Ini anak sulong anis yang bernama Nur Shafiqa Irdina... Sekarang ni dah berusia 10tahun. Bila ditanya apakah cita-cita bila besar nanti, dia kata nak jadi pensyarah di universiti.... Itu sebenarnya cita-cita anis yg tak kesampaian... Tak pernah pun menyuruh dia memilih kerjaya seperti itu, entah tiba-tiba itu yang keluar dari mulut dia bila anis bertanya. Mudah-mudahan dia akan meneruskan cita-citanya menjadi kenyataan, biar ibunya tumpang gembira... Dari gayanya memang ada tokoh ke arah itu, mulutnya yang suka berceramah di dalam bilik mengajar adik-adik dan anak-anak jiran mengalahkan profesor... Hobinya suka mengumpul trofi kejayaanya... Nanti senang-senang anis tunjuk trofi yang dia dah dapat... Idola dia ibu... Itu yang dia kata. Berminat dalam dunia fesyen dan masakkan macam ibunya jugalah... Mana tak tumpahnya kuah kalau tak kenasikan... Seorang anak yang taat dan selalu mendengar kata... Bila suruh apa-apa tak banyak cakap, laju je dan tak banyak kerenah... Terlalu memahami kesusahan ibunya... Tak boleh puji sangat-sangat, nanti kalau dia baca kembang hidung dia...
Perangai dia yang anis tak suka pulak! Dia tak suka orang kritik dia... Dan tak suka kita meletakkan kesalahan keatas dia... Padahal dia yang buat silap. Tak bagus tau nak.... Tak bertanggunjawab tu namanya... Yalahkan, manalah ada manusia yang benar-benar sempurna kat dunia ni... Tapi kalau boleh nak kena ubah sikap yang tak berapa baik tu.. Anak yang ini banyak mewarisi bakat ibunya.. (anislah tu)...
Makanan kegemaran: Sambal udang dan masak lemak apa-apa je mesti banyak dia makan.
Minuman kegemaran: Milo ice dan sirap bandung
Yang ini anak nombor dua anis... Nama dia Shima Iriena... Seorang anak yang minta perhatian dari ayahnya... Memang anak ayah... Umur dia 9tahun. Cita-cita dia pulak bila besar nanti nak jadi cikgu macam Mak Ucunya... Hobinya pulak suka gigit kuku dan duduk sendiri fikir apa entah... Tu yang paling anis tak suka tu... Minat dia main game pulak. Perkara yang paling anis suka anak anis yang ini, dia suka mengemas rumah... Selalunya dia yang menyapu dan mengemop lantai bila dia free... Idola dia adalah ibunya, itu kata dia... Bila anis tanya kenapa? Dia kata ibu cantik, baik, kawan-kawan adik selalu puji ibu, cikgu pun cakap ibu peramah dan cantik... Oh! Kembangnya hidung anis masa dia cakap tu.... Tak sangka anis jadi ikon dialah pulak.. Sentiasa mengikut rentak hidup kakaknya... kalau kakak dia jadi pengawas sekolah, dia pun jadi pengawas sekolah... Kalau kakak dia lari dapat nombor 1, dia pun nak dapat nombor 1. Dalam pelajaran lemah dalam bahasa melayu... Anak melayu tak reti bahasalah ni... B.I dia pulak o.k... Seorang anak yang sensetif dan mudah menangis... Dan agak manja.. Bab masak cukup minat macam kakak dia juga... Memang suka menolong di dapur... Selalunya berebut-rebut nak menolong... Harap-harap rajin sampai ke besar... Anak yang ni pulak tak berapa pasti mewarisi siapa pulak.. 50/50... Ibu ada, ayah pun ada...
Makanan kegemaran: Nak yang sedap-sedap je... Susah tau memikir anak yang seorang ni.
Bab makan ikut mood dialah pulak.
