Friday, December 16, 2011

Bercuti di Parit Perak dan Pasir Salak..

Beria2 DR mengutip buah durian ni... Makannya balik K.L


Durian Terpacak ... Seni betul durian ni jatuhnya..heee..


Inilah durian yg kita orang kutip tu.. Banyakan??


Seronok bukan main budak2 ni....




Sungguh bermaknanya cuti sekolah tahun ini pada diri ku dan anak2ku... Mahu tak seronoknya... Dapat melawat dusun Pak Ngah dan Mak Ngahnya di Parit Perak... Meriah betul musim buah di Perak ni... Dah rupa macam raya.... Lebih2 lagi anak ku si Syahir cukup teruja bila tengok durian banyak2 jatuh di tanah... Seronok mengutip jea... Time ni tak lalu nak makan... Dah terlalu banyak sampai selera nak makan tu tak ada... Tapi bila balik ke K.L je mcm org kebulur rupa macam tak pernah makan durian pulak.. Rasa sedap sangat2 bila bawak balik ke rumah sendiri.. Agaknya kt sana dah terlalu banyak tu yg tak lalu nak makan.. Masa kat sana seronok mengutip jea.. Tengok buah rambutan merah2 sana sini... Heran gak mula2... Org Perak ni tak makan rambutan ke?? Sampai dah bergayut2 tak dipetik2nya... Rasa geram sangt nak petik semua buah2han yg ada kt situ... Tapi kak ngah dan abang ngah pandai, dia jual buah2han tu... mcm rambutan 2kilo rm5... Durian murah jea dia jual, rm2.50 sekilo... Durian baik punya... Tempoyak pulak sekilo rm14. Jual kt tepi jln dpn rumah aje... Itupun sekejap je dah habis... Anak2 cukup suka bila tengok orang ramai2 datang beli.. Dikesempatan itu aku bawak mak mertua dan anak2 serta anak sedara pergi ke Pasir Salak... Lama rasanya aku tak ke tempat itu... Kali pertama aku datang ke situ sewaktu baru2 berkenalan dgn keluarga suamiku... Berubah betul sekarang tempat kesan sejarah ni... Di mana tempat sejarah pembunuhan J.W.W. Birch. Tempat ni agak menarik perhatian pengunjung2 asing... Masa nilah aku terjumpa mat salleh peramah ni... Suka pulak dia sembang dgn aku... Tapi cayalah kt mat salleh ni, umur dah 64thn... Tapi larat dia berbasikal dari Pucket sampai Pasir Salak ni... Hebatkan.. Haa itulah cerita aku untuk cuti sekolah tahun ini... Mudah2han anak2 aku dapat ilmu sepanjang pecutian yg singkat ini... Tahun depan kalau buat karangan bahasa malayu... Buatlah cerita balik kg... Ni ada masa yg tinggal beberapa hari lagi bercuti kerana isnin ni 19hb 12 . 2011 ni anak aku yg sulong akan masuk ke sekolah awal... Almaklum sajalah tahun dpn dia nak menduduki UPSR. Dah x dapat nak bercuti lagi dlm bulan ni lea gamaknya...



4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bestnya balik kg jejauh ni.. Patut la lama menyepi. Byk pulak durian.. terliur dah ni.

Teman Setia Anis said...

Tulah pasal... Seronok mengutip je cik... Makannya masa dah balik sini... Pengalam untuk anak2 aku yg x pernah tengok suasana mcm tu... Best gak lari2 berebut kutip durian.. Tgh kutip2 tu durian jatuh kt belakang anak dara aku... Menjerit sekejap..haaaa.. Mcm x puas plk kt sana...

Mat Som Sadona said...

aNIS, MANA GAMBAR2 pASIR sALAKNYA? AKU NI PEMINAT TEGAR KESAN-KESAN SEJARAH SILAM.

Teman Setia Anis said...

Time ni dah nak hujanlah cik som... X sempat nak ambik pic bnyk2.. Nanti lain masa kita ambik gambar bnyk2 ya...