Saturday, November 28, 2009

APAKAH ERTI KORBAN DAN PENGORBANAN PADA KITA?

Am, taulah awak tu tak sarapan pagi lagi. Tapi pegang lembu tu jangan macam orang tak bermaya. Control macurle sikit...

Orang kuat pada pagi itu. Semoga kerja-kerja yang anda lakukan ini akan mendapat keberkatan dari allah subhana wataalla.. Amin...

Friday, November 27, 2009

BAJU RAYA AIDILADHA YANG SUDAH SIAP

Baju raya ni dah siap. Tunggu tuan punya baju je datang ambik. Baju kurung moden dewasa rm45. Baju kurung kanak-kanak rm25. Baju kurung dewasa rm 35. Baju berlaining ikut harga laining.

TEMPAHAN DI HARI RAYA KORBAN.

Kek Apam ni ada orang oder untuk hari raya. Kalau ada yang berminat bolehlah hubungi saya. Sekotak ada 16biji, harga dia rm7.00 sahaja.

Bihun ni siap untuk diambil. Student Mastes Skill yang oder ni. Untuk 20 orang makan.

SEMINGGU TIDAK BERSIARAN...


Rindunya aku dengan blog aku ni.. Dah beberapa hari ni am bawak broadband ni.. Hari ni aku ada banyak benda nak cerita dan kongsikan pada anda semua. Lepas tu anak-anak aku dah aku pos balik kampung dengan mak usu budak-budak ni. Bila budak-budak ni tak ada terasa sunyi dan sepinya rumah ni.. Sedihnya hari raya korban tahun ni, memang aku betul-betul berkorban tahun ni. Waaaa...sedihnya... Pagi raya ni aku teringat akan kampung halamanku yang nun... jauh di sana. Agaknya bila dah tua-tua nanti macam nilah kita kalau anak-anak dah pandai bawak haluan sendiri. Tinggal Syahir yang keboringan tiada kawan bermain. Bila aku nak tahan budak-budak tu dari balik kampung, yang irien dah merajuk dan yang si kakak dah merayu-rayu, tak sampai hati pulak nak hampakan permintaan mereka. Akhirnya aku juga yang kesepian di pagi raya ni. D.R dengan Syahir dah pergi masjid awal pagi. Aku masak soto pagi ni. Tapi hati aku tak gembira. Kalau aku ada sayap dah lama aku terbang balik ke kampung. Berkorban apa saja harta ataupun nyawa, itulah kasih mesera sejati dan mulia..em em.... Nak balik kampung D.R kita ni pengerusi surau. Hari sabtu pulak ada dua ekor lembu nak dikorbankan di sini. Takkan nak lari dari tanggungjawab pulak. Lepas ni aku nak suruh D.R tu letak jawatan je. Senang sikit nak buat aktiviti keluarga. Aku pun nak letak jawatan sama. Penat pikul tanggungjawab besar ni. Kepada semua SELAMAT HARI RAYA KORBAN. MOGA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN INI MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH SUBHANA WATAALLA... AMIN...

Saturday, November 21, 2009

HANDPON KU YANG HAMPIR-HAMPIR KENA CURI.

Inilah handpon aku yang hampir-hampir hilang.. Alhamdulillah masih ada rezeki buatku. Harta yang paling penting buatku, kerana nombor telepon customer aku banyak di dalam henpon ini.
HANDPON AKU YANG HAMPIR-HAMPIR HILANG...

