Wednesday, February 24, 2010

CARA-CARA BAGAIMANA UNTUK MEMILIH KAIN


Kepada sesiapa yang mengalami masalah dalam memilih corak febrik dan tertanya-tanya berapa meter untuk saiz badanya atau sesuaikah kain itu dgn warna kulitnya..... Saya akan cuba membantu untuk menyelesaikan :

Langkah pertama- Pergi ke kedai kain, jangan pergi ke kedai baju yang sudah siap, atau kedai runcit.... Contohnya pergilah ke kedai kain di Nagoya, Kamdar, Gulatis, Jakel atau yang sewaktu dengan kedai kain...

Langkah kedua- Pilih kain yang sesuai dengan warna kulit dan saiz badan. Bagi berkulit kuning langsat, tiada masalah untuk memilih warna, kecuali sekiranya saiz badan yang agak gempal tidak sesuai untuk memakai corak kain yang berbunga besar dan berjalur besar atau kecil yang melintang. Bagi yang berbadan gempal lagi, elakan membeli kain yang bercorak sehala, seelok2 belilah kain yang becorak bebas. Maksudnya kain yang becorak berterabur... Bukan apa kalau teringin juga nak memakai corak yang sehala boleh juga tetapi hendaklah ditambahkan quantiti meter kain tu... Contohnya- biasa kalau beli 4meter,tambahkan lagi 4meter suku. Ini bagi memudahkan tukang jahit untuk membuat kerja... Yalah kalau kita bagi kain 4 meter, tak ke kita mendera tukang jahit tu... tampa sedar lagi... Bak kata pepatah"Ukur baju di badan sendiri" Kalau tak pandai nak ukur tanya pada yg arif ya... Baru beli kain. Lagi satu, jangan suka membeli kain yang sudah siap di potong seperti 2meter baju 2meter kain... Selalunya sukar untuk di buat baju.... Terpaksalah tukang jahit tu terkial2 memikir mcm mana nak potong...

Bagi yang berbadan langsing ala-ala model mcm MM tu.... Biasanya tiada masalah dalam memilih febrik.... Tapi elakkan dari membeli kain yang berwarna malap.... Boleh beli... Tetapi cari tanah yang malap berbungakan yang terang.... Dan berbunga besar... Biasanya kain yang sudah siap potong tiada masalah yang berbadan saiz kecil ni... Tapi jangalah pulak beli kain 3 meter suruh buat baju kurung pulak... Elakkan membeli kain yang berjalur2 kecil kerana ini akan menampakkan susuk tubuh anda seperti papan ya... Kita rasa macam cantik, orang pandang akan berkata dalam hati "Eee... Kurusnya mcm lidi...". Jadi pandai-pandailah dalam menentukan jenis febrik ni ya...

Bagi yang berkulit hitam manis... Eloklah memilih febrik yang berwarana agak terang dan yang berwarna yang lembut2... Bukan apa, kalau kita memilih warna yang tidak sesuai dgn warna kulit, ia akan menonjolkan lagi kehitaman kulit kita... Contohnya orang yang berkulit hitam manis tidak sesuai memakai warna hijau, ini akan menambahkan lagi kehitaman kulit itu... Tip yang paling sesuai ialah memilih warna kuning dan berbunga. Letakkan kain di kulit anda dan tanyalah rakan atau orang lain yang membeli kain di kedai itu... Jangan tanya tukang jual kain di situ... Pastinya dia akan kata cantik... Dah nama pun meniaga...

Meter untuk saiz badan:

Bagi baju melayu... Macam D.R tu 4meter je dah cukup.. Kalau badan yang besar, eloklah membeli 41/2 meter. Bagi yang sedang besar belilah kain 4meter suku.
Untuk kanak-kanak lelaki dibawah umur 4hingga 6tahun 2meter kain di perlukan. Untuk kanak-kanak 7 hingga 10 tahun biasanya 3meter diperlukan. Untuk 11-14tahun belilah 31/2 meter . Perengkat remaja ikut saiz badan. 4 hingga 41/2meter.

Bagi baju wanita pula:

Baju kurung atau fesyen, 4meter mencukupi bagi saiz badan yang normal. Bagi yang berbadan gemuk, belilah 4meter suku. Ikut corak kain. Untuk jubah dewasa 31/2 meter. Bagi kanak-kanak dibawah umur 2tahun 1 1/2 meter. 3-6tahun 2meter. Untuk kanak-kanak 7-8tahun 2 1/2 meter. Bagi kanak-kanak 9-11tahun 3meter.. 12-13tahun 3 1/2meter ikut saiz badan... Remaja 4meter... O.k itu saja... Jika ada sebarang kemuskilan bolehlah tinggalkan komen...

Selamat bershoping....

8 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

info yg sgt bagus... tp aku tak peduli.... tahun ni aku nk beli jugak kaler blue black tu.. biar nk menongkah arus..balik2 asik warna pink je ..dah naik jeleh aku.

comeisari said...

MM pakai apa pun cantik...dah nama pun model....

Miss Mirror a.k.a Sam said...

ya tak ya.. lupa plak aku... aku kan model.. t.kasih krn mengingatkan aku Mei... :P

Teman Setia Anis said...

Tak salah memakai warna blue black tu... Tapi kena tambah hiasan seperti manik ataupun batu yang berwarna putih... Sulaman pun menghidupkan warna yang pudar... Tak percaya cubalah.... Bagi yang bertudung, pilihlah tudung tu bercorak dan bertanahkan warna cerah dan bercorakkan warna blue black....

Teman Setia Anis said...

K.Comei.... Lama tak ziarah ya....

Mama Miraki said...

woooo info yang sangat bagus ni.....

Teman Setia Anis said...

Mama Miraki... Tahun ni raya awal... Belilah kain siap2... Takut tukang jahit kat malaysia ni reject nanti...

Kraf Apparel said...

saya nak ambil post ni n nak letak di fan page saya.. http://www.facebook.com/KrafApparel...