Friday, December 25, 2009

MIMPI YANG MENYAKITKAN HATI

Malam tadi aku bermimpi D.R aku kawin lain.... Benggang giler... Sampai bila aku banggun tidur pun aku tengok dia menyampah dan geram ...sangat...sangat... Tapi aku tak cerita mimpi aku kat dia.. Nanti buat D.R tergelak besar jea... Dalam mimpi aku tu, aku nampak isteri no 2 dia tu cantik... Duduk pulak rumah besar yang banyak bilik.. Manakala aku.. Dalam mimpi tak dapat duit belanja dan rumah biasa je... Tapi dalam mimpi tu aku boleh berbaik-baik dengan Madu aku tu.. Siap makan bersama dengan mak dan abah kat rumah madu aku tu... Kepada sesiapa yang boleh mentafsirkan mimpi aku tu silalah beri komen ya... Kepada untie MM boleh tak ko pling-pling kat cermin ajaib untie tu...

8 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

ohhhh... ko penat sgt tu agaknya.. atau ko lupa nak basuh kaki sbb tu ko mimpi yg bukan2..itu semua hasutan IBLIS utk melihat ko porak poranda!

oh ya sbb ko tnya.. maka aku jwb secara jujur...menurut pling pling cermin hikmat aku ni kalau kawin dlm keadaan bersanding dan diarak beramai-ramai membawa maksud..(ada org tua ckp dgn aku) kalau mimpi mcm tu org yg diarak td akan diarak tp bukan atas pelamin la tp.... sob sob sob.... hik hik hik... tak sampai ati aku nk abiskan... nauzubilahminzalik... jgn la percaya sgt tafsiran aku ni ya..

tapi kalau ko tak nmpk kejadian sanding tu just tau dia kawin.. ko tnya la Cik Siti sbb dia pun pernah mimpi serupa.. aku tak ingat sgt.. kot2 ko rajin ko sms la dia tu... Waallahualam..

Mimpi hanya la mainan tidor..usahlah terlalu memikirkannya tp sebaiknya jika bermimpi yg bukan2 lepas terjaga tu terus ludah ke kiri dan sebut nauzubilah minzalik supaya ianya tidak berlaku di alam nyata.

Teman Setia Anis said...

Tapi mimpi tu aku tau dia dah kawin je.. Macam mana pun mimpi tu buat aku sakit hati sepanjang hari... Aku pun terlupa bila terjaga dari tidur aku kena ludah ke kiri. Dulu ada juga org cakap bila mimpi tak baik kena tepuk bantal dan ludah ke kiri. Tapi aku betul-betul lupalah.. Terima kasihlah sebab dah memotivasikan aku hari ini...

Putri Cahaya / Putri NAJ said...

Salam ceria...ermm...mak kata...kalau mimpi macam ni..maksudnya dapat rezki lebih kot...hehe...mak yang kata...

MSOM said...

Betul! Aku pun fikir kau akan dapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Mungkin menang kereta Alza kerana sesuatu pertandingan sempena kempen jualan hujung tahun ni, mana taukan? Belum cuba belum tau.

Teman Setia Anis said...

Haahahaaa... Kelakar lah cik som ni.. Mcm tau-tau je aku masuk peraduan tapi bukan kereta tau... Adalah... Aku dah berangan-angan kalau aku menang peraduan tu aku bawak emak, abah dan mertua aku pergi umrah... Mudah-mudahan dapat...

Teman Setia Anis said...

Putri, terima kasih ya cakap kat mak, sebab meramalkan mimpi aku yang pelik tu ya...

Putri Cahaya / Putri NAJ said...

ye..sama2...mak kata sebab hari tu akak kata akak masuk peraduan tu..kalau menang nak bawak mak pergi umrah..so..agaknya menang la tu...huhu..InsyaAllah..

YIN-WONG KHOO LAI said...

Hang kena jaga betoi2 laki hang... penampilan mesti tip-top dan sedia berkhidmat.
Tak da la... saja aku bagi gempaq kat hangpa.
Nak dapat rezeki lebih tu... naik pangkat kot?Insyaallah.
( sorry komen tanpa memperkenalkan diri )