Busy... Busy.... Busy... Sekiranya ada yang masih setia menyinggah di blog anis ni lagi... Terima kasihlah banyak-banyak.... Buat yang masih mengingati anis di sini, anis akan mengambil masa yang lama selepas ni untuk menyibukkan diri di blog ni... Jangan ada yang kata anis dah bawak diri nanti.. Biasalah kerjaya sebagai seorang tukang jahit ni membuatkan kita lebih banyak menghabiskan masa di mesin jahit.. Lebih-lebih lagi permintan yang banyak membataskan anis untuk berblog.. Kadang-kadang terasa rindu untuk menjelajah blog rakan-rakan terutamanya makcik mirror, uncle ms, putri dan bloger-bloger yg lain yg sentiasa anis suka nak ceroboh dulu... Entah dah macam-macam yang korang tulis sampai tak sempat nak tengok. Apa-apa pun anis doakan kalian berbahagia dan teruskan berblog... Insallah ada waktu yang lapang akan anis terjah blog kalian ya.. Sekarang ni dah bulan Rejab... Dan tak lama lagi bulan syakban dan ramadan... Bulan busy... busy... busy... Orang busy nak tambah pahla di bulan-bulan ni... Anis sibuk nak siapkan baju raya orang... Heee ... Kira pahlalah juga tukan.... Dan bulan ni pulak arnab yang anis pernah cerita kat blog ni dah selamat melahirkan anak yang comel-comel sebanyak 4 ekor... Tambahlah busy... Jadi mak angkat pulak sekarang ni.. O.klah tukan... Beginilah situasi anis sekarang ni.... Dikesempatan ini anis nak memohon maaf kepada bloger-bloger, kalau ada tersilap kata dan bahasa selama ini yang membuat kalian tersinggung dengan kata-kata anis yang kurang enak gitu... Akhir kata selamat menyambut bulan-bulan kemuliaan... Tingkatkan ibadah dan tambahkan amalan...
Jumpa lagi dilain waktu... By! By! By!
5 comments:
jalan2 terjumpa blog akak ni. Nice blog n nice to meet u here..
wey Minah... lama betul menghilang... cik phm kesibukan anis tu.. cik pun tgh busy arini..hanya dpt berkata 2 patah perkataan di ruang komen ni.. byee.
Buat Nor Azian, terima kasih sudi singgah... Tuan rumah sekarang ni busy sikit... Bila free nanti akak akan layan tetamu-tetamu yg sudi singgah di sini ya...
Makcik ku yg ayu.... Kenapa J.B dah tak best mcm dulu ya... Anis frust gila masa ronder J.B dah hilang tempat memori terindah masa kita sama-sama kat sana dulu...
Alhamdulillah, alkhirnya berkesempatan jua Anis mencoretkan sesuatu.
Post a Comment