Friday, November 20, 2009

BERITA TERGEMPAR

Pagi tadi masa aku nak ke pasar Pudu. Aku kena ragut! Geramnya.. Nasib baiklah aku ditemani super hero aku. Sepanjang berjalan di dalam pasar Pudu tu D.R dah macam bodyguard aku je... Sentiasa mengawasi aku dari belakang. Masa aku sibuk-sibuk memerhati ikan apa yang aku nak masak tiba-tiba datang seorang perempuan cina dalam lingkungan 50an, konon-kononnya terlangar aku. Super hero aku terperasan ada seorang perempuan cina tu cepat-cepat berjalan. D.R tegur aku mana hendpon anis. Aku dah mula blurr... Macam nak pengsan bila aku sedar hendpon aku dah tak ada. D.R berpesan supaya tunggu di situ sampai dia datang. Dia nak mengejar pencuri durjana tu... Oh hero ku tolonglah selamatkan hendpon ku... Menurut D.R cina tu perasan D.R follow dari belakang. Aku waktu tu tak terkata apa pun. Entah macam mana aku teringat pesanan ustaz. Kalau barang kita hilang tak sampai setengah jam, bacalah ayatul -kursi. Masa tu tiba-tiba je lidah aku kelu untuk membaca surah tu. Mungkin terlampau penik. Nak tau apa yang aku baca? LAILLAHHA ILA ANTA SUBHANAKA INI KUNTU MINAZ ZOLIMIN. Tiga kali aku asik nak baca ayat kursi asik terbaca ayat tu. Entah macam mana aku melangar arahan dari D.R yang menyuruh aku tunggu di situ akhirnya aku berjalan ke hadapan mengikut rasa hati aku. Akhirnya aku berjaya kali ke empatnya untuk membaca ayat kursi. Sambil terkumatkamit mulut ku membaca surah ayatul-kursi, entah macam mana tiba-tiba aku seperti terdengar deringan telefon. Eh! Macam bunyi hendpon aku je... Ala mungkin aku terbawak-bawak perasaan je sebab hendpon aku baru hilang. Kalimah terakhir aku baca ayatul-kursi tu tiba-tiba mata tu terpandang ke arah bawah tempat orang jual ikan... Oh tidak !!!! Hendpon ku dibuang di sini. Jahatnya pencuri tu. Aku cepat-cepat ambik sebelum orang lain ambik. Ya allah aku bersyukur padamu ya allah. Kerana masih memberikan sebahagian nikmatmu di dunia ini kepada hambamu yang cuai ini. Bila aku cek ada nombor hendpon D.R. Oh! Memang betullah bunyi telefon yang aku dengar tadi. D.R masa mengejar pencuri tu, pencuri tu nampak penik juga. Dah macam FBI pulak D.R aku ni... Masa tu D.R cuba buat panggilan, tapi tak ada telefon berbunyi pada pencuri tersebut. D.R patah balik untuk mendapatkan aku. Dengan apa yang telah berlaku tadi aku mula rasa insaf di atas kecuaian aku sendiri yang tidak begitu berhati-hati dalam keadaan orang yang sibuk seperti di kawasan-kawasan seperti itu. Aku mula takut untuk membawa hend beg. Orang melayu kata seriau ke serik.. Apa-apa jelah.

Sunday, November 15, 2009

KALAU DAH ANAK TANI ANAK TANILAH JUGA.

Hari tu bila aku tertengok blog cik Mat Som dan Untie Sam tu, aku pun teringin nak tunjuk kebun yang kita usahakan di Flat tempat kami tinggal ni. Cuma tanah di sini agak terhad tak macam tanah di kampung. Dahlah tu tanah di sini berpasir. Memang ramai orang heran macamana bila kami yang bercucuk tanam boleh hidup pulak pokok tu. Ramai juga yang bercucuk tanam di sini tapi kebanyakan pokok yang di tanam semuanya mati. Mungkin aku ni anak petani tu yang pokok tu nak hidup kot..Haaaa!Tapi sejak puasa hari tu aku dah lama tak ke kebun,kalau turun ke kebun pun sebab nak ambik serai ,daun pandan atau daun kunyit je. Dah semak kebun ni. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat berjimat bila ada pokok-pokok ni. Kalau beli serai tiga batang pun dah 50sen. Paling menjadi tumpuan ialah pokok pandan yang aku tanam. Benih ambik kat rumah mak kat Johor tu. Pernah juga aku tanam sawi di sini. Jimat tak payah beli. Tapi tanam cili di sini tak menjadi ulat makanlah pulak...

