Pagi ni cuaca sangat indah, ceria jea nampaknya... Berbanding semlm, hujan di waktu pagi dan mendung di sebelah petangnya. Dalam pada tu tumpang seronok bila terdengar khabar dari blog dan fb, dimana anak2 saudara mara yg mendapat keputusan cemerlang dlm PMR.. Tahniah untuk pakcik Mat Som atas kejayaan anaknya mendapat 8A... Anak pakcikku Ustaz Baharudin yang dapat 8A 1B dan Cik Murni yg anaknya dapat 9A.
Pandai-pandai anak kalian ya... Lepas ni bolehlah dikongsikan resepi kejayaan anak2 ni. Teringin juga nak tengok anak sendiri cemerlang dlm pelajaran...
Hari ni nak cerita pasal masak... Sejak dua menjak ni lepas balik dari Perak aku tak ada benda lain nak masak... Asik2 gulai tempoyak. Dulu aku tak reti makan gulai tempoyak ni... Sejak dapat cik abg orang Perak ni barulah reti nak makan dan cara2 nak buat tempoyak.. Semlm aku masak gulai tempoyak ikan patin.. Jadi di sini aku nak kongsilah resepi mudah masak gulai tempoyak ni..
GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN
Bahan-bahanya:
1ekor ikan patin yg siap disiang.
1ekor ikan patin yg siap disiang.
Bawang besar 2 biji
Serai 2 batang
Cili Merah 1biji
Cili Padi segengam (ikut bnyk mana nak
pedasnya)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Tempoyak dlm 5sudu. Lagi banyak lagi
pekat
Cara2 nak masaknya:
Kisar cili padi, cili merah, bawang merah
besar. Katuk serai. Masukkan kesemua bahan2
ni ke dlm periuk. Masukan tempoyak dan
kacaukan rata2. Kemudian panaskan di atas
api sampai mendidih. Kemudian, masukkan
ikan patin yg telah dicuci. Biarkan mendidih
sehingga masak. Masukkan garam dan gula
secukup rasa.. Dah sedia dihidang.. Nak sedap
gorengkan ikan @ ikan masin... Makan time
hujan2... Fuhh sedap... Selamat mencuba..
......Resepi ni dapat dari ibu mertuaku....
3 comments:
Gulai tempoyak ikan masin
Waduh2, aku begitu teruja banget dengan masakan kamu Anis.
Jika boleh aku ingin terbang ke rumah Anis, utk menikmati gulai itu, tapi apa kan dAYA aku enggak punya sayap kok.
Lepas ni bolehlah cuba resepi ni... Tak susah pun nak buatnya...
Sib baik la Anis buat entry psl kejayaan diorang tu, klu tak Cik pun tak tau... almaklum.. lama tak berFB. Tahniah buat semuanya. Cepat buat kenduri besar2an!!!
Thanks berkongsi resepi.. bagus tu.. Cik pun selalu mintak izin ibu mertua utk kongsi resepi kat blog..
Post a Comment