Monday, November 14, 2011

Batu Seremban permainan kanak2 waktu ni...


Batu seremban yg siap ditempah... Rm1.00++... Tertakluk pada saiz..




Batu seremban dgn pelbagai warna menarik perhatian kanak2 untuk membelinya.. Kini sudah menjadi salah satu permainan kesukaan kawan anak2 ku di sekolah.. Tak cukup satu sampai tiga dan kadang2 banyak, sebab budak2 ni suka tukar2 warna. Ada yg beli banyak2 tu untuk adik dan kakak dan kadang2 kanak2 lelaki pun suka permainan ini... Pengaruh batu seremban ni bermula dari anak akulah yg besar.. Mula2 suka2 je nak bawak ke sekolah dalam 5 set... Tak sangka lepas tu permintaan meningkat sampai 200 set... Termasuklah guru2 di sekolah seolah2 mengalakkan permainan ini... Kata cikgu permainan ini banyak membantu kanak2 berfikir.. Sehinggakan pada satu hari tu, di sekolah anak ni mengadakan permainan batu seremban ni sebagai salah satu aktiviti ... Tak pasal2 anak aku jadi hakim pertandingan.. Sebab tulah kawan2 kat sekolah memanggilnya taukea batu seremban... Pagi2 kena serbu budak2 sekolah mcm artislah anak aku 2 org tu... Berebut2 memilih batu seremban yg telah aku siapkan... Kini anak2 aku lebih bersemangat untuk berniaga... Dan dgn berniaga tu otak dan pemikiran anak2 aku semakin berkembang.. Alhamdulillah dia dah bijak berkira2.. Keputusan matematik pun x adalah merah lagi.. Kini kakak ku yg berada di kampung pun telah mengikut jejak langkah ku... Dari situ baru tahu benda ni boleh jadi duit... Sekurang2nya dia xlah bosan dan memikirkan hari2 bagaimana dia nak menambahkan sumber pendapatan... Walau x berjuta tetapi hari2 pegang duit... Biasanya aku dan anak2 akan simpan duit2 tu sebagai tabung keluarga... Bila kami rasa teringin sesuatu kami akan kumpul hasil jualan duit batu seremban tu sampailah cukup dan akan gantikan duit tu dgn barang2... Rasa puas bila kita gantikan dgn barang.. Boleh guna satu keluarga... Kepada sesiapa yg ada kain perca tu jgnlah dibuang... Banyak faiedahnya... Kerana di Malaysia ni berapa banyak buah sekolah rendah... Dan cuba kira kalau di sekolah tu muridya ada lebih 500 org... Darapkan dgn rm1.00++ tu... X ke banyak... Pokoknya kena rajin... Walau rm1.00 kumpul2 jadi barang... Ni cuti sekolah dah nak bermula, kanak2 memerlukan satu permainan untuk menghilangkan kebosanan mereka... So apa lagi mehlah beli ke buat ke, dan jadikan permainan batu seremban ni permainan teradisional yg x lapuk dek zaman...


10 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kami dah jadi pelanggan pertama kakak ko itu ari.. hehe. Sebelum tu Cik ada gak buat utk Qistina.. tapi tak berapa lawo sbb jahit pakai tangan je.

Teman Setia Anis said...

Hee...Tu pun dah naikan semangat dia nak buat lebih rajin lagi... Bila anak2 dia bawak oder dari rakan2nya tambahlah bersemangat dia...

Unknown said...

nak beli boleh tak

ddlea said...

Ada jual lagi tak? Emel sy fdulia@gmail.com

Abu Imran said...

Nak 10 set, kalau masih buat dan kalau boleh bayar & collect hari Ahad/Isnin ino 24/5 Feb 2013.
Email ke o2izzuddin@gmail.com

SERIRIRI said...

Salam, kak kalau saya nak order blh tak?

SERIRIRI said...

Kalau blh saya nak jumaat ni

business said...

As salam, saya nak order dlm 5 set bole ? Email saya armawati42@gmail.com, tqqq

shikin said...

Maih menjual lagi batu seremban ni? Kalau masih menjual lagi saya nak order satu set. emailkan saya e_shikin@yahoo.com

Unknown said...

Saya nk satu set,ini email saya robijah@uthm.edu.my