Sunday, February 21, 2010

HARI INI JALAN-JALAN TAK CUKUP KERJA...

Hari ini pun makan cendol lagi... Cuaca panas ni memang suka sangat nak minum cendol... Tapi cendol ni aku minum di Seri Nanding di Bt 14 Hulu Langat.... Rm 1.20 je semangkuk... Yang aku suka sangat ke gerai ni sebab ada 2benda kat bawah ni...

Laksa utara....... Nama gerai ni Gerai Johan, yang terletak di Seri Nanding Hulu Langat. Harga sepingan rm2.50 tak mahalkan... Memang sedap... Biasanya di gerai ni ramai pengunjung yang datang ke situ kebanyakannya orang balik dari mandi- manda di Sungai Congkak, Sungai Gabai dan kolam air panas sekitar Hulu Langat ni...


Kakak memilih sup utara hari ini... Aku kalau datang ke sini selalu binggung untuk membuat pilihhan... Laksa sedap dan bihun sup dia pun sedap... Makan dua-dua jelah... Orang tengok agaknya dia kat apa ya... '' Eh... Tak padan kecik ya org tu... Kuatnya makan.." Agaknyalah..... Janji aku puas hati... Bihun sup rm3.00...

Sempat lagi aku snep gambar rumah orang terkaya di Hulu Langat ni... Nak tau rumah siapa ni? Inilah rumah Bos Besar Naza Ria tu.... Bangganya aku, ada juga orang melayu kita yang berjaya dalam perniagaan.... Nak tahu... Dah berapa kali rumah ni kena pecah masuk oleh pencuri... Entah apa yang pencuri tu dapat dalam rumah ni... Biasanya orang kaya ni mana ada simpan duit banyak-banyak di rumah... Agaknya pencuri tu curi lesung batu kot...

Apek jual rebbit ni bercerita bukan main lagi... Nak suruh sangat kita orang ni beli... "Encik ah... Ini lebet ah, wa sendiri bela... Lu beli K.L punya tempat banyak mahal ho... Ini baka Mongolia punya.... Wa sudah kasi halga mulah ho... Wa kasi lu flee lagi itu makan lebbet..' Macam tulah dia bercerita... Tapi aku suka pulak dengar dia bercerita... Aruana dengan Ekuana tu aku memang selalu ziarah dia... Macam kenal aku pulak... Tengoklah tu posing bukan main lagi...

Saturday, February 20, 2010

RONDA-RONDA KOTA RAYA

Hari ini aku ke Gombak untuk menziarahi seorang kakak angkat yang sudah setahun tidak berjumpa... Kak Zainab yang cukup ramah dan mesera... Kami berkunjung di farmasi tempat dia berkerja yang terletak di Medan Idaman. Aku datang ke sini bukan saja-saja... Sebab aku teringat minggu lepas sebelum aku balik kg, dia suruh datang ke tempatnya untuk mengambil kain yang nak ditempahnya... Kak Zainab orangnya pemurah hati, tiap kali aku datang ke sini ada je buah tangan yang diberinya... Anak-anak aku apa lagi suka sangatlah dapat duit darinya... Aku kenal dengan kak Zainab masa aku belum ada anak lagi...Kak Zainab ada anak 4 semuanya masuk Universiti... pandai dia didik anak... Kak Zainab ni anak mami kawin jawa... Tu anak dia lawa-lawa belaka... Aku memang senang dengan dia...


Dah alang-alang ke Gombak, aku singgah di gerai Nasi Ayam Mencongkam yang aku pernah cerita-cerita di entri auntie MM dulu... Tapi hari ni aku rasa sedikit kecewa kerana aku datang dengan segunung harapan nak menghirup supnya yang mencongkam itu tetapi tidak mencongkam lagi dah... Tak tahu kenapa rasa dia tak sama sebelum-sebelum ini... Bukan aku nak tutup periuk nasi orang tapi itulah yang sejujurnya aku katakan, memang dah tak mencongkam lagi... Bila aku perhati pekerja-pekerjanya baru aku perasan yang orang pakar masaknya dah tak ada. Bukan tak ada di bumi ini lagi, tapi dah jadi bos besar rasanya kot... Memang rasanya lain sangat... Tapi yang aku hairan tu, ramai juga pengunjungya...

