Friday, November 20, 2009

BERITA TERGEMPAR

Pagi tadi masa aku nak ke pasar Pudu. Aku kena ragut! Geramnya.. Nasib baiklah aku ditemani super hero aku. Sepanjang berjalan di dalam pasar Pudu tu D.R dah macam bodyguard aku je... Sentiasa mengawasi aku dari belakang. Masa aku sibuk-sibuk memerhati ikan apa yang aku nak masak tiba-tiba datang seorang perempuan cina dalam lingkungan 50an, konon-kononnya terlangar aku. Super hero aku terperasan ada seorang perempuan cina tu cepat-cepat berjalan. D.R tegur aku mana hendpon anis. Aku dah mula blurr... Macam nak pengsan bila aku sedar hendpon aku dah tak ada. D.R berpesan supaya tunggu di situ sampai dia datang. Dia nak mengejar pencuri durjana tu... Oh hero ku tolonglah selamatkan hendpon ku... Menurut D.R cina tu perasan D.R follow dari belakang. Aku waktu tu tak terkata apa pun. Entah macam mana aku teringat pesanan ustaz. Kalau barang kita hilang tak sampai setengah jam, bacalah ayatul -kursi. Masa tu tiba-tiba je lidah aku kelu untuk membaca surah tu. Mungkin terlampau penik. Nak tau apa yang aku baca? LAILLAHHA ILA ANTA SUBHANAKA INI KUNTU MINAZ ZOLIMIN. Tiga kali aku asik nak baca ayat kursi asik terbaca ayat tu. Entah macam mana aku melangar arahan dari D.R yang menyuruh aku tunggu di situ akhirnya aku berjalan ke hadapan mengikut rasa hati aku. Akhirnya aku berjaya kali ke empatnya untuk membaca ayat kursi. Sambil terkumatkamit mulut ku membaca surah ayatul-kursi, entah macam mana tiba-tiba aku seperti terdengar deringan telefon. Eh! Macam bunyi hendpon aku je... Ala mungkin aku terbawak-bawak perasaan je sebab hendpon aku baru hilang. Kalimah terakhir aku baca ayatul-kursi tu tiba-tiba mata tu terpandang ke arah bawah tempat orang jual ikan... Oh tidak !!!! Hendpon ku dibuang di sini. Jahatnya pencuri tu. Aku cepat-cepat ambik sebelum orang lain ambik. Ya allah aku bersyukur padamu ya allah. Kerana masih memberikan sebahagian nikmatmu di dunia ini kepada hambamu yang cuai ini. Bila aku cek ada nombor hendpon D.R. Oh! Memang betullah bunyi telefon yang aku dengar tadi. D.R masa mengejar pencuri tu, pencuri tu nampak penik juga. Dah macam FBI pulak D.R aku ni... Masa tu D.R cuba buat panggilan, tapi tak ada telefon berbunyi pada pencuri tersebut. D.R patah balik untuk mendapatkan aku. Dengan apa yang telah berlaku tadi aku mula rasa insaf di atas kecuaian aku sendiri yang tidak begitu berhati-hati dalam keadaan orang yang sibuk seperti di kawasan-kawasan seperti itu. Aku mula takut untuk membawa hend beg. Orang melayu kata seriau ke serik.. Apa-apa jelah.

3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Alhamdulilah...Nasib baik selamat.. mesti dia takut D.R kejar tu yg dia campak je henpon tu. Seram jugak ya klu kita jln sorang2 kena mcm ni.. Nauzubilah..

Teman Setia Anis said...

Selama ni D.R dah nasihatkan aku supaya jangan galas beg macam tu. Aku buat endah tak endah je. Tapi bila dah terkena ni baru rasa menyesal tak dengar nasihatnya. Dahlah henpon tu hadiah birthday 2tahun yang lepas... Alhamdulillah allah masih nak bagi rezeki tu kat aku... Nyonyah tu tak padan tua.. Takut pulak kena kejar dengan D.R.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

memang ler.. selalunya kalau suami nasihat tu adalah kebaikannya tu.. mcm aku gak la.. kdg IRP tegah aku makan satu makanan tu tp aku makan jugak.. sudahnya aku sakit perut lepas tu.