Dayung-dayung sampan, dayung hingga ke muara.... Tulah lagu aku nyanyi masa kecil dulu... Sampan yg Syahir naik tu kenangan masa aku masih berumur 12th. Sampan tu siap je, banjir pun dtg tak lama lepas tu... Teringat masa erra tahun 1987 dulu, kali terakhir aku lihat banjir selepas aku tinggalkan Medan, nilah bila aku balik kampung CNY jumpa banjir lagi. Pengalaman tu kali pertama dalam hidup aku, meredah banjir waktu nak ke sekolah. Pasti kenangan tu x pernah aku lupakan... Bersama Makcik Sam yang sama2 meredah banjir untuk menuju ke sekolah sambil menolak basikal yang jauhnya kira2 6batu. Masa tu aku berada dalam tingkatan satu. Makin lama kami redah air banjir tu makin dalam. Sampai ke sepadan jambatan Medan yang lama air dah melebihi paras pinggang. Habis basah buku sekolah kami time tu.. Basah kena air banjir... Kami dimaklumkan oleh pihak sekolah tidak membenarkan kami pulang ke rumah, dikuatiri keselamatan kami ketika itu... Alahai sedihnya.... Makkk... Aku memang jarang berpisah agak lama dengan mak... Nasib baik time tu kak yati dan cik sam ada sama dalam pusat pemindahan banjir... Sekolah perlu diteruskan juga... Akhirnya mak dtg ke sekolah menghantar satu bag pakaian untuk sementara aku duduk di sekolah waktu itu.. Sementara??? Bukan sementara, aku sangkakan banjir surut awal, rupa2nya tidak... Berlarutan sehingga sebulan. Air tak surut juga. Orang panggil banjir termenung... Huh! Sebulan di pusat pemindahan ni ku rasakan bertahun2. Faham2 jelah duduk ramai2. Dgn mcm2 gelagat orang. Ada yang hesteria, ada yang sakit perut... Kalau tak ia2 mcm tak nak pegi tandas awam time tu... Sungguh menjijikkan.. Tapi kalau dah tak tahan tu terpaksalah pergi juga. Tapi dalam seminggu mak ada datang melawat aku, mak bawak makannan... Nak tau mak dtg naik apa? Tulah sampan kat gambar tu mak naik semata2 nak menjenguk anaknya. Kesian makkan time tu... Macam cerita tanggang pulak... Siap naik sampan...
Bila balik baru2 ni tengok sampan yang satu ni, teringat aku masa kecik2, suka sanggat berdayung ke hulu ke hilir sampai tak ingat rumah.... Abah cukup marah dgn aku time tu... Yalah orang tgh susah2 aku suka sakan bila banjir dtg... Tapi kepulangan aku kali ni aku mcm tak seperti dulu, Orang sibuk main air dekat baruh, aku buat dek je kat rumah... Entah, mungkin aku dah rasa nak tua ni perasaan pun berbeza.. Yang tinggal perasaan simpati yg tak terhingga melihat hasil tanaman abah dilanda banjir... Melihat raut wajah abah dan mak yang menampakkan ada garis2 duka membuatkan aku tambah sedih... Apa yang aku harapkan kini moga orang kampung tabah dengan ujian yang allah berikan ini... Mungkin ada hikmah disebaliknya...
No comments:
Post a Comment