayu.. Mengapa masa begitu pantas berlalu.. Aku rindukan masakkan nenek yang lazat-lazat itu... Aku nak tag nenek sebagai nenek yang penyayang dan pemurah. Kerana aku dah tua-tua ni pun kalau jumpa dia, dia akan memberi aku duit belanja, macam aku masih budak-budak.. Tak jemu-jemu memberi kasih sayang kepadaku... Nenek kau insan teristimewa dalam hidupku...


Pagi ini entah kenapa aku rindukan wajah ini. Mungkin malam tadi masa aku baca yasin aku sebut-sebut nama dia... Atuk aku rindu sangat dengan atuk... Sedar tak sedar dah beberapa purnama atuk tinggalkan aku... Atuk merupakan abah kepada emak aku..... Aku nak bagi tag kat atuk sebab dialah atuk yang paling aku sayang kat dunia ni... Walau dia garang sangat, kawan aku gaduh masa aku anak dara dulu, tapi atuk best of the wold.. Sayang sangat-sangat... Semoga allah mencucuri rahmat keatasmu atuk... Amin...


Monday, December 28, 2009

STEAMBOOT UNTUK KAK YATIE


Wahai kak yatie ku sayang, inilah steamboot yang kak yatie teringin nak buat business tu.. Putri jangan lupa bagi kak yatie tengok blog akak ni ya... Semoga menjadi pembakar semangat untuk dia terus gigih berusaha untuk memajukan kehidupannya.. Sesungguhnya dengan semangat dan usaha yang gigih serta diiringi doa, insallah allah akan sentiasa memberi kepada hamba-hambanya yang sentiasa mengingatinya... Jangan putus asa dalam mengharungi kehidupan ini... Selagi kita masih bernyawa, teruskan kehidupan ini dengan penuh bersemangat... Senyum selalu walau kita diselubungi seribu masaalah ya...


Sunday, December 27, 2009

PENUTUP CUTI-CUTI MALAYSIA 2009


Fest time kami sampai di Sungai Gabai ni, tak sangka cantik pemandangan di sini.. Janji anak-anak happy...
Rancangan kami mula-mula nak ke Desa Waterpark, memandangkan ramai sangat pengunjung pada hari ini kami batalkan niat nak mandi-manda di sini.. Am cakap tak best ramai orang. Jadi kami tukarlah haluan ke Hulu Langat.


Cukup mencabar tangga di sini lebih dari 200 anak tangga... Semput rasanya mendaki tangga di sini...Stemina kena ada baru boleh mendaki.... Adoi lotehnya...! Nampak sangat dah lama tak buat senaman.. Cukup ya anak-anak cuti-cuti Sekolah ya... Lepas ni belajar rajin-rajin.. Besar nanti boleh jadi Perdana Menteri... Buat lif atau tangga bergerak nak sampai ke puncak bukit ni.. Ibu dah tak larat ni...

Saturday, December 26, 2009

KEK YANG DIBERI TAJUK, MAKAN SAMA-SAMA

Malam tadi kami makanlah sama-sama dengan pekerja-pekerja D- Selera. Ala yang selalu sponser kat TV3 tu.. Sarifah 1, Sarifah 2, nani, ain yang pening tak tau macam mana nak potong kek, sini biar akak potong je.. D.R aku join sekali sebelum pergi surau..

Adik yang jaga kaunter ni tergelak bila kami suruh tulis Makan sama-sama.. Past tu dia pun takut-takut nak tulis, last dia past kat seorang kakak tu..

Inilah kek yang kami beli. Rm32.00. Hari ni tak ada discaunlah pulak.. Oleh kerana kami teringin sangat maka kami pun belilah kek pandan ni...

Ini sebahagian gambar-gambar kek yang terdapat di kedai kek King di Tesco Kajang ni... Kek dia memang sedap-sedap.. Tak sama dengan kedai kek yang lain... Rasanya cukup berbeza.. Tak percaya cubalah....



Friday, December 25, 2009

MIMPI YANG MENYAKITKAN HATI

Malam tadi aku bermimpi D.R aku kawin lain.... Benggang giler... Sampai bila aku banggun tidur pun aku tengok dia menyampah dan geram ...sangat...sangat... Tapi aku tak cerita mimpi aku kat dia.. Nanti buat D.R tergelak besar jea... Dalam mimpi aku tu, aku nampak isteri no 2 dia tu cantik... Duduk pulak rumah besar yang banyak bilik.. Manakala aku.. Dalam mimpi tak dapat duit belanja dan rumah biasa je... Tapi dalam mimpi tu aku boleh berbaik-baik dengan Madu aku tu.. Siap makan bersama dengan mak dan abah kat rumah madu aku tu... Kepada sesiapa yang boleh mentafsirkan mimpi aku tu silalah beri komen ya... Kepada untie MM boleh tak ko pling-pling kat cermin ajaib untie tu...

