Monday, February 1, 2010

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHANNYA:

Ketam 1kilo
Bawang merah besar 2biji
Cili padi ikut suka... Nak pedas bubuhlah banyak-banyak
Serai 2batang
Santan 2ringgit
Kunyit hidup 2inci
Daun kunyit 1helai
Halia 2 inci
Asam keping 2helai
Garam dan gula ikut sesedap rasa

Cara-caranya:
Bawang, kunyit, halia dan cili padi tumbuk lumat-lumat(tumbuk lebih sedap dari kita blen)
Serai di katok. Masukkan bahan-bahan tu ke dalam periuk dan tambahkan sedikit air, lebih kurang 3cawan. Bila dah mendidih masukkan ketam dan asam keping serta daun kunyit. Kacau dan masukkan santan. Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula biar lemak sikit... Kalau kuah tu nampak pekat sangat, tambah air sedikit... Asam keping masuklah sekali
Selamat mencuba...


Untuk Makcik M, Oleh kerana ko dah masak pajeri nenas tu aku tak yahlah bagi resepi ya... Heeeee...


2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

wey.... apa pulak.. resepi paceri nenas aku tu tak best la.. rasa mcm mee bandung.

Teman Setia Anis said...

Haaaa... O.klah tu.. Ko tinggal beli mee jee... Mee Bandung Nenas o.klah tu... Mana ada orang buat lagi..