Monday, December 19, 2011

Mood ke sekolah kembali sudah.....


Cuti sekolah hampir berakhir....  Ada mood ke x ada mood ke...  Kena di ada2kan mood tu..  Persiapan kelengkapan sekolah hampir sempurna..   Adalah beberapa barang lagi belum dibeli..  Alhamdulillah, peruntukan yg kerajaan bagi sedikit sebanyak mengurangkan beban perbelanjaan anak2 nak ke sekolah ni...  Tapi keewangan masih banyak lagi di perlukan untuk bayaran2 tertentu awal tahun dpn ni...  Kena kerja kuat lagi untuk menambahkan poket yg x pernah menebal ni...  Tak apalah demi anak2..   Pagi ni anak aku yg sulong dah mula ke sekolah...  Bermulalah episod baru dlm hidup aku...  Masa untuk suka suki dah berakhir...  Tanggung jawab je kini yg tinggal..  Jadual pun nak kena ubah lepas ni...  Dah tak ada masa nak bersenang lenang dan bersantai2..  Santainya kt dpn sekolah sementara tunggu anak keluar dari pintu sekolah jea..  Mulai hari ni tercongoklah muka aku hari2 kt dpn pintu pagar sekolah pukul12tghari...  Bercerita pulak tentang anak aku si Syahir pulak...  Begitu terujanya dia nak masuk ke tahun 1.  Hari2 dia cakap x sabar2 nak ke sekolah...  Rindukan sekolah katanya...  Kelengkapan sekolah untuknya hampir sempurna..  Huu...  Rasanya kos untuk anak lelaki ni lebih dari anak perempuan rupanya.. Lagi2 ni kali pertama Syahir nak ke sekolah rendah.. Tapi alhamdulillah budak2 ni jenis menerima seadanya..  Kakak2 dia x kisah pakai baju lama pun..  Tapi akulah x sampai hati kalau tak belikan yg baru..  Macam mana pun sehelai seorang kena belikan juga..  Cuma kena berbelanja berhemah...  Ukur baju di badan sendiri..  Belanjawan mencukupi ke tak..  Apa2 pun demi masa depan anak2..  Rasanya kita sebagai ibubapa tidak perlu terlampau bermewah2 hanya untuk berbelanja kelengkapan sekolah...  Tetapi menyimpan sebahagian duit kita untuk masa2 hadapan...  Manalah tahu anak2 kita ini tergolong anak2 yg cemerlang...  Tak ke belanja makin besar...  Apa2 pun selamat kembali ke sekolah buat semua yg ada anak2 yg bersekolah...  Tanamkan azam baru dan doa moga apa yg dihajatkan akan terlaksana....



Friday, December 16, 2011

Bercuti di Parit Perak dan Pasir Salak..

Beria2 DR mengutip buah durian ni... Makannya balik K.L


Durian Terpacak ... Seni betul durian ni jatuhnya..heee..


Inilah durian yg kita orang kutip tu.. Banyakan??


Seronok bukan main budak2 ni....