KEMPUNAN..


Kenapa aku suka nak uploed gambar kek ni. Hari ni Ain dan Cik Pah asik cerita pasal kek. Membuatkan aku terliur nak makan.. Mula-mula kami plan nak pergi Tesco Kajang nak beli kek di kedai kek King. Entah macam mana masing-masing petang tadi tertidur... Sedar-sedar dah petang. Fuhh! Frust gila dan kempunan betul... Walau macammana pun esok aku nak menerjah juga ke Tesco untuk beli kek yang kami cerita-cerita siang hari tadi.. Kek... oh..kek.. Kek King memang best...

Wednesday, December 23, 2009

BULAN MAKAN DAN TAMBAH BERAT BADAN.

Roti canai dan teh tarik bukanlah makanan yang berhasiat tetapi kenapa kita suka memakanya. Sebab dia sedap... Ya betul... Tapi awas jangan diamalkan selalu kerana kolestrolnya tinggi. Roti canai ni adalah yg tersedap di area tempat aku tinggal ni. Nama tempat tu Kg Melaka.


Sambal belacan buah quini. Pernah makan tak? Sedap bila makan dengan ikan masin sepat atau dengan siput sedut masak lemak batang keladi. Caranya mudah saja. Cili padi + cili merah 1biji + buah quini + garam sikit + belacan yang telah dibakar, tumbuk lumat-lumat, sedia dihidang. Cubalah jangan tak cuba.

Atau cara paling mudah, kita pergi masak di kedai. Duduk di tabel dah siap tinggal makan je.. Senangkan...


Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga... Nyam-nyam nak masak apa ya ikan ni.. Goreng pun sodap.. Macam biasa je dengar dailog ni...
Bulan ni aku suka sangat shoping beli buah-buahan. Bila peti ais tak ada buah aku cepat-cepat pergi pasar beli macam-macam buah. Janji peti ais aku tak ketandusan buah-buahan. Malam ni saja aku makan buah oren, belimbing dan avacado.

JAWAPAN UNTUK TAGGED PUTRI CAHAYA.

Oh gembiranya akak kerana telah di tagged oleh Putri Cahaya sebagai tag pertamanya. Sukanya akak.. Eh apa nak komen ya? Thank you! Thank you! Lebih mengembirakan lagi akak ni di tag agak cantik oleh Putri Cahaya. Cantik ya akak ni? Heee.... Haaaa... Gelaran tu macam tak sesuai je untuk akaklah, sepatutnya anugerah tu disandang oleh untie MM kitalah.... Sapa ya akak nak taggedkan kat blog akak ni..

Tag pertama - Orang yang paling sesuai nak akak berikan tag ni ialah.... Muhammad Azham Shah...
Sultan Pt. Ju.... Kenapa akak bagi tag ni kat dia? Sebab dialah orang yang memperkenalkan akak dunia blog ni. Walau kadang-kadang dia menyakitkan hati, tapi dia adik yang boleh akak harapkan.

Tag 2 - Akak nak berikan kepada untie MM. Untie MMlah orang pertama meneroka blog akak ni. Mungkin dia pun tak tau cerita ni. Dan dia orang yang paling rajin membaca setiap cerita merapu akak kat blog ni. Heeee...

Tag 3- Oh cik Mat Som yang tersayang, orang yang tak putus-putus memberi perangsang kat blog akak. Dari blog dialah akak dapat banyak ilham. Cuma masa nak belajar tu terbatas untuk akak atas sebab tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada keluarga.

Tag 4- Akak nak berikan pada Putri Cahaya kerana rajin meberi idea dan sentiasa mengikuti perkembangan akak.. Lepas ni bila datang rumah akak bolehlah ajar akak macam mana nak buat blog lebih meriah lagi.

Tag 5-6- Akak simpanlah dulu tag ni, sebab belum ada yang sesuai untuk menerima teg ni.

Kenapa anda rasa Hot?
Bila ada orang menyampaikan berita si anu tu mengata akak macam ni.
Hotnya! Dan berada di tempat sesak dan menunggu seseorang terlalu lama.
Seperti di Pudu Raya hari tu...

Bila kali terakhir makan pizza?
Yang ni ingatlah... 17hb Desember 2009 birthday irienlah.. Syahir sampai sakit gigi..

