Wednesday, December 23, 2009

BULAN MAKAN DAN TAMBAH BERAT BADAN.

Roti canai dan teh tarik bukanlah makanan yang berhasiat tetapi kenapa kita suka memakanya. Sebab dia sedap... Ya betul... Tapi awas jangan diamalkan selalu kerana kolestrolnya tinggi. Roti canai ni adalah yg tersedap di area tempat aku tinggal ni. Nama tempat tu Kg Melaka.


Sambal belacan buah quini. Pernah makan tak? Sedap bila makan dengan ikan masin sepat atau dengan siput sedut masak lemak batang keladi. Caranya mudah saja. Cili padi + cili merah 1biji + buah quini + garam sikit + belacan yang telah dibakar, tumbuk lumat-lumat, sedia dihidang. Cubalah jangan tak cuba.

Atau cara paling mudah, kita pergi masak di kedai. Duduk di tabel dah siap tinggal makan je.. Senangkan...


Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga... Nyam-nyam nak masak apa ya ikan ni.. Goreng pun sodap.. Macam biasa je dengar dailog ni...
Bulan ni aku suka sangat shoping beli buah-buahan. Bila peti ais tak ada buah aku cepat-cepat pergi pasar beli macam-macam buah. Janji peti ais aku tak ketandusan buah-buahan. Malam ni saja aku makan buah oren, belimbing dan avacado.

2 comments:

MSOM said...

Sedapnyerrrrr roti canai tu..............
Hari-hari aku makan roti canai...........
Kalesterol, masterol yang penting halal,kita kan dah imbangi dengan banyak herba

Teman Setia Anis said...

Halal memang halal. Tapi pernah satu hari tu kat restoren teet.. tukan, restoren adalah kat kota metropolitan ni la juga, tukang uli roti canai diakan berpeluh2, tanganya penuh bulu dan yang mengelikan tu peluh dia jatuh kat dalam loyang tempat dia menguli tu.. Lepas aku tengok kejadian tu aku lama tak makan roti canai. Entah tiap kali aku nak makan aku terbayang2 mamak tu. Bukan terbayang2 jatuh cinta kat dia tau, terbayang2 peluh dia tu dan bulunya. Agaknya roti tu sedap sebab tu kot... Yakkkk...