Sungguh bermaknanya cuti sekolah tahun ini pada diri ku dan anak2ku... Mahu tak seronoknya... Dapat melawat dusun Pak Ngah dan Mak Ngahnya di Parit Perak... Meriah betul musim buah di Perak ni... Dah rupa macam raya.... Lebih2 lagi anak ku si Syahir cukup teruja bila tengok durian banyak2 jatuh di tanah... Seronok mengutip jea... Time ni tak lalu nak makan... Dah terlalu banyak sampai selera nak makan tu tak ada... Tapi bila balik ke K.L je mcm org kebulur rupa macam tak pernah makan durian pulak.. Rasa sedap sangat2 bila bawak balik ke rumah sendiri.. Agaknya kt sana dah terlalu banyak tu yg tak lalu nak makan.. Masa kat sana seronok mengutip jea.. Tengok buah rambutan merah2 sana sini... Heran gak mula2... Org Perak ni tak makan rambutan ke?? Sampai dah bergayut2 tak dipetik2nya... Rasa geram sangt nak petik semua buah2han yg ada kt situ... Tapi kak ngah dan abang ngah pandai, dia jual buah2han tu... mcm rambutan 2kilo rm5... Durian murah jea dia jual, rm2.50 sekilo... Durian baik punya... Tempoyak pulak sekilo rm14. Jual kt tepi jln dpn rumah aje... Itupun sekejap je dah habis... Anak2 cukup suka bila tengok orang ramai2 datang beli.. Dikesempatan itu aku bawak mak mertua dan anak2 serta anak sedara pergi ke Pasir Salak... Lama rasanya aku tak ke tempat itu... Kali pertama aku datang ke situ sewaktu baru2 berkenalan dgn keluarga suamiku... Berubah betul sekarang tempat kesan sejarah ni... Di mana tempat sejarah pembunuhan J.W.W. Birch. Tempat ni agak menarik perhatian pengunjung2 asing... Masa nilah aku terjumpa mat salleh peramah ni... Suka pulak dia sembang dgn aku... Tapi cayalah kt mat salleh ni, umur dah 64thn... Tapi larat dia berbasikal dari Pucket sampai Pasir Salak ni... Hebatkan.. Haa itulah cerita aku untuk cuti sekolah tahun ini... Mudah2han anak2 aku dapat ilmu sepanjang pecutian yg singkat ini... Tahun depan kalau buat karangan bahasa malayu... Buatlah cerita balik kg... Ni ada masa yg tinggal beberapa hari lagi bercuti kerana isnin ni 19hb 12 . 2011 ni anak aku yg sulong akan masuk ke sekolah awal... Almaklum sajalah tahun dpn dia nak menduduki UPSR. Dah x dapat nak bercuti lagi dlm bulan ni lea gamaknya...



Monday, November 14, 2011

Batu Seremban permainan kanak2 waktu ni...


Batu seremban yg siap ditempah... Rm1.00++... Tertakluk pada saiz..




Batu seremban dgn pelbagai warna menarik perhatian kanak2 untuk membelinya.. Kini sudah menjadi salah satu permainan kesukaan kawan anak2 ku di sekolah.. Tak cukup satu sampai tiga dan kadang2 banyak, sebab budak2 ni suka tukar2 warna. Ada yg beli banyak2 tu untuk adik dan kakak dan kadang2 kanak2 lelaki pun suka permainan ini... Pengaruh batu seremban ni bermula dari anak akulah yg besar.. Mula2 suka2 je nak bawak ke sekolah dalam 5 set... Tak sangka lepas tu permintaan meningkat sampai 200 set... Termasuklah guru2 di sekolah seolah2 mengalakkan permainan ini... Kata cikgu permainan ini banyak membantu kanak2 berfikir.. Sehinggakan pada satu hari tu, di sekolah anak ni mengadakan permainan batu seremban ni sebagai salah satu aktiviti ... Tak pasal2 anak aku jadi hakim pertandingan.. Sebab tulah kawan2 kat sekolah memanggilnya taukea batu seremban... Pagi2 kena serbu budak2 sekolah mcm artislah anak aku 2 org tu... Berebut2 memilih batu seremban yg telah aku siapkan... Kini anak2 aku lebih bersemangat untuk berniaga... Dan dgn berniaga tu otak dan pemikiran anak2 aku semakin berkembang.. Alhamdulillah dia dah bijak berkira2.. Keputusan matematik pun x adalah merah lagi.. Kini kakak ku yg berada di kampung pun telah mengikut jejak langkah ku... Dari situ baru tahu benda ni boleh jadi duit... Sekurang2nya dia xlah bosan dan memikirkan hari2 bagaimana dia nak menambahkan sumber pendapatan... Walau x berjuta tetapi hari2 pegang duit... Biasanya aku dan anak2 akan simpan duit2 tu sebagai tabung keluarga... Bila kami rasa teringin sesuatu kami akan kumpul hasil jualan duit batu seremban tu sampailah cukup dan akan gantikan duit tu dgn barang2... Rasa puas bila kita gantikan dgn barang.. Boleh guna satu keluarga... Kepada sesiapa yg ada kain perca tu jgnlah dibuang... Banyak faiedahnya... Kerana di Malaysia ni berapa banyak buah sekolah rendah... Dan cuba kira kalau di sekolah tu muridya ada lebih 500 org... Darapkan dgn rm1.00++ tu... X ke banyak... Pokoknya kena rajin... Walau rm1.00 kumpul2 jadi barang... Ni cuti sekolah dah nak bermula, kanak2 memerlukan satu permainan untuk menghilangkan kebosanan mereka... So apa lagi mehlah beli ke buat ke, dan jadikan permainan batu seremban ni permainan teradisional yg x lapuk dek zaman...


