Sunday, December 19, 2010

Pengantin 2010...

Hari ini pengalaman baru buat aku bila aku menghadiri majlis perkahwinan anak salah seorang sahabat suamiku... Anak mamak muslim... Jakun pulak aku melihatnya... Macam duduk kat Boliwood pulak....


Syahir termelopong tengok pengantin yang unik padanya... Macam-macam gosip yang di bawanya balik... Tak pernah tengok orang mamak buat majlis...

Kepala ni dah pening-pening dengar lagu-lagu tamil. Dengan aura bau-bauan yang kurang menyenangkan.

Pakcik-pakcik ni tak sabar-sabar nak makan... Lama sangat menunggunya... Masing-masing dah lapar nasi Baryani... Panjang-panjangnya nasinya.. Sedap... Majlis berlangsung di Sunway Subang.

Yang ini pengantin sepupu aku ikin. Nurasyikin Syahdan. Meriah majlisnya, tapi tak boleh lama-lama di situ nak cepat balik K.L.

Anak-anak ambik peluang bergambar sebelum pengantin naik pelamin. Teringat pulak masa aku muda belia dulu.... Berdebar-debar nak naik pelamin.

Mak Usu pun ambik peluang bergambar bersama anak2,anak buah dan pengantin... Mak usu tetap muda dan cun...

Ini pulak pengantin Faiez dan isterinya Hanim anak Dato Kamalia. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita. Penuh glemor... Gambar ni masa majlis selepas akad nikah di Masjid Subang Jaya.


Cendera hati sewaktu di Hotel Hilton. Coklat yang unik sekali...

Semasa di Keluang Johor.... Sebelah lelaki...

Emak pun ambil kesempatan bergambar dengan pengantin.

Bersama nenekda tersayang...

Possing sementara pengantin belum datang.

Bergambar ramai-ramai di Hilton sebelum balik...

Tetamu-tetamu terhormat Tan Sri Muhyiddin Yasin Berangkat pulang.
Dato Sarizat dan beberapa menteri yang lain turut hadir.

Possing kejap dengan mak usu...

Syahir yang dah mula jemu menunggu...

Majlis pengantin sepupuku Noraini Ismail di Segamat Johor... Tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak time ni... Agak sibuk menolong di dapur...

1 comment:

storyfromme said...

banyaknya kenduri kahwin.saya tak pernah lagi pegi kenduri kahwin selain dari kenduri orang melayu.