Monday, February 1, 2010

MAKCIK M... RESEPI PAJERI NENAS YANG HANG NAK TU..

BAHAN-BAHANNYA:

Nenas 1/2 biji
bawang merah 7biji
bawang putih 3biji
halia 2inci
daun kari 1 tangkai
rempah kari daging adabi 2 peket kecil
rempah campuran (halba, jintan dan biji sawi) tanya kat kedai mamak rempah campur dia taulah.
Cili merah 2biji belah tengah jadi empat. Batang cili jangan buang ya
kulit kayu manis 1 batang
bunga lawang 3biji
santan pekat 2ringgit
udang kering 1/2 mangkuk kecik
kerisik 1mangkuk kecil (buat sendiri lagi sedap) 1/2 kelapa putih je di sangai atas kuali sehingga keperang-perangan lepas tu blan guna blan kering, sampai lumat.
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara-caranya:
Bawang,halia,bawang putih dan udang blan. Sediakan periuk dan letaklah minyak masak untuk menumis. Bila minyak panas, masukan kulit kayu manis dan bunga lawang serta daun kari. Daun kari tu buang tangkainya. Masukkan rempah campuran tu sekali. Masukkan bahan yang di blan tadi. Bila naik bau, masukkan kari yg telah digaul dgn sedikit air (Jangan cair sangat biar kental). Bila dah pecah minyak dan kari betul-betul masak, masukkan nenas dan gaul-gaulkan. Cili merah baru masukkan. Kalau masuk awal-awal takut lodoh, tak cantik nak buat hiasan nanti. Masukkan santan, kacau lagi dan akhir sekali masukkan kerisik, garam secukup rasa dan gula biar banyak sikit. Nanti rasanya pedas, manis dan masin... Masak sehingga keluar minyak.
Sedia dihidang..


Wahai Makcik M ku.... Itulah resepi pajeri nenas perak yang mak mertua aku ajarkan... Buat lepas ni... Aku nak tengok jadi ke tak.. Lepas tu ko masaklah ayam masak merh... Sebab tu geng yang sesuai kalau nak makan pajeri ni..

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHANNYA:

Ketam 1kilo
Bawang merah besar 2biji
Cili padi ikut suka... Nak pedas bubuhlah banyak-banyak
Serai 2batang
Santan 2ringgit
Kunyit hidup 2inci
Daun kunyit 1helai
Halia 2 inci
Asam keping 2helai
Garam dan gula ikut sesedap rasa

Cara-caranya:
Bawang, kunyit, halia dan cili padi tumbuk lumat-lumat(tumbuk lebih sedap dari kita blen)
Serai di katok. Masukkan bahan-bahan tu ke dalam periuk dan tambahkan sedikit air, lebih kurang 3cawan. Bila dah mendidih masukkan ketam dan asam keping serta daun kunyit. Kacau dan masukkan santan. Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula biar lemak sikit... Kalau kuah tu nampak pekat sangat, tambah air sedikit... Asam keping masuklah sekali
Selamat mencuba...


Untuk Makcik M, Oleh kerana ko dah masak pajeri nenas tu aku tak yahlah bagi resepi ya... Heeeee...


Sunday, January 31, 2010

KARNIVAL YANG MELETIHKAN AKU

Sampai je di sekolah, terkejut aku tiba-tiba je di belakang aku ada 4 ekor kuda sedang buat kawat... Hai kuda pun joins karnival ya...

Permainan pinbal yang menjadi tren zaman sekarang ni.. Sekali main rm5. Baik aku makan lagi bagus kenyang perut...

Yang ini gerai PIBG tu... Banyaknya makanan.. Sedap ke tak ya... Macam sedap... Rojak buah dia sedap rupanya.. Eh beli lagilah macam ni...

Cik Pah berani dekat-dekat dengan kuda tu ya... Sekali dia angkat kaki baru ko tau ya... Tak pun tiba-tiba je dia kiss he... Takutnya.... Kuda tu entah-entah dah berapa hari asik kawat kaki tak sempat deting dengan awek dia kot, kan dia ingat cik Pah awek dia nanti...Hee... Adoi... Panasnya cuaca kat sekolah ni, buat aku sakit kepala je... Balik-balik... Lagi lama di sini lagi cepatlah poket kering... Tak sempat pun nak tengok si Ciplos tu... Nak tengok hantu budak-budak ni baik aku tak payah masuk jelah... Tak pasal-pasal budak yang jadi hantu tu aku pulas-pulas telinganya bila aku geram nanti... Biar budak-budak tu taubat tak nak jadi hantu lagi... Haaaa!
Jahatnya aku.. Sebab dulu aku pernah masuk rumah hantu, lepas tu hantu tu geletek tengkok aku... Dahlah muka menakutkan, apa lagi aku ketuk-ketuk hantu orang tu dengan beg... Hantu tu siap cakap... Adoi kak janganlah main pukul-pukul... Haaa buat lagi... Lepas dari hari itu aku tak pernah lagi masuk rumah hantu...

