Wednesday, January 4, 2012

Sepi melanda rumahku...

Sepinya rumahku pagi ini....  Tiada kedengaran lagi hilai tawa, tangisan anak2ku yg sebelum ini menceriakan rumah ku ini...  
Tiba2 terfikir akan anak ku yg paling kecil...  Siapa lagi kalau bukan Syahir..  Pagi ni aku bekalkan dia mee goreng dan sekeping roti berintikan peanut butter,  sedikit kismis kesukaanya dan air kosong.  Di sekolah cikgu tidak menggalakkan budak2 membawa bekalan air manis.  Apalah yg dia buat ketika ini...  Pagi tadi dia bercerita tentang perasaannya kali pertama masuk ke thn 1...  Dia kata dia x rasa nak menangis,  tapi jantung dia bergerak kencang rasa teruja yg amat sgt dgn suasana rakan2 barunya..'  Ibu....  Syahir rasa mengigil masa ibu dah balik...' Tanya ku kenapa?   Lapar ke? Dia jawab... ' Rasa belum biasa dgn suasana kelas waktu pagi tu,  bila dah siang sikit tu...  Cikgu dah cakap2 baru o.k'..  Ooooo...  Samalah mcm ibu time kecik2 dulu..  Bila atuk blk je perasaan bercampur baur,  antara suka dan sedih pun ada..  
Bercerita pulak dgn si kakak longnya fiqa...  Semalam sebelum aku balik,  sempat aku meninjau keadaan kelasnya...  Agak tenang...  Terdengar sesekali suara guru kelasnya yg nyaring memberitahu supaya mengisi maklumat2 penting dokumen peribadinya begitu juga rakan2 sekelasnya..  Nampak kusyuk je si kakak mendengar taklimat cikgunya...  Rasa berdebar2 plk bila lihat si kakak yg tahun ni bakal menduduki UPSR.  Harap dia boleh buat yg terbaik..  Tahun ni,  sepertinya cikgu2 tidak sibuk mengutip bayaran2 seperti sebelum2 ni...  Lapang sikit dada...  Kalau tidak,  awal tahun saja beratur untuk membuat pembayaran itu dan ini...  Kalau ada 3 anak, 3 kalilah aku kena beratur..  Dan duit di awal thn ni mcm angin je lajunya..  Huuu...  Tak apalah demi anak2..  Tapi kalau org yg berpendapatan sederhana mcm aku ni memang cukup terasa...  Segala2nya cukup dicatu..  Tapi biarlah keutamaan lebih kepada keperluan anak2 dahulu...  Lupakan seketika keinginan yg lain2..  Alhamdulillah dah dapat guru tuisyen untuk kakak...  Ambik 4 subject rm135...  Rasanya cikgu Latifah lebih memahami masalah dan kelemahan anak2 muridnya.  Semalam dah berbincang untuk kelas tuisyen  dgn cikgu Latifah.  Mulai mlm ni si kakak kena study smart.  Jadualnya padat sepanjang minggu.  Harap2 akak boleh bawak..
Perhatian ku juga x lupa untuk anak kedua ku Shima..  Walaupun dia di thn 5..  Aku juga perlu memberi perhatian untuknya.. Kalau di izinkan oleh allah, daptlah kiranya dia khatam al-quraan serentak dgn kakaknya thn ini...  Insyallah..  Semoga pengorbanan aku ni membuahkan hasil yg baik untuk pedoman anak2 ku di waktu dewasa kelak..  Doa dan harapan ku yg tak pernah putus mengharapakn anak2 ku menjadi anak2 yg soleh dan solehah serta cemerlang hidup di dunia dan di akhirat..  Begitu juga doaku untuk anak2 jiran2 ku serta anak rakan2 begitu juga anak2 saudara mara moga menjadi insan yg berakhlak mulia dan sentiasa dipermudahkan dlm segala urusan dalam kehidupan..  Tiada yg lebih baik bila kita melihat anak kita atau anak org lain boleh menjadi pemimpin negara
 suatu hari nanti walau dalam bidang apa sekali pun..  Insyallah, niat yg baik pasti di balas oleh allah...


4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Semoga si Kakak mendapat kecemerlangan dlm UPSR. Mujur bleh dpt RM135 utk 4 subjek. Ain dulu Cikgu Tuisyen dia kira ikut jam. Ambik 2 subjek je. Tu pun dah mahal.. tak ingat plak berapa.

Tahniah juga kpd keduanya sbb dah nak katam.

Teman Setia Anis said...

Entahlah cik sam.. Risau sgt2... Tengok dia tu biasa2 aje dlm pelajaran... Sejak akhir2 ni jea dia ada peningkatan... Harap2 dia boleh buat yg terbaik untuk dirinya.. Aku tengah berusaha semampu mingkin walau jadual masa dia belajar begitu padat... mengaji tetap mengaji... Nanti bila am kawin boleh buat majlis khatam al-quraan..

irfan said...

Selamat memasuki gerbang Tahun 1 buat Syahir.

Teman Setia Anis said...

Terima kasih irfan.. Harap2 semuanya berjln dgn lancar... Moga irfan pun bakal menjadi pemimpin negara bila dewasa nanti..