Saturday, March 20, 2010

HARI INI JALAN-JALAN BELI BARANG...

Hari ini aku banyak agenda di bandar K.L ni... Mula-mula aku makan burger MD free... 10 biji burger kami dapat ari ni... Bagi 2 voucer kat cik pah dan 2 voucer kat am, lebihnya kami punya... Tiap sabtu selalu dpt makan free je.. Minum je kena bayar... Bestkan... Jarang dapat peluang macam ni....

Ni pulak agenda aku seterusnya... Ke kedai nyonya membeli barang-barang kek.. Nak ikut Mumy Gee buat kek untuk darling sendiri baru puas hati... Hari selasa ni birthdaynya... Tak taulah menjadi ke tak kek tu nanti... Kalau tak menjadi aku pergilah kat kedai kek mana-mna nanti...

Bendaalah ni yang aku beli kat kedai kek tu... Dah tak ada pilihan lain... Beli coklat emelco, krim kwix, lilin dan adalah beberapa barang lagi aku telah terbeli... Habislah rm40... Kuang,kuang,kuang... kalau beli kek kat kedai pun tak mahal macam barang2 ni... Saja nak tunjuk keras tangan aku ni...

Lepas tu pergi ke Kamdar Chow Kit, selesa sikit kalau beli kain kat Kamdar ni berbanding di jalan TAR.... Tak bersesak-sesak dengan orang... Cik Pah sibuk memilih kain tudung. Last dia tak beli pun... Dah tengok banyak-banyak kain pening pulak dia... Akhirnya aku yang terlebih menyoping kat Kamdar ni...

Kain yang kat gambar ni kain untuk tudung... Satu meter rm10.90. Sapa yang pandai jahit tudung sendiri bolehlah beli...

Yang ini pulak kain tudung juga, tapi harga dia boleh tahan rm24.00 semiter.... Quliti dia memang bagus, lembut dan sejuk untuk dipakai... Tapi hari ini aku nak beli kain laining untuk 2pasang baju coustemer... Last aku terbeli 4pasang baju untuk bujang kecik aku dan baju DR...

Kain ni aku suka sangat tengok... Tapi tengok je, tak beli pun...... Memang sejuk je warna dan kain dia... Lain kalilah aku beli... Bujet dah lari banyak ni... Nak jahit pun sempat ke tak kalau beli pun... Dah letih baliklah rumah... Sampai kat rumah penat sangat-sangat... Rehat kejap. Alih-alih ada adik panggil.. Kak ada student berkhalwat... Aaaa... Termelopong seketika... Tak habis-habis budak2 ni... Masa kami buat serbuan student lelaki bawak student perempuan masuk bilik... Buat apa waullahhualam... Pucat budak2 tu masa kita cekup... Kat atas tilam ada kesan darah... Darah pecah dara ke apa kita pun tak pasti... Budak perempuan tu kata dia pireiot, betul ke ejaan aku ni? Hentam jelah... B.I lemah sikit... Tapi tak logik,kalau pireiot kenapa kat seluar dia tak ada kesan darah tembus... Dah berdua-duaan dalam bilik buat apa lagi... Budak2 tu cuba nak kelentong kami... Last bawak pergi balai... Dah tu satu perkara lagi terjadi pada hari dan waktu yang sama... Jiran aku yang tinggal kat block lain tu pulak, sebelah rumah dia tu pulak melayu bawak pulak negro dari Negeria pulak... Adui... Sampai ke petang kita jadi pencegah maksiatlah pulak... Mula-mula malas aku nak melibatkan diri dalam hal-hal macam ni, tapi tak elok pulak membiarkan maksiat berluas-luasa kat tempat tinggal aku ni... Maka malam ini 3orang budak remaja tu kena tunggu jabatan agama datang kat balai... Negro tu dilepaskan kerana dia orang kristian... Tidor kat lokaplah jawabnya budak-budak tu...

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

mcm2 hal! ko ni dh megalah Tok Penghulu tau! Eh... aku tgk katun utk buat kek ko tu besarnya.. ko nk buat kek berapa kg? Teruskan berusaha! Klu x jd pun usaha je lg. Mesti boleh punya.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

spelling? ni ejaan betul

1)period
2)customer
3)client
4)signboard

itu je yg Cikgu nk tegur utk setakat ini..

Putri Cahaya / Putri NAJ said...

issshhh3..
macam2 jela..
akak..dah boleh join JAIS lepas ni..
hehe

Teman Setia Anis said...

Yang sedihnya kerja tak bergaji, buat loteh je... Tapi harap2 dapatlah pahla ya... terima kasih buat auntie MM atas nasihat yg diberikan...