Sunday, November 13, 2011

Mood pagi isnin..

Pagi semua... Hari ni entah kenapa tiba2 aku terajin meng up date blog aku yg dah semak samun dan sawang dah tebal berinci2... Oleh kerana mood pagi ni x berapa baik jadi aku buat kerja2 yg sepatutnya aku x buat... Dan kerja dah sedia ada menanti aku x buat... Apalah yg aku nak merepek pagi2 ni ya... Oh ya.. Mcm biasalah bila bergelar ibu ni pagi2 mood isnin memang agak kelangkabut sikit.. Apatah lagi semua kerja pagi ni aku kena buat.. DR x sihat, kaki terkehel le plk gara2 main badminton kemarin... Adik aku Am kena cacar air le plk.. Penat pulak tengok org sakit2 ni... Urusan pagi ni semua aku kena buat sorang2... Terkejar2 buat sarapan, uruskan baju2 anak2.. Terjerit2 suruh anak solat.. Aduiiii... Tak habis kat situ si Syahir yg memerlukan perhatian lebih menguji kesabaran ku... Dah sabarrrr sgt2 ni... Dah nak masuk tahun 1 pakai baju pun x reti2 lagi, adehhhh.. Lepas antar anak2 ke sekolah aku pergi pasar sayur. Lama betul aku x ke pasar pagi2 mcm ni... Selalu aku beli barang dapur kt Pasaraya Econsave je... Entah mood pagi ni tetiba aku rasa nak ke pasar... Org cuci mata tengok baju ke, kasut ke, beg tangan ke... Ni x, aku ge cuci mata tengok ikan kt pasar...Heee... O.k gak terapi mata pagi2 ni tengok benda2 mcm tu.. Sikit sebanyak hilangkan ketegangan kt otak ni... O.klah ya... Saja jelah aku nak merapu kt blog ni pagi2... Lepaskan tension..



Wednesday, July 13, 2011

Berubahlah sebelum ajal menjemput...