Makan sudah, minum pun sudah... Aku terus menyusuri jalan-jalan kenangan semasa aku masik singel dulu... Dah banyak berubah di Setapak ni.... Setapak adalah tempat mula-mula aku menjejakkan kakiku di kota ini... Kira-kira 15tahun yang lalu. Banyak nostalgia kawasan ini... Akhirnya aku sampai di Jalan TAR, singgah sekejap nak beli kain meter untuk baju melayu sekolah Syahir... Hari tu salah jahit.. Cikgu dia suruh buat teluk belanga aku buat cekak musang pulak... Nak pakai Maulud Nabi nanti... Sempat singgah di kedai Bunga Reben... Nak beli manik dan tali benang dia... Mak oi! Mahalnya rm10 sikitnya... tali benang saja tu.... Anak dara akulah sibuk sangat nak meniaga gelang kristel... Sambil tu aku cuci mata tengok orang buat bunga telur. Tu macam kat gambar tu... Cantik juga, tak susah nak buat rupanya... Masa je tak ada nak buat semua tu.. Nak tunggu am dan mira kawin entah bila.... Bolehlah aku melembutkan tanggan aku yang keras ni dengan benda-benda yang keratif ni..

Kain di Nagoya memang cantik-cantik.... Tapi kalau aku beli, sempat ke aku nak menjahitnya...? Baju custemor kat rumah tu pun belum sempat aku nak jahit lagi.... Semenjak balik kampung ni datang pulak penyakit MALAS tu.... Entah bila nak rajin balik ni.... Bila poket dah kering baru rajin agaknya.. Akhirnya aku dah penat ronda-ronda kota raya terus balik... Sempat lagi singgah minum cendol kat Taman Segar Perdana... Srup.... Srup..... Segarnya.... Sesegar Taman Segar... Tengah minum-minum teringat Uncle Mat Som yang di entrinya cerita pasal cendol wakaf pulak.... Tapi cendol kat sini lain pulak... Tuan gerai cendol kat sini macam marah je kalau siapa yang dah siap minum duduk lama-lama lagi di gerainya.... Takut pulak aku nak minum... Selalunya aku beli bungkus je... Hari ni D.R ajak minum kat situlah pulak... Layan jelah...

Thursday, February 18, 2010

RUMAH KECIL TIANG EMPAT

Kakak dan Mayang Mengurai... Kakak ni memang suka dengan haiwan.... Kalau boleh semua haiwan nak di belanya... Kalau boleh rumah ni pun nak dibuatnya macam bahtera nabi Noh... Jangan kakak teringin nak bela ekuana atau ular udah le... Heee... Geli geliman ibu... Dahlah ibu ni berkulit sensetif mudah gatal-gatal... Kang ibu bagi kat auntie depan rumah baru tau... Biar auntie masak kari... Heh...heh...heeee...

Sapa kata duduk rumah macam akak tak boleh bela arnab? Ni cik kak nak buktikan pada Tuan Putri Bandar Baru Bangi... Akak kan dah kata akak ada tanah haram sekangkang kera.... Petang tadi Na O Mei, Mayang Mengurai dan Superman dah duduk rumah barunya... Tu... Tengoklah sendiri, Abang ipar Putri dah siap buat rumah dia.... Cuti ada dua tiga hari lagi, bolehlah layan kerenah anak-anak... Bagi sedikit kegembiraan buat mereka... Petang tadi, balik dari sekolah je anak-anak sedara Putri dah belari-lari mendapatkan adik angkatnya... Macam dah kenal lama arnab tu... Manja-manja belaka... Bukan takat tu saja... Macam dah buat syo je kat kebun tadi... Ramai orang datang tengok... Macam pergi melawat zoo pulak.. Lepas ni boleh kenakan teket sapa nak tengok... Kedekutnya...

