Saturday, February 6, 2010

BIHUN TOM YAM

Malam tadi selepas solat magerib, aku masak tom yam... Dah beberapa hari ni teringin sangat nak makan bihun tom yam... Mengalahkan orang yang mengidam...

Anak dara aku yang paling rajin.. Sibuk menolong di dapur... Dia tengah sibuk susun mangkuk dan sudu tu.... Kejap lagi jiran-jiran nak datang makan malam sama... Mat Nor dgn orang rumahnya serta Adam (si kecik yang tak reti duduk diam) hensom dan putih melepak budak tu... Tak ketingalan Cik Pah pun kita jemput sama... Hubby dia tak sihat, tak joins sekali malam tadi...

Beginilah kesudahan bihun tom yam aku... Licin.... Sedap sangatlah tu kot.... Masing-masing memang berselera malam tadi... Tak apa lain kali aku masak laksa ke mee kari yang mak mertua aku ajar tu ke.... macam nilah... Bila aku ada rezeki lebih aku memang suka panggil jiran-jiran datang makan.. Biar rezeki kita akan bertambah-tambah lagi... Bukan takat rezeki murah, kita lebih mesera lagi dengan jiran-jiran... Dah macam keluarga yang besar.... Yalahkan, keluarga jauh di kampung.... Jadi jiran-jiran nilah keluarga kita di sini..

3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

tomyam? ya tak ya...ingat esok nk masak mee hoon tomyam utk Ain la..mesti dia suka.

Teman Setia Anis said...

Memang sedaplah pakai perencah Nyonya tu... Ko tengoklah sendiri mangkuk tu dah tambah pun habis gak.... Anak aku suruh buat lagi...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

ooo ko pun pakai perencah nyonya jugak? hehehe...tp benda tu aku rasa bila dah guna kena habiskan semua...x boleh nk simpan2 sgt mcm stok atau paste yg lain kot? mmg sedap...mcm tomyam kt kedai.