Minuman kegemaran: Air tembikai
Yang ini pulak staring anislah... Nak panggil bongsu ke anak ke 3 ya... Takut cakap bongsu alih-alih terkeluar lagi... Tapi rasa-rasa macam dah cukup 3orang anak je... Nama dia Muhammad Syahir Afiq....Berusia 5tahun. Bila ditanya cita-cita dia, dia tanya kita balik cita-cita tu apa bu... Oh lupa pulak kamu tu kecik lagi ya... Jadi soallan yang sesuai ditanya begini... Syahir-syahir, bila besar nanti nak jadi apa? Dulu dia nak jadi superman, bila anis dan D.R ketawakan dia, dia telah mengubah cita-citanya.... Dia kata nak jadi bos, bos apa anis pun tak taulah.... Lepas tu dia kata lagi nak jadi doktor... Anis tanya dia balik... Doktor apa...? Dia kata apa tau! Doktor perempuan... haaaaa... Anis dan kakak dia tergelak besar.. Doktor perempuan ke doktor sakit puan ke entahlah.... Tengok jelah besar nanti.. Soalan seterusnya kat anak yang seorang ni, siapa yang Syahir paling suka? Kalau nak tanya idola dia siapa, mesti dia tak taukan... Dia cakap allah... Bila anis tanya lagi kenapa pilih allah. Dia senyum je... Lepas tu dia tanya anis dan cik pah balik... Allah tu sekolah tak? Anis dan cik Pah tergelak sampai menitis air mata... Kenapalah soalan tu yang di tanya nak... Apa anis nak jawab ya... Lepas tu dia tanya lagi, allah tu kerja tak ibu... Kebinggungan.... Nak jawab apa ya... Dia tanya lagi... Allah tu tangkap orang jahat tak ibu? Yang ni anis dapat idea nak jawab apa... Buat apa allah nak susah-susah buat kerja semua tu... Kat dunia ni allah dah lantik orang buat kerja tangkap oranglah Syahir... Poliskan ada... Allah dah pandai dah tak payah pergi sekolah... Kalau cakap lebih ditil mesti dia tak faham... Jadi penyampaian macam ni rasa lebih berkesan.. Oh... Lega dapat jawap soalan dia.. Hobi dia ni suka bertanya sampai kita jemu nak menjawabnya... Kalau kita tak jawab mesti dia akan merengek-rengek tu yang tak lalu... Minat menulis dan membaca.. IQ dia memang bagus berbanding kakak-kakak dia... Cepat faham dan menangkap semua benda yang dia belajar dalam sehari... A sampai Z dah lancar membaca dan menulis... Lepas ni nak ajar dia suku kata pulak.. Dalam huruf jawi pun alhamdullilah mudah dan terang hatinya... Mewarisi datuknya yang sudah kembali kerahmatullah... Garang dan tegas.. Cukup perihatin tentang rambutnya... Seorang adik yang selalu tak reti nak mengalah... Menang dia je... Buat kerja tak suka bertangguh. Contohya, Kalau kerja sekolah dia tak siap, belum buka setoken dan baju terus merengek nak buat kerja sekolah. Selalu sangat dia buat perangai tu... Lagi kalau nak makan ke nak minum ke tak boleh nak tunggu kejap ya... Dah mula mulut tak reti diam... Inilah perangai sebenar mereka di depan anis...
Makanan kegemaran: Asal yang berkuah... Pedas pun dia makan..
Minuman kegemaran: Air laici. Tapi dia selalu cakap air kosong bali manis... Bahasa rojak dia...
Kepada rakan dan taulan marilah berkongsi cerita yang menarik tentang anak-anak kalian... Anis tumpang seronok membacanya... Seronok tau tengok gelagat anak-anak yang dari dua tapak tangan kita ni kita membelainya sampai mereka membesar.... Sesekali bercerita kebaikan dan kekurangan anak-anak kita apa salahnya.. Sekurang-kurangnya mereka rasa dihargaie dan tahu apa kelemahan mereka sebenarnya.......
Ibukan adalah mentor,ikon dan yang sewaktu dengannya yang terbaik pada pemikiran anak-anak yang sedang nak membesar ni... Biarlah anak-anak kita menjadikan kita ikon mereka sampai kita tua nanti...
No comments:
Post a Comment