Pagi ini Syahir memulakan persekolahan di Tadika Kemas Taman Cuepacs. Tengoklah muka dia ni... Mula-mula tu o.k je, bila dah sampai sekolah je tengok kawan-kawan tak ada yang dia kenal mulalah tak nak kena tinggal... Kali pertama dalam hidupku berpisah dengan Syahir... Bila dia menagis dan meraung-raung memanggil aku, tak sampai hati pulak aku melihatnya.. Air mata aku pulak yang bergenang... Control cun, malu pulak ada orang tengok kalau aku pun ikut menangis. Dalam hati tuhan je yang tahu.. Yalahkan, biasanya dia ada di sisi aku tiap waktu, tiba-tiba je kena berpisah, lain rasanya.. Aku terpaksa tinggalkan juga Syahir walaupun dia memanggil aku... '' Ibu! Ibu! Jangan tinggal Syahir! Syahir nak balik!'' Itulah laungan Syahir bila aku tinggalkan.. Kalau tidak bila lagi dia nak berdikari... Belajarlah nak ya hidup tanpa ibu...Monday, January 4, 2010
MUHAMMAD SYAHIR AFIQ DI ALAM PERSEKOLAHAN
Pagi ini Syahir memulakan persekolahan di Tadika Kemas Taman Cuepacs. Tengoklah muka dia ni... Mula-mula tu o.k je, bila dah sampai sekolah je tengok kawan-kawan tak ada yang dia kenal mulalah tak nak kena tinggal... Kali pertama dalam hidupku berpisah dengan Syahir... Bila dia menagis dan meraung-raung memanggil aku, tak sampai hati pulak aku melihatnya.. Air mata aku pulak yang bergenang... Control cun, malu pulak ada orang tengok kalau aku pun ikut menangis. Dalam hati tuhan je yang tahu.. Yalahkan, biasanya dia ada di sisi aku tiap waktu, tiba-tiba je kena berpisah, lain rasanya.. Aku terpaksa tinggalkan juga Syahir walaupun dia memanggil aku... '' Ibu! Ibu! Jangan tinggal Syahir! Syahir nak balik!'' Itulah laungan Syahir bila aku tinggalkan.. Kalau tidak bila lagi dia nak berdikari... Belajarlah nak ya hidup tanpa ibu...Sunday, January 3, 2010
PERCUTIAN BERSAMA EMAK DI KAJANG DAN BANGI
Bila tengok mak pegang lampu tu, teringat masa kecik-kecik dahulu masa bekalan elektrik tak ada di kampung. Lampu inilah yang menerangi teratak kami sekeluarga..
Sesiapa yang nak berkunjung ke satea Kajang ni, bolehlah rujuk waktu kedai beroprasi di atas ni...
Mak sedang menikmati satea kajang. Makan pun, mak ingat yang kat kampung juga..
Menunggu satea yang belum siap dibakar... Ustaz Syahir kecik yang baca doa... Heeee...
Ini adalah sebahagian ruangan sudut hiasan di Satea Kajang ni... Cantik tak? Datanglah ke sini..
Ini kami berada di Stadium Kajang, saja jalan-jalan. Kebetulan hari ini last day Jubli Perak yang dianjurkan oleh pati perikatan. Shoping tudung je di sini... Jangan ada orang kata aku nak berpolitik pulak ya...
Kami singgah di Masjid Bandar Baru Bangi untuk mengerjakan solat zohor.
Dah sampai pun di Kampus Mira... 
Inilah bilik mira... Bersepah lagi... Belum sempat kemas... Mak nampak penat kerana menaiki tangga yang tak bergerak itu sampai tingkat 4.
Tengoklah sendiri. Tinggikan... Penatnya Mira hari-hari nak turun naik tangga tiap-tiap hari.
Saturday, January 2, 2010
BAWAK MAK JALAN-JALAN...

