Saturday, January 30, 2010

SEMINAR MYREWARDS TOUGH AND GO.

Ini sebahagian ahli baru yang joins MyRewards pada malam tadi... Masing-masing tengah kusyuk mendengar penerangan dari Up line kami Solleh dari kumpulan nasyid Brothers..

Sesi soal jawab dari pelanggan MyRewards... Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar...

Bakal-bakal jutawan kita... Tahniah untuk suami ku yang tercinta kerana berusaha keras akhirnya membuahkan hasil... Mudah-mudahan suatu hari nanti akan menjadi jutawan senyap... Amin...

Tuesday, January 26, 2010

KARIPAP UNTUK MHI TV 3.

Malam tadi aku mendapat panggilan telefon dari D Selera untuk menyiapkan tempahan karipap untuk MHI TV 3. Seawal pukul 5.30pagi aku sudah banggun dari tidur untuk mengoreng karipap ini... Nasib baik DR spoting nak tolong hantar ke pejabat D Selera seawal pukul 6.00pagi... Nasib baik tak banyak... Kalau dia mintak 500 biji hingga 800 biji aku terpaksa panggil pembantu.. Heee... Terutamanya jiran-jiran akulah yang rajin-rajin itu... Aduh penatnya cari duit ni ya... Kepada Ally Iskandar dan Zakiah Anas selamat menjamu selera dengan karipap ciptaan aku ya...

Monday, January 25, 2010

CERITANYA BEGINI...

Oleh kerana auntie M dah tertanya-tanya kenapa dengan ruangan komen aku tu, biarlah aku cerita kat sini ya.. Sejak akhir-akhir ni aku sentiasa berebut2 broadband dengan am... Jadi aku bagi canlah kat dia nak guna.. Dah nama pun guna together2kan... Al -kesahnya line tak berapa cantik sejak beberapa hari ni... Nak posting pun tak boleh... Tu yang aku benggang sangat... Last2 aku jahit baju custemor lagi bagus... Dan gambar atas tu aku dah siap jahit baju custemor aku nak pakai ujung bulan ni... Tu yang aku tak buat apa-apa kat blog aku ni... hari ni je baru o.k sikit line... Am cakap pukul 3pagi line cantik... Tak kuasalah aku nak berjaga sepanjang malam gara-gara nak tunggu line cantik..


Inilah broadband aku yang aku rasa nak campak kat dinding je... Bayar mahal-mahal tapi lembab sangat.... Nak tengok blog sendiri pun terkial-kial.... Gerrrr... Sabarkanlah iman hambamu ini ya allah...

Sunday, January 24, 2010

APA AKU MASAK HARI INI. JOM TENGOK

Ubi kayu ni ambik kat kebun kat bawah. Selalu aku tengok ubi putih, tapi hari ini aku tengok ubi kuning, tapi lembut dan sedap.. Cecah sambal tumis atau ikan masin.. Teringat zaman dulu-dulu bila banjir. Ubi busuk buat tiwol.. Hanya orang Jawa je tau makanan ni...

Ini ayam masak merah kegemaran anak aku yang sulong... Mesti dia makan banyak tengah hari ni...

Sayur pucuk paku masak lemak ni kegemaran DR aku.... Dia suka kuah tu biar banyak... Makan dgn nasi dibanjiri kuah gitu...

Pajeri nenas ni tak cukup bahan.. Aku lupalah nak letak udang kering.... Tapi sedap gak.. Cili merah pun dah tak ada stok dalam peti ais... Makan jelah apa yang ada ya...
Kepala dah pening-pening lalat. Cuaca tak menentu di sini.. Ramai orang mengadu sakit kepala dan batuk,selesema... Hari ni Am jadi pembantu aku tukang antar anak aku ge sekolah.. Boleh diharap juga adik aku yang seorang ni...

Sunday, January 17, 2010

PELUANG MENAMBAHKAN PENDAPATAN DENGAN MYREWARDS


MENU TENGAH HARIKU HARI INI

Setelah aku mengeledah peti ais inilah hasilnya.... Kira aku pun nak sambut ulang tahun untuk auntie MM aku yang nun jauh di J.B.... Aku wakilkan makan untuk Auntie MM ya... Menu aku yang diberi tajuk LANJUTKAN USIA MU... Ikan bawal tu aku masak tiga rasa, tapi macam ada sepuluh rasa pulak... Sayur tu taugea dengan kacang botol aku tumis je.. Dan minu aku yang tak berapa laku tengah hari ni ialah Kepah masak serai ala kasih sayang... Masing-masing asik makan ikan bawal tu je sampai kepah aku masak dia orang tak pandang... Tak apa aku bawak ke malam. Mesti dia orang makan sebab dah tak ada pilihan.. Heee...


Thursday, January 14, 2010

CONTEST BARU PULAK!!



Http:/kamera x buruk.blogspot.com/2009/12/contest-baru-pulak.html) Jom joins contest ni sebelum akhir bulan ni..



Haaa...! Akhirnya aku ada waktu untuk joins contest foto black and white ni... Bolehkan..? Betul ke apa yang aku buat ni.. Untie MM sila komen ya.. Entah macam mana aku tiba2 berminat nak turut serta pulak untuk menyemakan blog kamera x buruk ni... Hee..Jadi inilah gambar black and white yang aku ada.. Jangan gelak korang ya... Gambar ni di ambil waktu aku kecik-kecik dulu.. Gambar ni dah lebih dari 34 tahun yang lalu.. Lebih kurang sekitar tahun 1976.. Ini saja gambar buat kali pertamanya aku tengok kamera di dunia ini. Lepas tu bila ambik gambar lagi, gambar-gambar semuanya berwarna... Dan ini sajalah foto kenang-kenangan yang tinggal masa aku kanak-kanak dulu... Zaman dulukan susah, nak ambik gambar pun kena menaiki bus ke bandar yang memakan masa lebih kurang 1jam..

Oklah.. Seterusnya aku nak tag 2 orang yang belum di tag oleh sesiapa.. Cik Mat Som dan Cik Hamidah... Ok Bye.. Jangan lupa ya joins contest ni sebelum akhir bulan ni.. Manalah tau kot-kot dapat TV ke kamera ke... Boleh tambah kolexsi...