Tuesday, December 1, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU MOHAMAD FADELI

Haaa... Inilah sireh junjung tak pulang ke ganggang... Sireh ni mak usu yang gubah. Dia memang mengambil tempahan menggubah sireh junjung ni. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah tempah. Sireh junjung ni harga dia rm80 only.
Dalam banyak-banyak benda dalam majlis tu, inilah yang paling best... makan free.. Nampak sangatlah aku ni kebulur time tu... Yalah dah pukul 1tengahhari manalah tak laparnya... Pengantin belum makan kita dah serbu dulu... Nampak tak ayam tu dan udang galah tu? Memang sedap... D.R sampai-sampai cari air dulu... Boleh tahan masakan rumah pengatin perempuan ni...
Ha.... Untuk tatapan untie MM, inilah wajah mak usu yang terkini. Untie MM kata mak usu kita ni awet muda ya. Agaknya dia awet muda sebab mandi sireh hari-hari kot.. Pandai-pandai aje aku ni. Yang sehat walafiat tu anak sulong dia, Muhammad Amin Syamil. Mak usu kata anak dia ni jadi macam tu sebab terlebih kasih sayang... Yang boy kecik tu anak bongsu dia. Yang atas riba dia tu anak ke empatnya. Dua orang anak dia aku tak sempat nak ambik gambarlah... Ha yang pakai baju kuning tu Darling mak usule...

Ini wajah-wajah pengiring pada majlis tu. Mak ngah, cik Mik, cik Pen dan cik Salmah sekeluarga, mak usu dan keluarga, ani, azam dan adik-adiknya, turut serta saudara mara cik Moktar dan tidak ketinggalan aku le... and D.R, Am dan Syahir.
Majlis akad nikah pada pukul 10pagi di Masjid Jamek Sungai Buloh. Kepada Hajah Kasminah dan Haji Moktar, tahniah kerana mendapat menantu. Insallah kami akan bertandang ke rumah kalian pada 6hb Desember ni. Aye dan Su welcome to my club. Moga cepat-cepat timang anak yaaa....

2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

lama kita tak together gather mcm ni kan? Bila la Am tu nk pinang aweknya.. dpt gak kita makan nasi minyak lagi.. alamak laparnya aku tengok gmbr makan2 ni...

Mak Usu dah buat kerja menggubah2 plak.. rajin tol dia.. ya la.. Cik M**** pun ada ckp.. ada rahsia di balik sirih ni utk jadikan kita awet muda.. tp cara2nya tak boleh la tulis kt sini sbb ianya agak 18sx sikit... aku ni pakkal je la tanam sirih tak pernah hidup..

Teman Setia Anis said...

Tahun depan ada lagi seorang nak naik pelamin anak cik nah ni. Dapat anak datuk. Makan nasi minyak lagi le aku... Am cakap dia nak tunggu orang datang pinang dia baru nak kawin. Hantarannya 1juta.