Gambar yang aku ambik ni last minit dah nak balik. Barang-barang yang dibeli dah masuk kereta, aku pun dah terlupa nak ambik gambar kerana dah leka shoping macam-macam... Kedai pun banyak tak buka lagi, sebab kita orang datang kat Jalan TAR ni awal pagi... Kalau lambat sikit je parking memang penuh.. Tapi pagi-pagi o.k kalau nak shoping, tak ramai orang lagi... Plan petang ni nak bawak mak pergi kolam air panas pulak, tapi tak jadi.. Balik dari shoping tadi masing-masing dah kepenatan.. Dah tu pulak kat sini hujan... Mak cakap dah penat...
Thursday, December 31, 2009
BILA KU RINDU AKU TERSEBUT NAMAMU...
Inilah wajah nenekanda ku yang paling aku sayang... Emak kepada abah aku. Bila aku terkenangkan dia yang semangkin tua, aku jadi sayu.. Mengapa masa begitu pantas berlalu.. Aku rindukan masakkan nenek yang lazat-lazat itu... Aku nak tag nenek sebagai nenek yang penyayang dan pemurah. Kerana aku dah tua-tua ni pun kalau jumpa dia, dia akan memberi aku duit belanja, macam aku masih budak-budak.. Tak jemu-jemu memberi kasih sayang kepadaku... Nenek kau insan teristimewa dalam hidupku...
Pagi ini entah kenapa aku rindukan wajah ini. Mungkin malam tadi masa aku baca yasin aku sebut-sebut nama dia... Atuk aku rindu sangat dengan atuk... Sedar tak sedar dah beberapa purnama atuk tinggalkan aku... Atuk merupakan abah kepada emak aku..... Aku nak bagi tag kat atuk sebab dialah atuk yang paling aku sayang kat dunia ni... Walau dia garang sangat, kawan aku gaduh masa aku anak dara dulu, tapi atuk best of the wold.. Sayang sangat-sangat... Semoga allah mencucuri rahmat keatasmu atuk... Amin...Monday, December 28, 2009
STEAMBOOT UNTUK KAK YATIE

Wahai kak yatie ku sayang, inilah steamboot yang kak yatie teringin nak buat business tu.. Putri jangan lupa bagi kak yatie tengok blog akak ni ya... Semoga menjadi pembakar semangat untuk dia terus gigih berusaha untuk memajukan kehidupannya.. Sesungguhnya dengan semangat dan usaha yang gigih serta diiringi doa, insallah allah akan sentiasa memberi kepada hamba-hambanya yang sentiasa mengingatinya... Jangan putus asa dalam mengharungi kehidupan ini... Selagi kita masih bernyawa, teruskan kehidupan ini dengan penuh bersemangat... Senyum selalu walau kita diselubungi seribu masaalah ya...Sunday, December 27, 2009
PENUTUP CUTI-CUTI MALAYSIA 2009

Fest time kami sampai di Sungai Gabai ni, tak sangka cantik pemandangan di sini.. Janji anak-anak happy...
Rancangan kami mula-mula nak ke Desa Waterpark, memandangkan ramai sangat pengunjung pada hari ini kami batalkan niat nak mandi-manda di sini.. Am cakap tak best ramai orang. Jadi kami tukarlah haluan ke Hulu Langat.
Cukup mencabar tangga di sini lebih dari 200 anak tangga... Semput rasanya mendaki tangga di sini...Stemina kena ada baru boleh mendaki.... Adoi lotehnya...! Nampak sangat dah lama tak buat senaman.. Cukup ya anak-anak cuti-cuti Sekolah ya... Lepas ni belajar rajin-rajin.. Besar nanti boleh jadi Perdana Menteri... Buat lif atau tangga bergerak nak sampai ke puncak bukit ni.. Ibu dah tak larat ni...Saturday, December 26, 2009
KEK YANG DIBERI TAJUK, MAKAN SAMA-SAMA
Malam tadi kami makanlah sama-sama dengan pekerja-pekerja D- Selera. Ala yang selalu sponser kat TV3 tu.. Sarifah 1, Sarifah 2, nani, ain yang pening tak tau macam mana nak potong kek, sini biar akak potong je.. D.R aku join sekali sebelum pergi surau..
Adik yang jaga kaunter ni tergelak bila kami suruh tulis Makan sama-sama.. Past tu dia pun takut-takut nak tulis, last dia past kat seorang kakak tu..
Inilah kek yang kami beli. Rm32.00. Hari ni tak ada discaunlah pulak.. Oleh kerana kami teringin sangat maka kami pun belilah kek pandan ni...
Ini sebahagian gambar-gambar kek yang terdapat di kedai kek King di Tesco Kajang ni... Kek dia memang sedap-sedap.. Tak sama dengan kedai kek yang lain... Rasanya cukup berbeza.. Tak percaya cubalah....
Subscribe to:
Posts (Atom)