Assalamualaikum buat teman2 yg masih sudi singgah di sini..... Hari ini aku ingin meluahkan rasa sedih dan terkilan dgn keadaan hamba2 allah yg lupa akan azab menanti di akhirat nanti... Apa yg ingin aku ceritakan di sini adalah berkisar tentang orang2 berada di sekeliling ku dan juga pengajaran buat ku untuk lebih mendekatkan diri dengan allah subhanawatalla.. Bukan nak tunjuk pandai atau bagus sgt tetapi x salah kalau kita berpesan2 pada kebenaran... Mengapalah ya, dalam usia yang dah nak masuk asar ni masih ramai lagi yg asyik dgn syurga dunia dan leka akan tanggungjawab sebagai hamba allah untuk mengerjan solat yg 5... Ada setengah tu usia dah nak masuk 50an pun soal2 solat diremeh2kan... Kenapa ya??? Telekong dah sejadah dah tersedia pun buat2 x nampak je... Bukan apa.... Sedangkan aku rasa takut sangat bila x menunaikan solat dan rasa jiwa ni kosong jika tidak melakukan solat yg 5 itu.. Dan itupun belum tentu allah menerima ibadat kita atau tidak.. Inikan pulak x melakukan solat langsung... Kadang2 tu ada yang solat dlm sehari tu 1kali saja pun ada... Mcm2 kerenah manusia ni ya... Kadang2 tu ada yang meluahkan isi hati mereka... mengapalah nasib aku begini ya... Janganlah mengeluh dgn nasib tapi mengeluhlah kenapa tangan mu itu susah sangat untuk menadah tangan meminta dari allah.. Dalam sehari ada 5 kali.. Kalau hari2 kita berdoa insallah allah akan menolong hambanya yang meminta pertolongan... Hanya allah sahaja yang boleh mengubah nasib kita.. Jadi rajin2lah bersolat dan meminta pertolongan darinya.. Memang agak sensetif bila kita bercerita tentang agama ni... Tapi kalau kita tidak meluahkan masih ramai yang buat2 x nampak dan malas untuk berubah ke arah kebaikan... Jangan sampai tunggu sakit lutut sampai nak sujud pun susah... Masa tu allah dah potong markah pahla yg kita kerjakan berbanding masa kita ni sihat walafiat mcm ni... Nak tegur terang2 takut kecil hati... Nak cakap2 takut bagus sangat ke ko ni...? Tulah jadi persoalannya.... Ada yg kata kubur masing2... Memanglah kubur masing2.. Tapi takut mati nanti menyusahkan org yg nak menguburkan zenajahnya... Tapi klu kita tak tegur nanti kita x berpesan2 pulak... Ada hamba allah ni masa aku kerumahnya nak pinjamlah telekong... Tapi yg sedihnya tu telekong penuh sawang.. Bila tanya ada x telekong lain... Dia kata x ada... Dalam hati mcm manalah kamu boleh bersolat dgn telekong yg penuh dgn sawang ni ya... Kesudahannya aku berhenti disalah satu surau yg berdekatan dgn rumahnya... Kadang2 tu ada yang berkata biarlah kalau dia tak nak solat... Tapi boleh ke kita nak biarkan insan ini terus tersesat??? Tak bolehkan.... Aku cuba untuk mendampinginya dan mengajak untuk bersolat. Jawabnya nanti jelah solat di rmh... Walahal waktu solat tu singkat sangat, sempat ke nak bersolat di rumah.. Dengan cara bagaimanalah untuk menarik mereka ni untuk bersolat ya... Kalau budak kecik rasanya lebih senang nak diajar, tapi kalau dah lebih tua dari kita ni susah kita nak lentur... Cuma harapan dan doa ku untuk insan2 ni berubahlah.. Sebelum ajal menjemputmu.... Maaf andai ada yang terasa atau terguris hati dgn paparanku ini... Ini sekadar luahan dan berpesan2 pada kebenaran... Bukan nak tunjuk baik atau menunjuk2 tentang ibadah kita, tapi hanya untuk ingat mengingati sesama insan..




Monday, June 20, 2011

Lamanya tak tengok blog sendiri.. Sebab line ngegeh2...

