Thursday, February 18, 2010

RUMAH KECIL TIANG EMPAT

Kakak dan Mayang Mengurai... Kakak ni memang suka dengan haiwan.... Kalau boleh semua haiwan nak di belanya... Kalau boleh rumah ni pun nak dibuatnya macam bahtera nabi Noh... Jangan kakak teringin nak bela ekuana atau ular udah le... Heee... Geli geliman ibu... Dahlah ibu ni berkulit sensetif mudah gatal-gatal... Kang ibu bagi kat auntie depan rumah baru tau... Biar auntie masak kari... Heh...heh...heeee...

Sapa kata duduk rumah macam akak tak boleh bela arnab? Ni cik kak nak buktikan pada Tuan Putri Bandar Baru Bangi... Akak kan dah kata akak ada tanah haram sekangkang kera.... Petang tadi Na O Mei, Mayang Mengurai dan Superman dah duduk rumah barunya... Tu... Tengoklah sendiri, Abang ipar Putri dah siap buat rumah dia.... Cuti ada dua tiga hari lagi, bolehlah layan kerenah anak-anak... Bagi sedikit kegembiraan buat mereka... Petang tadi, balik dari sekolah je anak-anak sedara Putri dah belari-lari mendapatkan adik angkatnya... Macam dah kenal lama arnab tu... Manja-manja belaka... Bukan takat tu saja... Macam dah buat syo je kat kebun tadi... Ramai orang datang tengok... Macam pergi melawat zoo pulak.. Lepas ni boleh kenakan teket sapa nak tengok... Kedekutnya...

Wednesday, February 17, 2010

NA O MEI, MAYANG MENGURAI DAN SUPERMAN

Heeee... Comel tak? Semalam seharian aku meronda satu K.L mencari kedai haiwan... Kebanyakannya kedai masih tutup cuti CNY. Best juga K.L lengang, jalan tak jem... Cari kat Lebuh Pudu pun tak berapa ada... Akhirnya aku temuie Na O Me, Mayang Mengurai dan Superman ni di Jln Seri Petaling. Nama ni anak-anak aku yang pilih. Yang putih tu Syahir punya, jantan. Yang tengah tu Si kakak Fiqa punya, betina. Dan yang muka macam tak basuh tu Irien punya, betina. D.R kata nak buat baka... Kandang dia dijangka siap petang ni... Nanti aku cuba tinjau keadaan rumah baru anak angkat aku ni... Tapi betullah orang kata.... Cakap dengan haiwan ni lebih baik dari bercakap dengan manusia... Manusia ni bila bercakap kadang-kadang tu menyakitkan hati... Kalau cakap dengan arnab ni dia dengar je apa yg kita cakap... Orang kata ya... Bukan aku kata... Tapi ada betulnya cakap orang tu... Tak percaya....? Percayalah.... Lepas ni korang semua beli apa-apa haiwan peliharaan, kalau ada masalah ko mengadulah kat dia... Gerenti dia simpan rahsia punya... Kalau mengadu masalah kat orang ni, silap hari bulan orang tu cerita kat orang lain pulak... Dah nama pun manusia...

Tuesday, February 16, 2010

AKU BAHAGIA DI SINI...

Tak terluah dengan kata-kata bila aku melangkah menyusuri tanaman yang begitu terbentang luas dan indah.... Aku terpaku seketika melihat kegigihan abah melakukan kerja-kerja begini sendirian... Begitu kagumnya aku dengan kekuatan kudrat abah yang mungkin tak terjangka oleh akal ku... Sedangkan aku baru memegang cangkul yang tak seberapa mencangkulnya sudah tercungap-cungap, bagaimanalah abah boleh melakukan semua ini sendirian... Abah aku tabik dengan abah...

Awan yang terpilu.... Bila aku menatap langit senja ini, hatiku sayu melihat kebesaran allah yang membuat hatiku terusik.... Aku rasa tenang, bahagia sangat-sangat.... Kerana aku masih diberi peluang untuk melihat kebesaranya... Memang indah pemandangan di sini... Aku menanti uncle Mat Som dan auntie MM yang tak muncul-muncul... Untuk mendengar cerita-ceritanya... Akhirnya aku hampa...

Pokok kobis yang diusahakan oleh abah... Mudah-mudahan tanam-tanaman ini akan mendoakan abah selalu sihat dan boleh berbakti pada tanah...

