Sunday, October 18, 2009

Bagan Lalang destinasi perlancongaan yang ada potensi dimasa akan datang.



Setibanya aku di Bagan Lalang membuatkan hatiku berbunga2 keceriaan melihat laut yang terbentang luas seolah-olah melambai-lambai ketibaan aku dengan mesra.Selama aku berada di situ,penduduknya begitu mesra dengan kunjungan aku sekeluarga.Siap ada hamba allah tu mempelawa menggunakan bilik mandinya untuk kami tumpang mandi,free pulak tu....baiknya dia.Di Bagan Lalang ni ada menjual ikan yang fresh dari laut.macam-macam jenis ikan ada di sini.Yang penting ongkosnya ada bolehlah borong.Setelah aku mendapat pot yang sesuai untuk bersantai,aku memulakan epesot seterusnya.....Mari memasak ayam...BBQlah apa lagi.Dikesempatan itu aku bakar ikan juga.Ikan cencaru....Bila dah siap bakar tu aku panggilah anak-anak yang dari tadi asik leka bermain di pesisiran pantai untuk makan.Fiqa,Irien dan Syahir menjamah ayam yang siap dibakar dengan selera sekali.Ikan cencaru cecah air asam membuat selera kami bertambah.Selesai makan anak-anak turun ke pantai lagi.Tak jemu-jemu mereka.Disebalik tu aku ada cerita yang nak aku kongsikan bersama.Semasa aku tengah relax di dalam kereta,aku terpandang sepasang pakwe dgn makwe tengah berborak-borak sambil ditemani seorang rakan gadis tersebut.Si pakwe ni naik motor LC lesen P.Makwe ni dengan kawan dia pinjamlah sekejap motor tu buat jalan-jalan.Entah macam mana simakwe ni masa turun dari motor duit dia tercecer dlm rm20.Makwe ni tak perasan duit dia jatuh.Yang pakwe ni punyalah jahat dia nampak duit tu bukannya nak ambik bagi balik kat makwe tu.Dipijaknya duit tu.Lepas tu konon-kononnya dia nak duduk mencangkung.Yang si pakwe ni keluarkanlah duit dia dari beg dlm rm4,masa makwe dengan kawan dia tengah pandang tempat lain dia cepat-cepat ambik duit dari tapak kasut tu kemudian dicampurkan dengan duit yang rm4 tu tadi.Hee..geramnya aku.Masa pakwe ni dah bersalam-salam nak ucap bye-bye dan terus
pergi,entah macam mana aku ni boleh busybody cepat-cepat aku meluru ke arah kereta Honda makwe ni past tu aku boleh story kat budak tu kejadian sebentar tadi.Kawan makwe ni siap cakap ''Tak guna punya boyfrend!Terima kasihlah kerana bagi tau kami..''Aku cakap apa kat diaorang?''Akak rasa bersalah kalau akak tak beritahu perkara ni kat adik,sebab perkara ni berlaku depan mata akak,akak takut adik tertipu nanti".Itulah naluri aku sebagai seorang perempuan.Aku tak nak tengok kaum sejenis ku dipermainkan oleh insan yang bergelar lelaki.hem entahlah...Manusia-manusia...Lepas tu cuaca mula redup di pantai tu,aku mula turun ke tepian pantai untuk join memancing.Yaeaaaa....aku dapat ikan sembilang..Goreng pun sodap!Bila dah duduk lama-lama ikan dah tak nak makan umpan mulalah datang boring.Hari pun dah nak senja aku ajak anak-anak mandi.Lepas solat magerib aku berangkat balik.Sebelum balik aku dan keluarga sempat ronda-ronda di sekitar kawasan tu.Best juga suasana malam di Bagan Lalang ni.Begitulah akhirnya cerita aku seharian di situ.

1 comment:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Lucu la ko ni... bagus cara kau tu. Memang betul. Kalau sebelum kawin dah suka menipu macam tu, tak tau lagi la after kawin nanti. Sebelum kawin dan tgh byk pilihan tu, pilih la pakwe yg terbaik dan beriman.

p/s: tp pelik... mcm mana ko boleh tau duit org tu RM4 pastu RM20. Hebat mata kau!! Tak sia2 pakai spek besar:D