Monday, November 2, 2009

INILAH AKTIVITI KAMI SEKELUARGA DI WAKTU LAPANG

Tak tauah sejak akhir-akhir ni aku suka sangat berkelah kt sekitar Selangor ni. BBQ adalah sebahagian aktiviti yang mesti ada dalam perkelahan kami. Bagiku percutian merupakan saat terindah bagi mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga. Waktu beginilah kita boleh mendengar cerita anak-anak yang jarang-jarang kita dengar apabila kita terlalu sibuk dengan kerja. Mengajar anak-anak bagaimana membuat BBQ. Kesian bila kita renung anak-anak ni... Gembira bila mereka diberi kebebasan mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Zaman kanak-kanak mereka terlalu berbeza dengan zaman kanak-kanak kita. Mak kita dulu tak kesah pun kalau kita nak bermain dimana-mana. Sampai aku panjat pokok di kebun orang pun dia tak tau. Dahlah tu jatuh sakitnya.... Anak-anak zaman sekarang kalau di beri peluang begitu agaknya hilang entah kemana.. Orang sekarang ni tak boleh percaya sangat. Kalau dulu kita takut hantu tapi sekarang ni kita takut orang jahat. Tak naklah sampai jadi kes Sarline tu yang sampai hari ni tak jumpa lagi... Jadi kita sebagai ibu dan bapa awasilah anak-anak kita. Apa-apa pun anak kita tangunjawab kita.

No comments: