Monday, March 22, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN DR....

Macam tak caya pulak anis boleh buat kek yang tak le cun sangat untuk insan yang paling aku cinta ni... Tersenyum lebar DR tengok kek ni.... DR inilah kek yang anis buat dengan penuh rasa kasih sayang... Berjam-jam nak siapkan kek ni dengan hasil keras tangan anis ni inilah hasilnya... Heee... Dengan tak pergi kelas masakan pun boleh juga jadi kek ni ya...

Orang paling happy malam ni anak-anak dan Farisa anak jiran sebelah rumah... Cik Pah yang baru dilantik jadi warden mengantikan cik Dan pun ada datang sama... Ci Pah jadi warden Putri... Lepas ni senanglah kita nak buat oprasi kat sini... Eh auntie pun joinslah... sporting betul auntie ni... Siap bagi kain pelekat untuk DR... Cik Pah sponser pizza... Cik Pah 2 pun ada sama malam tadi... Yang kelakar tu malam tadi sebelum nak sambut birthday DR tiba-tiba bekalan elektrik terputus... Dekat sejam jugalah baru ada elektrik... Masa nak mula pasang lilin kek tu tiba-tiba elektrik ada semula... Yeeeeea... Terdengar satu block bersorak kegembiraan...
Kelakar pun ada macam bersorak tengok bola sepaklah pulak...

Yang ni pulak masa proses buat kek tu... Mula-mula nak buat kek tu panjang, last papan tu kecik sangat maka anis pun potonglah kek tu kiri dan kanan... Cik Am tak sabar-sabar nak makan... Nasib baiklah anak-anak yang dua orang tu pergi sekolah dan bujang kecik tidur... Bolehlah nak mengodek kek ni tanpa gangguan sesiapa... Cuma cicak koben sorang ni kejap-kejap cuit baki kek ni...
Dah tongang tebalik anis susun gambar kek ni... Ni masa buat krim dan sapu menyapu krim dan bluebarry... Hentam sajalah labi...

Apa-apa pun buat DR selamat menyambut ulang tahun yang ke....? Dia kata usia biarlah rahsia... takut tualah tu... Heee... Moga allah akan sentiasa merahmati mu dan hidup dalam ketenangan selalu... Terima kasih kerana menjadi suami yang baik untuk anis ya... Love you!
Ucapan terima kasih untuk dip-dip terhormat yang sudi meluangkan masa bersama-sama menyambut ulang tahun DR pada malam tadi... Terutamanya Auntie, Cik Pah warden dan cik Pah 2, isteri taukea D Selera... Tak lupa juga Siti yang dah balik sebab tinggal anak dia Adam sorang2 kat rumah...

7 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

ko buat sponge kek ke? mmg nmpk berspan2 kek tu...menjadik! Teruskan...teruskan.. sedapnya..

Happy birthday to D.R.

Teman Setia Anis said...

Kek tu resepi asalnya untuk kek roll, tapi aku telah mengubahnya menjadi 4kali ganda... Maksud anis bahan-bahanya... Sebelum ni pernah gak anis buat kek untuk birthday anak2.... Tapi masa tu anis belum ada it lagi... Dia org puji sedap kira o.klah kot...

comeisari said...

AMBOI MAK ORG NI...RAJINNYA..
SEMOGA BERBAHAGIA DUNIA & AKHIRAT..AMIN..

Teman Setia Anis said...

T.Q kak comei...

~ Mummy Gee ~ said...

wah! lepas ni boleh le amik order cake pulak kan...anyway hppy cday to yr DR

Teman Setia Anis said...

Mummy Gee... Tapi tak boleh lawan kek Mummy Gee yg cantik2 tu... Malu... Apa-apa pun t.q Mummy Gee...

Putri Cahaya / Putri NAJ said...

huhu..jelesnya..nak jugak mkn kek..