Tuesday, November 3, 2009

Besarnya tanggungjawab kita sebagai hamba allah.

Semenjak dua menjak ni aku seperti pakar kaunseling pulak. Mendengar masaalah orang dan sedaya upaya untuk cuba membantu menyelesaikannya. Kadang-kadang aku punya masalah pun tak sempat aku nak fikirkan. Dijadikan cerita sampai kain yang orang hantar untuk dijahit pun aku tak buat lagi. Masaalahnya aku ada penyakit M.A.L.A.S. Seperti untie MM aku katakan. Tak taulah lepas raya ni macam nak tidur..... je. Al kisah aku sungguh simpati dengan nasib jiran aku yang paling rapat dengan aku yang ku anggap seperti adik sendiri telah jatuh sakit dan di tahan di wad di Hospital Kajang. Apa yang membuatkan aku tersentuh hati tu sehari sebelum dia di masukkan ke wad, dia sempat berkelah dengan aku di Tekala. Sebelum tu nampak dia beria-ia ajak aku pergi mandi air terjun. Macam orang kempunan tu. Tak sampai sebulan yang lalu dia telah mengalami kegugguran, dan hari ini dia dimasukkan di wad gara-gara masalah ususnya. Hampir-hampir dibedah. Yang kesiannya baby yang dia jaga tu nama dia Adam anak jiran betul-betul depan rumah aku tu pulak tak ada orang nak jaga. Aku nak tolong pun tak berani. Almaklum sajalah aku ni aktif keluar memanjang jemput dan antar anak sekolah. Oh ya lupa aku nak cakap nama jiran aku yang sakit tu Sarifah Zubaidah cian dia. Semalam masa aku tengok dia kat hospital dia dah mula ketawa dan buat kelakar, tak seperti hari masa mula-mula aku hantar ke kelinik tempoh hari. Kemarin pulak aku macam broker cari agensi untuk mengasuh si Adam yang tak tau apa-apa tu. Alah sian Adam. Dah 2 hari dia mula belajar duduk di taski tempat member aku. Mak ngah je yang boleh diharapkan di saat ini. Harap-harap Sarifah cepat sembuh dan dapat jaga Adam balik. Buat jiran sebelah kanan aku pulak ,Zura moga tabah menghadapi dugaan. Doa ku moga mak,abah,mak mertua dan suami Zura cepat sembuh. Tampa kalian di flat Block D ni siapalah tempat kak anis nak mengadu. Buat jiran ku Siti dan Mad Nor jangan susah hati bila Adam di taski. Mudah-mudahan mak ngah jaga adam dengan baik. Amin....

3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Wah! Dah jadi kaunselor plak? Elok la tu.. melalui situasi tu tentu kita akan lebih mensyukuri apa yg Allah kurniakan pada kita.

Rasa nak tido je ke? Oh..itu senang je ubatnya.. ambik paku letak kat kerusi lepas tu ko duduk..OPOCOT!!! tentu lepas tu ko akan segar semula.

NOTA : Kanak-kanak.. sila jgn tiru aksi ini ya!

Teman Setia Anis said...

Untie MM ni... kot ye pun x de ke petua lain. Dahlah semenjak dua menjak ni asik naik bisul je.. Tak pasal-pasal duduk kat wad pulak nanti... Aku ni dahlah takut hospital.

Putri Cahaya / Putri NAJ said...

laa...x thu plak psal kak Pah..huhu...siannye dia...xde rezki lg kot....