Wednesday, February 17, 2010

NA O MEI, MAYANG MENGURAI DAN SUPERMAN

Heeee... Comel tak? Semalam seharian aku meronda satu K.L mencari kedai haiwan... Kebanyakannya kedai masih tutup cuti CNY. Best juga K.L lengang, jalan tak jem... Cari kat Lebuh Pudu pun tak berapa ada... Akhirnya aku temuie Na O Me, Mayang Mengurai dan Superman ni di Jln Seri Petaling. Nama ni anak-anak aku yang pilih. Yang putih tu Syahir punya, jantan. Yang tengah tu Si kakak Fiqa punya, betina. Dan yang muka macam tak basuh tu Irien punya, betina. D.R kata nak buat baka... Kandang dia dijangka siap petang ni... Nanti aku cuba tinjau keadaan rumah baru anak angkat aku ni... Tapi betullah orang kata.... Cakap dengan haiwan ni lebih baik dari bercakap dengan manusia... Manusia ni bila bercakap kadang-kadang tu menyakitkan hati... Kalau cakap dengan arnab ni dia dengar je apa yg kita cakap... Orang kata ya... Bukan aku kata... Tapi ada betulnya cakap orang tu... Tak percaya....? Percayalah.... Lepas ni korang semua beli apa-apa haiwan peliharaan, kalau ada masalah ko mengadulah kat dia... Gerenti dia simpan rahsia punya... Kalau mengadu masalah kat orang ni, silap hari bulan orang tu cerita kat orang lain pulak... Dah nama pun manusia...

Tuesday, February 16, 2010

AKU BAHAGIA DI SINI...

Tak terluah dengan kata-kata bila aku melangkah menyusuri tanaman yang begitu terbentang luas dan indah.... Aku terpaku seketika melihat kegigihan abah melakukan kerja-kerja begini sendirian... Begitu kagumnya aku dengan kekuatan kudrat abah yang mungkin tak terjangka oleh akal ku... Sedangkan aku baru memegang cangkul yang tak seberapa mencangkulnya sudah tercungap-cungap, bagaimanalah abah boleh melakukan semua ini sendirian... Abah aku tabik dengan abah...

Awan yang terpilu.... Bila aku menatap langit senja ini, hatiku sayu melihat kebesaran allah yang membuat hatiku terusik.... Aku rasa tenang, bahagia sangat-sangat.... Kerana aku masih diberi peluang untuk melihat kebesaranya... Memang indah pemandangan di sini... Aku menanti uncle Mat Som dan auntie MM yang tak muncul-muncul... Untuk mendengar cerita-ceritanya... Akhirnya aku hampa...

Pokok kobis yang diusahakan oleh abah... Mudah-mudahan tanam-tanaman ini akan mendoakan abah selalu sihat dan boleh berbakti pada tanah...

Anak-anak cukup gembira melihat hasil tanaman datuknya.. D.R aku yang memang minat berkebun turut membantu memetik cili...

Abah... Aku tahu isi hatimu... Kau bahagia dengan cara begini.. Inilah hobi dan cara buat mu bahagia.. Doakan anak mu ini dapat membeli sebidang tanah kosong, dan akan ku berikan sebagai hadiah untuk mu bertani, kerana aku tahu, jiwamu di sini bersama pokok-pokok yang menjadi teman setia mu... Kerana aku tahu tanah ini bukan milik mu... Kerana yang menjadi milik mu kini hanyalah ladang kelapa sawit dan tidak boleh diselang-selikan dengan tanaman lain... Aku tahu abah bosan.... Insallah akan aku cuba membahagiakan mu diakhir-akhir usiamu... Kerana hatiku menangis bila teringatkan mu abah... Hanya allah yang maha mengerti susah payah dan kesengsaran mu... Walau kau tak pernah berbicara, tapi aku dapat membacanya, dari raut wajahmu...