D.R memang rajin bercucuk tanam. Selalunya petang-petang dia akan meluangkan masa ke kebun mini ni. Mat Nor tanam longan ya.. Bila dah berbuah nanti kita makan sama-sama ya. Cik Pah cukup suka dengan buah markisa ni. Mangga ni dah menghasilkan buah beberapa kali, manis buahnya.
Mad Nor bersemangat betul nak bercucuk tanam. Pagi-pagi lagi nak ke kebun nak tanam pokok longan dengan rambutan. Irien tak payahlah susah-susah siram pokok ya, sekarang ni musim hujan, tengoklah kebun kita dah semak samun. Tukang potong rumput tak datang-datang. Pokok mas cotek tu abang man yang bagi....

MACAM NILAH ORANG K.L BERKEBUN DI FLAT

Ha! Jangan ingat orang kampung je yang boleh cucuk tanam. Tengok ni orang K.L pun bercucuk tanam di tanah kosong di keliling flat. Pokok lengkuas, pokok markisa,pokok kedondong, pokok pandan...pokok pandan yang aku tanam ni selalu ramai orang mintak. Pokok nenas tu D.R aku yang tanam..

Saturday, November 7, 2009

Lorong Belakang Jln Tuanku Abdul Rahman

Meja rehal ni, kalau beli satu Rm45. Sebab anis nak beli untuk surau dalam 10pcs,tuan kedai bagi harga Rm28. Kesian budak-budak nak mengaji tak ada meja. Surau dapat sponser gunalah duit tu untuk sebaik-baiknya.

Bagi wanita inilah syurga dunia. Mak oi! Sesiapa masuk ke lorong ni pasti balik tak dengan tangan kosong. Kain ni cantik-cantik. Rm15 sepasang. Rambang mata... Kakak ni nak borong banyak katanya.

Malam tadi jalan, pagi ni jalan tak penat ke Syahir. Duduk dengan cik am kat rumah tak nak.. Nak ikut jugak. Kan dah sakit kaki tu.

MALAM SABTU DI K.L DOWN TOWN CHERAS.

Oge ni rakan meniaga. Sesiapa kalau nak repar jam boleh jumpa dia di K.L Down Town ni. Harga berpatutan..

Dulu kain sarung dibuat kain, tapi yang ini kain sarung dibuat seluar.

Syahir cukup minat koleksi Ben 10. Macam-macam ada kt sini tapi tak boleh nak tunjuk semua. Kalau rajin datanglah ke sini ya.
Buat tatapan untie MM ni yang dapat anis kongsikan sebahagian dari kolesi peribadi anis ya... Malu nak tunjuk semua.. Rumah anis ni kecik je... Pokok pun tak hidup kalau tanam kat flat ni.. Jam tu hadiah dari suami tercinta.. Tak pernah beli sendiri pun. Kalau ada rakan-rakan yang berminat bolehlah husben bagi diskun. Sebenarnya banyak jam lagi yang kita ada tapi tak boleh tunjuk semua. Nak tengok sangat mesin jahitkan? Dengan ini tengoklah mesin jahit anis tu... Meja komputer tulah tempat anis berchating dengan kalian..

Hari ni banyak benda yang Temansetiaanis nak tunjuk...




Tuesday, November 3, 2009

Besarnya tanggungjawab kita sebagai hamba allah.