Anak-anak cukup gembira melihat hasil tanaman datuknya.. D.R aku yang memang minat berkebun turut membantu memetik cili...

Abah... Aku tahu isi hatimu... Kau bahagia dengan cara begini.. Inilah hobi dan cara buat mu bahagia.. Doakan anak mu ini dapat membeli sebidang tanah kosong, dan akan ku berikan sebagai hadiah untuk mu bertani, kerana aku tahu, jiwamu di sini bersama pokok-pokok yang menjadi teman setia mu... Kerana aku tahu tanah ini bukan milik mu... Kerana yang menjadi milik mu kini hanyalah ladang kelapa sawit dan tidak boleh diselang-selikan dengan tanaman lain... Aku tahu abah bosan.... Insallah akan aku cuba membahagiakan mu diakhir-akhir usiamu... Kerana hatiku menangis bila teringatkan mu abah... Hanya allah yang maha mengerti susah payah dan kesengsaran mu... Walau kau tak pernah berbicara, tapi aku dapat membacanya, dari raut wajahmu...

Keesokanya, aku mendapat panggilan dari cik P untuk berjumpa di rumah nenek... Dia kata makcik MM dah tunggu kat rumah nenek... Aku membayangkan anak dan suaminya ada... Oh! rupa-rupanya dia single je macam anak dara... Kenapa tak cakap awal-awal... Kalau tak aku pun nak mensingelkan diri aku juga... Tapi masa begitu mencemburue kami.... Tak sempat rasanya aku nak bercerita panjang lebar dengan makcik-makcik aku yang muda belia ini... Agaknya kalau kita tidur bersama-sama macam zaman kanak-kanak dulu mesti bestkan... Kita bercerita dan entah apa-apa lagilah topik yang kita nak sampaikan, dan akhirnya kita tak tidur sampai ke pagi... Makcik aku ni sibuk nak ke pasar pulak... So jumpa lain kali je ya... Jangan lupa joins my bisness tau...

Sebelum balik K.L aku singgah di Parit Sulong untuk membeli kerepek buat olea-olea kawan-kawan di K.L.. Nama kedai pemborong ni Kerepek Ubi Pedas macam tulah masa aku baca sendboad kat depan tadi... Lalu juga depan rumah uncle MS aku tu... Tapi dia mcm senyap je so aku pun malaslah nak ganggu dia... Mungkin dia tengah mengarang ke... Atau tengah bertapa ke... Anak buah tumpang lalu ya...

Tuesday, February 9, 2010

TAUHU SUMBAT DAN KARIPAP UNTUK TV3 LAGI

Dah siap dah... Lega... Penat tau buat sorang-sorang semua ni... Nasib baik tak banyak dia mintak hari ini... Pembantu yang kata nak tolong tu balik kampung lagi... Tapi yang pasti aku dah siapkan sebelum pukul 3ptg tadi. Entah aku pun tak tanya untuk jamun apa ptg ni kat TV3 tu... Rasanya meeting untuk staf kot...


Kuah untuk tauhu sumbat tu... Sedap pulak aku buat heeee... Perasan kejap.. Bawang merah, bawang putih, udang kering, cili kering, sos, kacang tanah dan adalah beberapa bahan lagi aku bubuh...



Karipap menu utama, memang tak ketinggalan... Hari ini dia tak mintak banyak.. 50biji je... Biasa kalau untuk orang buat majlis kawin paling banyak 1000biji. Lepas aku pergi hantar kuih ni di pejabat D Selera, aku terus pergi kelas Al Quraan... Masa di kelas mengantuk sangat-sangat... Bila dah stop buat kerja macam nilah, datanglah penat dan mengantuk... Oleh kerana aku dah letih sangat... Balik je dari kelas aku membongkang sampai pukul 6.00ptg... Zzzzzzzz.... Ya allah aku belum solat asar lagi ni.... Macam nilah rutin hidup aku hari-hari... Terkejar-kejar... Kain sebakul tak lipat lagi... Nasib baik hari ni jiran aku tolong ambik anak-anak balik dari sekolah... Baju anak tak gosok lagi.... Malam ni nak siapkan baju orang sebelum balik kampung... Penatnyaaaaaaa!

Saturday, February 6, 2010

BIHUN TOM YAM

Malam tadi selepas solat magerib, aku masak tom yam... Dah beberapa hari ni teringin sangat nak makan bihun tom yam... Mengalahkan orang yang mengidam...

