Sunday, January 3, 2010

PERCUTIAN BERSAMA EMAK DI KAJANG DAN BANGI

Bila tengok mak pegang lampu tu, teringat masa kecik-kecik dahulu masa bekalan elektrik tak ada di kampung. Lampu inilah yang menerangi teratak kami sekeluarga..

Sesiapa yang nak berkunjung ke satea Kajang ni, bolehlah rujuk waktu kedai beroprasi di atas ni...


Mak sedang menikmati satea kajang. Makan pun, mak ingat yang kat kampung juga..

Menunggu satea yang belum siap dibakar... Ustaz Syahir kecik yang baca doa... Heeee...

Ini adalah sebahagian ruangan sudut hiasan di Satea Kajang ni... Cantik tak? Datanglah ke sini..


Ini kami berada di Stadium Kajang, saja jalan-jalan. Kebetulan hari ini last day Jubli Perak yang dianjurkan oleh pati perikatan. Shoping tudung je di sini... Jangan ada orang kata aku nak berpolitik pulak ya...


Kami singgah di Masjid Bandar Baru Bangi untuk mengerjakan solat zohor.

Dah sampai pun di Kampus Mira...


Inilah bilik mira... Bersepah lagi... Belum sempat kemas... Mak nampak penat kerana menaiki tangga yang tak bergerak itu sampai tingkat 4.

Tengoklah sendiri. Tinggikan... Penatnya Mira hari-hari nak turun naik tangga tiap-tiap hari.

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

laparnya nampak sate tu.. last kami pegi 2 tahun lepas.

Duduk kt tingkat 4? Oh semua tu aku dh rasa time belajar dulu... Penat tu mmg ler penat.. ala Anis.. budak2 muda, dia tak akan rasa penat mcm kita yg dah beranak-pinak ni... aku rasa kalau tingkat 8 pun, stamina dia tu masih ok. Kurang2 bleh slimkan badan.

Teman Setia Anis said...

Tapi mira dah mengeluh je... Aku tengok angin kat badan dia tu banyak mengalahkan orang dah kawin.. Heeee... Macam mana anak sekolah hari ini? Syahir mula -mula masa aku tinggal dah melalak, lepas tu o.k je... Bila cikgu suruh nyanyi dan macam-macam lagi lupa sedihnya... Tapi aku pulak yang macam nak nangis bila anak-anak dah sekolah... Penat betul jadi dreba tak bergaji ni...

Putri Cahaya / Putri NAJ said...

kuang3..hehehe...aduh...dulu kena duduk kelas tingkat 4 dan asrama pun tingkat 4...tapi...tiba2..kena tukar kelas kat tingkat 5 pulak..arghhh...pengsan..

MSOM said...

Aku pernah makan kat situ, Cikgu Zainal belanja. Pkl 1 pagi Sah...kedai pun dah nak tutup.

Emak ko memang macam tu,makan sedap sikit ingat kampung. Macamana lah tak ingat, bapak engko tak ikut!