Semenjak dua menjak ni aku seperti pakar kaunseling pulak. Mendengar masaalah orang dan sedaya upaya untuk cuba membantu menyelesaikannya. Kadang-kadang aku punya masalah pun tak sempat aku nak fikirkan. Dijadikan cerita sampai kain yang orang hantar untuk dijahit pun aku tak buat lagi. Masaalahnya aku ada penyakit M.A.L.A.S. Seperti untie MM aku katakan. Tak taulah lepas raya ni macam nak tidur..... je. Al kisah aku sungguh simpati dengan nasib jiran aku yang paling rapat dengan aku yang ku anggap seperti adik sendiri telah jatuh sakit dan di tahan di wad di Hospital Kajang. Apa yang membuatkan aku tersentuh hati tu sehari sebelum dia di masukkan ke wad, dia sempat berkelah dengan aku di Tekala. Sebelum tu nampak dia beria-ia ajak aku pergi mandi air terjun. Macam orang kempunan tu. Tak sampai sebulan yang lalu dia telah mengalami kegugguran, dan hari ini dia dimasukkan di wad gara-gara masalah ususnya. Hampir-hampir dibedah. Yang kesiannya baby yang dia jaga tu nama dia Adam anak jiran betul-betul depan rumah aku tu pulak tak ada orang nak jaga. Aku nak tolong pun tak berani. Almaklum sajalah aku ni aktif keluar memanjang jemput dan antar anak sekolah. Oh ya lupa aku nak cakap nama jiran aku yang sakit tu Sarifah Zubaidah cian dia. Semalam masa aku tengok dia kat hospital dia dah mula ketawa dan buat kelakar, tak seperti hari masa mula-mula aku hantar ke kelinik tempoh hari. Kemarin pulak aku macam broker cari agensi untuk mengasuh si Adam yang tak tau apa-apa tu. Alah sian Adam. Dah 2 hari dia mula belajar duduk di taski tempat member aku. Mak ngah je yang boleh diharapkan di saat ini. Harap-harap Sarifah cepat sembuh dan dapat jaga Adam balik. Buat jiran sebelah kanan aku pulak ,Zura moga tabah menghadapi dugaan. Doa ku moga mak,abah,mak mertua dan suami Zura cepat sembuh. Tampa kalian di flat Block D ni siapalah tempat kak anis nak mengadu. Buat jiran ku Siti dan Mad Nor jangan susah hati bila Adam di taski. Mudah-mudahan mak ngah jaga adam dengan baik. Amin....

Monday, November 2, 2009

KETIKA DI TEKALA. BBQ DAN MEMANCING.

AKTIVITI BBQ SEPANJANG BULAN OKTOBER 2009

SERONOK BILA TENGOK ANAK-ANAK GEMBIRA. SARIFAH JIRAN SEBELAH RUMAH CUKUP RAJIN MELAYAN KERENAH ANAK-ANAK KU YANG MANJA-MANJA ITU.

INILAH AKTIVITI KAMI SEKELUARGA DI WAKTU LAPANG

Tak tauah sejak akhir-akhir ni aku suka sangat berkelah kt sekitar Selangor ni. BBQ adalah sebahagian aktiviti yang mesti ada dalam perkelahan kami. Bagiku percutian merupakan saat terindah bagi mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga. Waktu beginilah kita boleh mendengar cerita anak-anak yang jarang-jarang kita dengar apabila kita terlalu sibuk dengan kerja. Mengajar anak-anak bagaimana membuat BBQ. Kesian bila kita renung anak-anak ni... Gembira bila mereka diberi kebebasan mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Zaman kanak-kanak mereka terlalu berbeza dengan zaman kanak-kanak kita. Mak kita dulu tak kesah pun kalau kita nak bermain dimana-mana. Sampai aku panjat pokok di kebun orang pun dia tak tau. Dahlah tu jatuh sakitnya.... Anak-anak zaman sekarang kalau di beri peluang begitu agaknya hilang entah kemana.. Orang sekarang ni tak boleh percaya sangat. Kalau dulu kita takut hantu tapi sekarang ni kita takut orang jahat. Tak naklah sampai jadi kes Sarline tu yang sampai hari ni tak jumpa lagi... Jadi kita sebagai ibu dan bapa awasilah anak-anak kita. Apa-apa pun anak kita tangunjawab kita.

Ni le waktu lapang kami..Jalan-jalan cuci mata