Keesokanya, aku mendapat panggilan dari cik P untuk berjumpa di rumah nenek... Dia kata makcik MM dah tunggu kat rumah nenek... Aku membayangkan anak dan suaminya ada... Oh! rupa-rupanya dia single je macam anak dara... Kenapa tak cakap awal-awal... Kalau tak aku pun nak mensingelkan diri aku juga... Tapi masa begitu mencemburue kami.... Tak sempat rasanya aku nak bercerita panjang lebar dengan makcik-makcik aku yang muda belia ini... Agaknya kalau kita tidur bersama-sama macam zaman kanak-kanak dulu mesti bestkan... Kita bercerita dan entah apa-apa lagilah topik yang kita nak sampaikan, dan akhirnya kita tak tidur sampai ke pagi... Makcik aku ni sibuk nak ke pasar pulak... So jumpa lain kali je ya... Jangan lupa joins my bisness tau...

Sebelum balik K.L aku singgah di Parit Sulong untuk membeli kerepek buat olea-olea kawan-kawan di K.L.. Nama kedai pemborong ni Kerepek Ubi Pedas macam tulah masa aku baca sendboad kat depan tadi... Lalu juga depan rumah uncle MS aku tu... Tapi dia mcm senyap je so aku pun malaslah nak ganggu dia... Mungkin dia tengah mengarang ke... Atau tengah bertapa ke... Anak buah tumpang lalu ya...

Tuesday, February 9, 2010

TAUHU SUMBAT DAN KARIPAP UNTUK TV3 LAGI

Dah siap dah... Lega... Penat tau buat sorang-sorang semua ni... Nasib baik tak banyak dia mintak hari ini... Pembantu yang kata nak tolong tu balik kampung lagi... Tapi yang pasti aku dah siapkan sebelum pukul 3ptg tadi. Entah aku pun tak tanya untuk jamun apa ptg ni kat TV3 tu... Rasanya meeting untuk staf kot...


Kuah untuk tauhu sumbat tu... Sedap pulak aku buat heeee... Perasan kejap.. Bawang merah, bawang putih, udang kering, cili kering, sos, kacang tanah dan adalah beberapa bahan lagi aku bubuh...



Karipap menu utama, memang tak ketinggalan... Hari ini dia tak mintak banyak.. 50biji je... Biasa kalau untuk orang buat majlis kawin paling banyak 1000biji. Lepas aku pergi hantar kuih ni di pejabat D Selera, aku terus pergi kelas Al Quraan... Masa di kelas mengantuk sangat-sangat... Bila dah stop buat kerja macam nilah, datanglah penat dan mengantuk... Oleh kerana aku dah letih sangat... Balik je dari kelas aku membongkang sampai pukul 6.00ptg... Zzzzzzzz.... Ya allah aku belum solat asar lagi ni.... Macam nilah rutin hidup aku hari-hari... Terkejar-kejar... Kain sebakul tak lipat lagi... Nasib baik hari ni jiran aku tolong ambik anak-anak balik dari sekolah... Baju anak tak gosok lagi.... Malam ni nak siapkan baju orang sebelum balik kampung... Penatnyaaaaaaa!

Saturday, February 6, 2010

BIHUN TOM YAM

Malam tadi selepas solat magerib, aku masak tom yam... Dah beberapa hari ni teringin sangat nak makan bihun tom yam... Mengalahkan orang yang mengidam...

Anak dara aku yang paling rajin.. Sibuk menolong di dapur... Dia tengah sibuk susun mangkuk dan sudu tu.... Kejap lagi jiran-jiran nak datang makan malam sama... Mat Nor dgn orang rumahnya serta Adam (si kecik yang tak reti duduk diam) hensom dan putih melepak budak tu... Tak ketingalan Cik Pah pun kita jemput sama... Hubby dia tak sihat, tak joins sekali malam tadi...

Beginilah kesudahan bihun tom yam aku... Licin.... Sedap sangatlah tu kot.... Masing-masing memang berselera malam tadi... Tak apa lain kali aku masak laksa ke mee kari yang mak mertua aku ajar tu ke.... macam nilah... Bila aku ada rezeki lebih aku memang suka panggil jiran-jiran datang makan.. Biar rezeki kita akan bertambah-tambah lagi... Bukan takat rezeki murah, kita lebih mesera lagi dengan jiran-jiran... Dah macam keluarga yang besar.... Yalahkan, keluarga jauh di kampung.... Jadi jiran-jiran nilah keluarga kita di sini..