ANAK SULONG HJ.JOHARI, NO 2, AL-MARHUM HJ RAMLAN (GAMBAR DI ATAS ADALAH ISTERINYA). NO 3 MARINEM. NO 4 TUKIYEM, NO5 ASMUNI. NO 6 HAJAH KASMINAH.
NO 7 HJ. SAHDAN. NO 8 JUMIAH. NO 9 KASIAN. NO 10 AMRAN. NO 11 KAMARIAH. DAN YANG BONGSU SABARIAH.
Assalamualaikum... Sebelum tu, saya telah meminta kebenaran kepada ahli keluarga ini untuk memaparkan wajah-wajah mereka di blogkan di dalam blog saya.... Pada mulanya saya rasa takut juga untuk mengambil gambar-gambar mereka ni... Takut ada yang tak setuju diambil gambarnya. Alhamdullilah nampaknya mereka semua memberi kerjasama yang baik. Ini memudahkan kerja saya lagi. Tujuannya sekadar bagi tatapan saudara mara, cucu cicit yang kurang mengenali sedara sendiri... Saya lakukan ini untuk merapatkan tali silaturahim sesama saudara yang jauh mahu pun dekat. Bukan apa, kadang-kadang tu ada sedara mara ni yang tak tahu nama makcik dan pakcik mereka sendiri... Almaklum sajalah... Makcik2 dan pakcik2 ni anak buah ramai, cucu pun ramai... Jadi manakan ingat semua nama2 saudara. Nama saya mereka ingatlah... Sebab saya ni cucu Hj Rahmat yang becok dan mesra alam... Perasan... Jadi kalau ada masa rapat-rapatkanlah diri dengan saudara mara ya... Untuk pengetahuan semua, alhamdulillah, anak-anak Almarhum Hj Rahmat ni semuanya dah berumahtangga dan hidup aman bahagia... Kalau ada pergolakan tu biasalah nama pun manusiakan... Selagi hidup macam-macam dugaan yang datang... Tapi mereka mampu menangani sendiri... Datuk dan nenek saya cukup bertuah mempunyai anak seperti mereka... Anak-anak yang cukup taat pada keluarga dan agama... Semoga allah sentiasa merahmatimu seperti nama atuk ku juga RAHMAT.... Dan ZAITON seperti pokok zaiton yang tegoh melindungi insan yang berteduh di bawahnya serta buahnya yang lebat.... AMIN...
No comments:
Post a Comment