
Gambar yang aku ambik ni last minit dah nak balik. Barang-barang yang dibeli dah masuk kereta, aku pun dah terlupa nak ambik gambar kerana dah leka shoping macam-macam... Kedai pun banyak tak buka lagi, sebab kita orang datang kat Jalan TAR ni awal pagi... Kalau lambat sikit je parking memang penuh.. Tapi pagi-pagi o.k kalau nak shoping, tak ramai orang lagi... Plan petang ni nak bawak mak pergi kolam air panas pulak, tapi tak jadi.. Balik dari shoping tadi masing-masing dah kepenatan.. Dah tu pulak kat sini hujan... Mak cakap dah penat...
Inilah wajah nenekanda ku yang paling aku sayang... Emak kepada abah aku. Bila aku terkenangkan dia yang semangkin tua, aku jadi sayu.. Mengapa masa begitu pantas berlalu.. Aku rindukan masakkan nenek yang lazat-lazat itu... Aku nak tag nenek sebagai nenek yang penyayang dan pemurah. Kerana aku dah tua-tua ni pun kalau jumpa dia, dia akan memberi aku duit belanja, macam aku masih budak-budak.. Tak jemu-jemu memberi kasih sayang kepadaku... Nenek kau insan teristimewa dalam hidupku...
Pagi ini entah kenapa aku rindukan wajah ini. Mungkin malam tadi masa aku baca yasin aku sebut-sebut nama dia... Atuk aku rindu sangat dengan atuk... Sedar tak sedar dah beberapa purnama atuk tinggalkan aku... Atuk merupakan abah kepada emak aku..... Aku nak bagi tag kat atuk sebab dialah atuk yang paling aku sayang kat dunia ni... Walau dia garang sangat, kawan aku gaduh masa aku anak dara dulu, tapi atuk best of the wold.. Sayang sangat-sangat... Semoga allah mencucuri rahmat keatasmu atuk... Amin...

Wahai kak yatie ku sayang, inilah steamboot yang kak yatie teringin nak buat business tu.. Putri jangan lupa bagi kak yatie tengok blog akak ni ya... Semoga menjadi pembakar semangat untuk dia terus gigih berusaha untuk memajukan kehidupannya.. Sesungguhnya dengan semangat dan usaha yang gigih serta diiringi doa, insallah allah akan sentiasa memberi kepada hamba-hambanya yang sentiasa mengingatinya... Jangan putus asa dalam mengharungi kehidupan ini... Selagi kita masih bernyawa, teruskan kehidupan ini dengan penuh bersemangat... Senyum selalu walau kita diselubungi seribu masaalah ya...
Malam tadi aku bermimpi D.R aku kawin lain.... Benggang giler... Sampai bila aku banggun tidur pun aku tengok dia menyampah dan geram ...sangat...sangat... Tapi aku tak cerita mimpi aku kat dia.. Nanti buat D.R tergelak besar jea... Dalam mimpi aku tu, aku nampak isteri no 2 dia tu cantik... Duduk pulak rumah besar yang banyak bilik.. Manakala aku.. Dalam mimpi tak dapat duit belanja dan rumah biasa je... Tapi dalam mimpi tu aku boleh berbaik-baik dengan Madu aku tu.. Siap makan bersama dengan mak dan abah kat rumah madu aku tu... Kepada sesiapa yang boleh mentafsirkan mimpi aku tu silalah beri komen ya... Kepada untie MM boleh tak ko pling-pling kat cermin ajaib untie tu...

Kenapa aku suka nak uploed gambar kek ni. Hari ni Ain dan Cik Pah asik cerita pasal kek. Membuatkan aku terliur nak makan.. Mula-mula kami plan nak pergi Tesco Kajang nak beli kek di kedai kek King. Entah macam mana masing-masing petang tadi tertidur... Sedar-sedar dah petang. Fuhh! Frust gila dan kempunan betul... Walau macammana pun esok aku nak menerjah juga ke Tesco untuk beli kek yang kami cerita-cerita siang hari tadi.. Kek... oh..kek.. Kek King memang best...