Assalamualaikum.... Lamanya aku tak tengok blog aku ni... Bukan apa, line yg ngegeh2 tu yg buat aku malas nak tengok... Lepas tu boleh terlupa password sendiri... Heee... Bnyk sgt benda nak fikir... Nak cerita apa ya hari ni... Saja mcm org x cukup kerja, tulis jelah apa yg patut... Minggu ni aku sibuk dgn persiapan nak siapkan baju sedara mara yg nak dipakai pada sabtu ni sempena majlis kenduri kawin anak pak cu di Melaka... Huuu... Mesti ramai org akan berkampung di Melaka minggu ni... Cerita pasal baju, aku plan nak pakai baju berwarna unggu ni time raya nanti... Tapi x sangka le pulak ramai org buat majlis bln ni... Jawabnya kena beli kain lagi le untuk baju raya nanti... Susah betul jadi perempuan ni rupanya... Ada juga mata2 yg memerhati rupanya klu kita x bertukar baju, bertukar beg dan yg berkenaan dgn perhiasan perempuan ni... Ikut aku cingcai2 je pakai apa yg ada kt almari tu... Tapi ada yg betul2 perihatin tu boleh tegur... " Eh baju ni dah lamakan... Muat lagi ya.. " ada tu plk " Beg tangan ni dah lama akk belikan? Tahan lagi ya.." Tapi pada yg mudah terasa mcm aku ni mulalah fikir sebaliknya... Teruk sgt ke aku ni sampai x reti berfesyen..? Kata tukang jahit... Tapi betul gak ya... Kalau tukang rumah, rumah org dibuat cantik2, rmh sendiri entah apa2 je.. Mcm tulah juga dgn aku sebagai tukang jahit ni... Ada masanya sarung je mana yg boleh pakai, dan ada masanya pandai plk bergaya mengalahkan mak datin... Heee.. Entah apa2 jelah... Tapi itulah cara kehidupan aku yg ikut mood.. Tapi sabtu ni mood aku nak pakai baju unggu yg aku rasakan cantik le kot... Beli mahal2 klu x cantik buat sadis je... Tapi baju ni aku dah pakai masa majlis anak sedara Tan Sri hari tu kt Taman Tasik Titiwangsa... Ada je mata2 memandang... Ada yg tegur.... Cantiknya baju... Beli kt mana... Tu pun ada gak... Hee apa2 jelah.. Siap lepas majlis isteri Tan Seri tu siap call suruh dtg rmh ukur baju anak dia... Cabaran baru buat aku ni... Nak pergi ke x rumahnya... Sebab hari tu pun masa aku pergi rumahnya mcm tak melangkah masuk je kaki ni... Mana x terkejutnya, rmh mengalahkan masjid... Tau jelah rmh2 kt sekitar Tmn tasik Titiwangsa tu bukan banglo kecik2 punya... Aku dah rupa rusa masuk kg time tu... Tapi tetap control cun.. ngegeh2 masuk le juga... Tak pernah aku tengok rmh sebesar ni sebelum2 ni.... Jakun kejap... Rmh siap ada kolam renang, pengawal keselamatan sampai 3... Masuk ke dalam ada 16 buah bilik.. Hiii manalah tak gerun aku... Tapi bila tengok tuan rumah yg peramah tu membuatkan aku rasa x kekok untuk berbicara dgn penghuniya yg bersahaja mcm dah kenal lama... Time tu aku hantar baju mak pengantin dan pengapit pengantin.. Sesuatu pengalaman baru buat aku time tu.. Seronok pun ada, malu pun ada... Anak akulah teruja tengok rumah agam sebesar itu... Semuanya terlalu indah bila dikenang2 saat2 itu.. DR pulak sibuk mengira berapa bnyk kereta tuan rmh ni... O.klah... Entah apa2 aje aku merapu kt sini ni... Nanti klu aku gatal tangan nak buat cerita merapu lagi aku cerita2 lagi ya... Rasanya cukup le setakat ni cerita aku ni... Nanti kalau aku rasa x cukup kerja aku tulis2 le lagi kt sini... Daaaaa....



Wednesday, March 23, 2011

Gembira jumpa kawan2 lama di FB


Rasa happy sgt2 bila dpt berhubung dgn sahabat2 lama di alam persekolahan rendah dahulu... Masing2 menunjukan riaksi yg sama... Rasa kembali ke zaman kanak2... Mcm2 cerita bila dah jumpa... Masing2 dah kawin dan beranak penak... Syukur sgt2 mereka semua gembira dgn kehidupan mereka sekarang... Sedar x sedar dah 30th tinggalkan skolah SKTS tu... Macam2 kenangan terindah sewaktu di alam persekolahan.. Ada suka ada duka.. Bila tengok gambar lama ni terubat kerinduan itu.. Raya ni insallah kalau panjang umur kita jumpa.. Cuma sekarang ni nak menjejak kawan2 yg x ada fb ni terpaksalah mencari info dari keluarga mereka.. Tapi kena ambik masa juga nak buat semua ni.. Apa2 pun jgn ada yg malu2 bila kawan2 nak jejak kasih nanti ya... Apa sekali keadaan korang kita tetap sahabat...