Lagu terakhir yang didengar?
Kau telah jauh, jauh dari ku.. bla,bla,bla tak ingat senikata dia and tak ingat tajuk lagu tu pun.

Apakah yang anda buat selain menyelesaikan TAGGED ini?
Memasak, membasuh, mengemas, menjahit meng.... Segala yang menglah ya..

Selain nama sendiri , apakah panggilan yang orang guna?
Kak Nisah, Anis, Nis, Sah, Mak icah, Mak Lang ada juga yang panggil Anisah dan mama moden.

Kenapa akak suka uplod gambar? Sebab... Sebab...Akak suka... He. He...


Gambar apa yang teringin sangat akak nak uplod? Syut!! D.R akak memang tak tengok blog akak ni... Jadi akak nak cerita..
Gambar orang pertama yang membuatkan kita jatuh cinta padanya... Entah kat mana orang tu sekarang ya..? Dah tua agaknya... Tapi akak tak akan uplod gambar yang macam tu. Biarlah akak uplodkan di memori akak dalam-dalam. Putri janganlah repot kat abang ya...


Akak dah jawab semua yang sesuai untuk akak taggedkan ya. Yang 2 lagi tu bila ada yang sesuai nanti akak taggedkan. Bye.. Akak nak sambung menjahitlah...

Tuesday, December 22, 2009

KUNJUNGAN KAMI SEKELUARGA DI KELUANG JOHOR



Kemeriahhan majlis persandingan Aye dan Su. Cik Kamariah paling susah nak snep foto dia, cubaan beberapa kali akhirnya aku berjaya snep gambar dia dan family dia, jangan marah... Anak-anak cik Marinem dan menantu2nya pun ada

Emak sempat shoping di Air Hitam sewaktu dalam perjalanan selesai majlis kenduri khawin di rumah cik Kasminah. Sempat mak beli papan rehal lagi kat sini. Murah sedikit harganya berbanding di K.L.

Tuesday, December 1, 2009

SUP GEAR BOX DAN BBQ DAGING KORBAN

SUP GEAR BOX. MALAM TU SEPERIUK BESAR SUP GEAR BOX HABIS TINGGAL PERIUK JE...
AFIQ DENGAN SARIFAH RAJIN BETUL DIA... RENGAN TULANG BETUL MEREKA NI...
MAT NOR SELERA BETUL NAMPAK.. JANGAN TERCEKIK TULANG SUDAHLA YE...
DAGING BBQ. ALAT PEMBAKAR NI DIIMPORT KHAS DARI AUSTRLIA. JAUH TU....

SELAMAT PENGANTIN BARU MOHAMAD FADELI

Haaa... Inilah sireh junjung tak pulang ke ganggang... Sireh ni mak usu yang gubah. Dia memang mengambil tempahan menggubah sireh junjung ni. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah tempah. Sireh junjung ni harga dia rm80 only.
Dalam banyak-banyak benda dalam majlis tu, inilah yang paling best... makan free.. Nampak sangatlah aku ni kebulur time tu... Yalah dah pukul 1tengahhari manalah tak laparnya... Pengantin belum makan kita dah serbu dulu... Nampak tak ayam tu dan udang galah tu? Memang sedap... D.R sampai-sampai cari air dulu... Boleh tahan masakan rumah pengatin perempuan ni...
Ha.... Untuk tatapan untie MM, inilah wajah mak usu yang terkini. Untie MM kata mak usu kita ni awet muda ya. Agaknya dia awet muda sebab mandi sireh hari-hari kot.. Pandai-pandai aje aku ni. Yang sehat walafiat tu anak sulong dia, Muhammad Amin Syamil. Mak usu kata anak dia ni jadi macam tu sebab terlebih kasih sayang... Yang boy kecik tu anak bongsu dia. Yang atas riba dia tu anak ke empatnya. Dua orang anak dia aku tak sempat nak ambik gambarlah... Ha yang pakai baju kuning tu Darling mak usule...

Ini wajah-wajah pengiring pada majlis tu. Mak ngah, cik Mik, cik Pen dan cik Salmah sekeluarga, mak usu dan keluarga, ani, azam dan adik-adiknya, turut serta saudara mara cik Moktar dan tidak ketinggalan aku le... and D.R, Am dan Syahir.
Majlis akad nikah pada pukul 10pagi di Masjid Jamek Sungai Buloh. Kepada Hajah Kasminah dan Haji Moktar, tahniah kerana mendapat menantu. Insallah kami akan bertandang ke rumah kalian pada 6hb Desember ni. Aye dan Su welcome to my club. Moga cepat-cepat timang anak yaaa....