Anak dara aku yang paling rajin.. Sibuk menolong di dapur... Dia tengah sibuk susun mangkuk dan sudu tu.... Kejap lagi jiran-jiran nak datang makan malam sama... Mat Nor dgn orang rumahnya serta Adam (si kecik yang tak reti duduk diam) hensom dan putih melepak budak tu... Tak ketingalan Cik Pah pun kita jemput sama... Hubby dia tak sihat, tak joins sekali malam tadi...

Beginilah kesudahan bihun tom yam aku... Licin.... Sedap sangatlah tu kot.... Masing-masing memang berselera malam tadi... Tak apa lain kali aku masak laksa ke mee kari yang mak mertua aku ajar tu ke.... macam nilah... Bila aku ada rezeki lebih aku memang suka panggil jiran-jiran datang makan.. Biar rezeki kita akan bertambah-tambah lagi... Bukan takat rezeki murah, kita lebih mesera lagi dengan jiran-jiran... Dah macam keluarga yang besar.... Yalahkan, keluarga jauh di kampung.... Jadi jiran-jiran nilah keluarga kita di sini..

Monday, February 1, 2010

MAKCIK M... RESEPI PAJERI NENAS YANG HANG NAK TU..

BAHAN-BAHANNYA:

Nenas 1/2 biji
bawang merah 7biji
bawang putih 3biji
halia 2inci
daun kari 1 tangkai
rempah kari daging adabi 2 peket kecil
rempah campuran (halba, jintan dan biji sawi) tanya kat kedai mamak rempah campur dia taulah.
Cili merah 2biji belah tengah jadi empat. Batang cili jangan buang ya
kulit kayu manis 1 batang
bunga lawang 3biji
santan pekat 2ringgit
udang kering 1/2 mangkuk kecik
kerisik 1mangkuk kecil (buat sendiri lagi sedap) 1/2 kelapa putih je di sangai atas kuali sehingga keperang-perangan lepas tu blan guna blan kering, sampai lumat.
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara-caranya:
Bawang,halia,bawang putih dan udang blan. Sediakan periuk dan letaklah minyak masak untuk menumis. Bila minyak panas, masukan kulit kayu manis dan bunga lawang serta daun kari. Daun kari tu buang tangkainya. Masukkan rempah campuran tu sekali. Masukkan bahan yang di blan tadi. Bila naik bau, masukkan kari yg telah digaul dgn sedikit air (Jangan cair sangat biar kental). Bila dah pecah minyak dan kari betul-betul masak, masukkan nenas dan gaul-gaulkan. Cili merah baru masukkan. Kalau masuk awal-awal takut lodoh, tak cantik nak buat hiasan nanti. Masukkan santan, kacau lagi dan akhir sekali masukkan kerisik, garam secukup rasa dan gula biar banyak sikit. Nanti rasanya pedas, manis dan masin... Masak sehingga keluar minyak.
Sedia dihidang..


Wahai Makcik M ku.... Itulah resepi pajeri nenas perak yang mak mertua aku ajarkan... Buat lepas ni... Aku nak tengok jadi ke tak.. Lepas tu ko masaklah ayam masak merh... Sebab tu geng yang sesuai kalau nak makan pajeri ni..

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHANNYA:

Ketam 1kilo
Bawang merah besar 2biji
Cili padi ikut suka... Nak pedas bubuhlah banyak-banyak
Serai 2batang
Santan 2ringgit
Kunyit hidup 2inci
Daun kunyit 1helai
Halia 2 inci
Asam keping 2helai
Garam dan gula ikut sesedap rasa

Cara-caranya:
Bawang, kunyit, halia dan cili padi tumbuk lumat-lumat(tumbuk lebih sedap dari kita blen)
Serai di katok. Masukkan bahan-bahan tu ke dalam periuk dan tambahkan sedikit air, lebih kurang 3cawan. Bila dah mendidih masukkan ketam dan asam keping serta daun kunyit. Kacau dan masukkan santan. Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula biar lemak sikit... Kalau kuah tu nampak pekat sangat, tambah air sedikit... Asam keping masuklah sekali
Selamat mencuba...


Untuk Makcik M, Oleh kerana ko dah masak pajeri nenas tu aku tak yahlah bagi resepi ya... Heeeee...