Friday, November 27, 2009

SEMINGGU TIDAK BERSIARAN...


Rindunya aku dengan blog aku ni.. Dah beberapa hari ni am bawak broadband ni.. Hari ni aku ada banyak benda nak cerita dan kongsikan pada anda semua. Lepas tu anak-anak aku dah aku pos balik kampung dengan mak usu budak-budak ni. Bila budak-budak ni tak ada terasa sunyi dan sepinya rumah ni.. Sedihnya hari raya korban tahun ni, memang aku betul-betul berkorban tahun ni. Waaaa...sedihnya... Pagi raya ni aku teringat akan kampung halamanku yang nun... jauh di sana. Agaknya bila dah tua-tua nanti macam nilah kita kalau anak-anak dah pandai bawak haluan sendiri. Tinggal Syahir yang keboringan tiada kawan bermain. Bila aku nak tahan budak-budak tu dari balik kampung, yang irien dah merajuk dan yang si kakak dah merayu-rayu, tak sampai hati pulak nak hampakan permintaan mereka. Akhirnya aku juga yang kesepian di pagi raya ni. D.R dengan Syahir dah pergi masjid awal pagi. Aku masak soto pagi ni. Tapi hati aku tak gembira. Kalau aku ada sayap dah lama aku terbang balik ke kampung. Berkorban apa saja harta ataupun nyawa, itulah kasih mesera sejati dan mulia..em em.... Nak balik kampung D.R kita ni pengerusi surau. Hari sabtu pulak ada dua ekor lembu nak dikorbankan di sini. Takkan nak lari dari tanggungjawab pulak. Lepas ni aku nak suruh D.R tu letak jawatan je. Senang sikit nak buat aktiviti keluarga. Aku pun nak letak jawatan sama. Penat pikul tanggungjawab besar ni. Kepada semua SELAMAT HARI RAYA KORBAN. MOGA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN INI MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH SUBHANA WATAALLA... AMIN...

2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedihnya... ala tak pe la kurang2 ko dah trainning utk menghadapi hari2 tua. Walaupun anak kita cuma 3 org harap2 cucu plak ramai la.. tak nak aku kalau tua dlm kesunyian...

Teman Setia Anis said...

Sebenarnyakan, ramai ke sikit ke anak kita ni sama je. Tengoklah embah aku tu anak 12 orang, cucu dan cicit berkepuk-kepuk, tapi tak ada seorang pun yang teman dia. Takutnya... Apa kata kita bukak yayasan rumah orang-orang tua. Bila kita tua-tua nanti kita kumpul balik macam zaman kanak-kanak kita. Manalah tahu kalau suami kita mati dulu dari kita kan dah jadi balu kesepiaan pulak nanti. Nak kawin baru pun dah tua-tua malu.bak kata org putih expaied.. Betul ke tak ejaan aku tu.