Saturday, November 28, 2009

APAKAH ERTI KORBAN DAN PENGORBANAN PADA KITA?

Am, taulah awak tu tak sarapan pagi lagi. Tapi pegang lembu tu jangan macam orang tak bermaya. Control macurle sikit...

Orang kuat pada pagi itu. Semoga kerja-kerja yang anda lakukan ini akan mendapat keberkatan dari allah subhana wataalla.. Amin...

Friday, November 27, 2009

BAJU RAYA AIDILADHA YANG SUDAH SIAP

Baju raya ni dah siap. Tunggu tuan punya baju je datang ambik. Baju kurung moden dewasa rm45. Baju kurung kanak-kanak rm25. Baju kurung dewasa rm 35. Baju berlaining ikut harga laining.

TEMPAHAN DI HARI RAYA KORBAN.

Kek Apam ni ada orang oder untuk hari raya. Kalau ada yang berminat bolehlah hubungi saya. Sekotak ada 16biji, harga dia rm7.00 sahaja.

Bihun ni siap untuk diambil. Student Mastes Skill yang oder ni. Untuk 20 orang makan.

SEMINGGU TIDAK BERSIARAN...


Rindunya aku dengan blog aku ni.. Dah beberapa hari ni am bawak broadband ni.. Hari ni aku ada banyak benda nak cerita dan kongsikan pada anda semua. Lepas tu anak-anak aku dah aku pos balik kampung dengan mak usu budak-budak ni. Bila budak-budak ni tak ada terasa sunyi dan sepinya rumah ni.. Sedihnya hari raya korban tahun ni, memang aku betul-betul berkorban tahun ni. Waaaa...sedihnya... Pagi raya ni aku teringat akan kampung halamanku yang nun... jauh di sana. Agaknya bila dah tua-tua nanti macam nilah kita kalau anak-anak dah pandai bawak haluan sendiri. Tinggal Syahir yang keboringan tiada kawan bermain. Bila aku nak tahan budak-budak tu dari balik kampung, yang irien dah merajuk dan yang si kakak dah merayu-rayu, tak sampai hati pulak nak hampakan permintaan mereka. Akhirnya aku juga yang kesepian di pagi raya ni. D.R dengan Syahir dah pergi masjid awal pagi. Aku masak soto pagi ni. Tapi hati aku tak gembira. Kalau aku ada sayap dah lama aku terbang balik ke kampung. Berkorban apa saja harta ataupun nyawa, itulah kasih mesera sejati dan mulia..em em.... Nak balik kampung D.R kita ni pengerusi surau. Hari sabtu pulak ada dua ekor lembu nak dikorbankan di sini. Takkan nak lari dari tanggungjawab pulak. Lepas ni aku nak suruh D.R tu letak jawatan je. Senang sikit nak buat aktiviti keluarga. Aku pun nak letak jawatan sama. Penat pikul tanggungjawab besar ni. Kepada semua SELAMAT HARI RAYA KORBAN. MOGA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN INI MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH SUBHANA WATAALLA... AMIN...

Saturday, November 21, 2009

HANDPON KU YANG HAMPIR-HAMPIR KENA CURI.

Inilah handpon aku yang hampir-hampir hilang.. Alhamdulillah masih ada rezeki buatku. Harta yang paling penting buatku, kerana nombor telepon customer aku banyak di dalam henpon ini.
HANDPON AKU YANG HAMPIR-HAMPIR HILANG...