Saturday, January 30, 2010

DADIH UNTUK DIDERMAKAN. UNTUK KARNIVEL DI SEKOLAH TAMAN CUEPACS

Sejak beberapa hari yang lepas anak-anak sudah merengek-rengek meminta membuat sesuatu untuk didermakan ke Karnival Anugerah Kecemerlangan di sekolahnya.... Akhirnya setelah aku dah pening-pening nak sumbangkan apa untuk jualan sekolah, inilah yang terfikir kat kepala otak aku ni... Nak buat karipap dah boring... Pagi ini nak kena hantarlah untuk dijual bagi mengisi tabung PIBG sekolah... Sekolah buat macam ni bertujuan memupuk minat berniaga dikalangan anak-anak ni... Bagi aku lagi senang je kalau cikgu tu mintak je derma berupa wang untuk tabung PIBG, tak payah buat kuih... Semua tu mesti ada sebabnyakan.. Tak apalah demi anak-anak kita bagilah semangat untuknya... Kejap lagi nak pergi karnival ni nak tengok... Dengar-dengar dari budak-budak ni ada artis nak datang. Hantu Ciplos tu pun ada... Tu budak beria-ia nak belanja aku tengok rumah hantu... Dah sebulan ni anak aku mengumpulkan duit belanja sekolah semata-mata nak tengok Karnival ni.. Kelakar juga aku tengok anak-anak aku ni , ada hati juga nak belanja orang tuanya.. Bila dikumpul-kumpul duit belanja tu adalah rm30++.. Maknanya anak-anak aku tu perihatinlah juga dengan orang tuanya... Terharuuuu... Rasanya... Sampai jiran sebelah rumah pun diajaknya... Katanya nak belanja jiran tu jugak... Cukup ke duit tu nak oi...!
Bukan kita tak ada duit saja nak tengok akal anak-anak ni... Oh! Bolelah diketogerikan anak-anak mitali..

SEMINAR MYREWARDS TOUGH AND GO.

Ini sebahagian ahli baru yang joins MyRewards pada malam tadi... Masing-masing tengah kusyuk mendengar penerangan dari Up line kami Solleh dari kumpulan nasyid Brothers..

Sesi soal jawab dari pelanggan MyRewards... Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar...

Bakal-bakal jutawan kita... Tahniah untuk suami ku yang tercinta kerana berusaha keras akhirnya membuahkan hasil... Mudah-mudahan suatu hari nanti akan menjadi jutawan senyap... Amin...

Tuesday, January 26, 2010

KARIPAP UNTUK MHI TV 3.

Malam tadi aku mendapat panggilan telefon dari D Selera untuk menyiapkan tempahan karipap untuk MHI TV 3. Seawal pukul 5.30pagi aku sudah banggun dari tidur untuk mengoreng karipap ini... Nasib baik DR spoting nak tolong hantar ke pejabat D Selera seawal pukul 6.00pagi... Nasib baik tak banyak... Kalau dia mintak 500 biji hingga 800 biji aku terpaksa panggil pembantu.. Heee... Terutamanya jiran-jiran akulah yang rajin-rajin itu... Aduh penatnya cari duit ni ya... Kepada Ally Iskandar dan Zakiah Anas selamat menjamu selera dengan karipap ciptaan aku ya...

Monday, January 25, 2010

CERITANYA BEGINI...

Oleh kerana auntie M dah tertanya-tanya kenapa dengan ruangan komen aku tu, biarlah aku cerita kat sini ya.. Sejak akhir-akhir ni aku sentiasa berebut2 broadband dengan am... Jadi aku bagi canlah kat dia nak guna.. Dah nama pun guna together2kan... Al -kesahnya line tak berapa cantik sejak beberapa hari ni... Nak posting pun tak boleh... Tu yang aku benggang sangat... Last2 aku jahit baju custemor lagi bagus... Dan gambar atas tu aku dah siap jahit baju custemor aku nak pakai ujung bulan ni... Tu yang aku tak buat apa-apa kat blog aku ni... hari ni je baru o.k sikit line... Am cakap pukul 3pagi line cantik... Tak kuasalah aku nak berjaga sepanjang malam gara-gara nak tunggu line cantik..


Inilah broadband aku yang aku rasa nak campak kat dinding je... Bayar mahal-mahal tapi lembab sangat.... Nak tengok blog sendiri pun terkial-kial.... Gerrrr... Sabarkanlah iman hambamu ini ya allah...