Friday, November 20, 2009

BERITA TERGEMPAR

Pagi tadi masa aku nak ke pasar Pudu. Aku kena ragut! Geramnya.. Nasib baiklah aku ditemani super hero aku. Sepanjang berjalan di dalam pasar Pudu tu D.R dah macam bodyguard aku je... Sentiasa mengawasi aku dari belakang. Masa aku sibuk-sibuk memerhati ikan apa yang aku nak masak tiba-tiba datang seorang perempuan cina dalam lingkungan 50an, konon-kononnya terlangar aku. Super hero aku terperasan ada seorang perempuan cina tu cepat-cepat berjalan. D.R tegur aku mana hendpon anis. Aku dah mula blurr... Macam nak pengsan bila aku sedar hendpon aku dah tak ada. D.R berpesan supaya tunggu di situ sampai dia datang. Dia nak mengejar pencuri durjana tu... Oh hero ku tolonglah selamatkan hendpon ku... Menurut D.R cina tu perasan D.R follow dari belakang. Aku waktu tu tak terkata apa pun. Entah macam mana aku teringat pesanan ustaz. Kalau barang kita hilang tak sampai setengah jam, bacalah ayatul -kursi. Masa tu tiba-tiba je lidah aku kelu untuk membaca surah tu. Mungkin terlampau penik. Nak tau apa yang aku baca? LAILLAHHA ILA ANTA SUBHANAKA INI KUNTU MINAZ ZOLIMIN. Tiga kali aku asik nak baca ayat kursi asik terbaca ayat tu. Entah macam mana aku melangar arahan dari D.R yang menyuruh aku tunggu di situ akhirnya aku berjalan ke hadapan mengikut rasa hati aku. Akhirnya aku berjaya kali ke empatnya untuk membaca ayat kursi. Sambil terkumatkamit mulut ku membaca surah ayatul-kursi, entah macam mana tiba-tiba aku seperti terdengar deringan telefon. Eh! Macam bunyi hendpon aku je... Ala mungkin aku terbawak-bawak perasaan je sebab hendpon aku baru hilang. Kalimah terakhir aku baca ayatul-kursi tu tiba-tiba mata tu terpandang ke arah bawah tempat orang jual ikan... Oh tidak !!!! Hendpon ku dibuang di sini. Jahatnya pencuri tu. Aku cepat-cepat ambik sebelum orang lain ambik. Ya allah aku bersyukur padamu ya allah. Kerana masih memberikan sebahagian nikmatmu di dunia ini kepada hambamu yang cuai ini. Bila aku cek ada nombor hendpon D.R. Oh! Memang betullah bunyi telefon yang aku dengar tadi. D.R masa mengejar pencuri tu, pencuri tu nampak penik juga. Dah macam FBI pulak D.R aku ni... Masa tu D.R cuba buat panggilan, tapi tak ada telefon berbunyi pada pencuri tersebut. D.R patah balik untuk mendapatkan aku. Dengan apa yang telah berlaku tadi aku mula rasa insaf di atas kecuaian aku sendiri yang tidak begitu berhati-hati dalam keadaan orang yang sibuk seperti di kawasan-kawasan seperti itu. Aku mula takut untuk membawa hend beg. Orang melayu kata seriau ke serik.. Apa-apa jelah.

Sunday, November 15, 2009

KALAU DAH ANAK TANI ANAK TANILAH JUGA.

Hari tu bila aku tertengok blog cik Mat Som dan Untie Sam tu, aku pun teringin nak tunjuk kebun yang kita usahakan di Flat tempat kami tinggal ni. Cuma tanah di sini agak terhad tak macam tanah di kampung. Dahlah tu tanah di sini berpasir. Memang ramai orang heran macamana bila kami yang bercucuk tanam boleh hidup pulak pokok tu. Ramai juga yang bercucuk tanam di sini tapi kebanyakan pokok yang di tanam semuanya mati. Mungkin aku ni anak petani tu yang pokok tu nak hidup kot..Haaaa!Tapi sejak puasa hari tu aku dah lama tak ke kebun,kalau turun ke kebun pun sebab nak ambik serai ,daun pandan atau daun kunyit je. Dah semak kebun ni. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat berjimat bila ada pokok-pokok ni. Kalau beli serai tiga batang pun dah 50sen. Paling menjadi tumpuan ialah pokok pandan yang aku tanam. Benih ambik kat rumah mak kat Johor tu. Pernah juga aku tanam sawi di sini. Jimat tak payah beli. Tapi tanam cili di sini tak menjadi ulat makanlah pulak...

D.R memang rajin bercucuk tanam. Selalunya petang-petang dia akan meluangkan masa ke kebun mini ni. Mat Nor tanam longan ya.. Bila dah berbuah nanti kita makan sama-sama ya. Cik Pah cukup suka dengan buah markisa ni. Mangga ni dah menghasilkan buah beberapa kali, manis buahnya.
Mad Nor bersemangat betul nak bercucuk tanam. Pagi-pagi lagi nak ke kebun nak tanam pokok longan dengan rambutan. Irien tak payahlah susah-susah siram pokok ya, sekarang ni musim hujan, tengoklah kebun kita dah semak samun. Tukang potong rumput tak datang-datang. Pokok mas cotek tu abang man yang bagi....

MACAM NILAH ORANG K.L BERKEBUN DI FLAT

Ha! Jangan ingat orang kampung je yang boleh cucuk tanam. Tengok ni orang K.L pun bercucuk tanam di tanah kosong di keliling flat. Pokok lengkuas, pokok markisa,pokok kedondong, pokok pandan...pokok pandan yang aku tanam ni selalu ramai orang mintak. Pokok nenas tu D.R aku yang tanam..