Thursday, December 31, 2009

BILA KU RINDU AKU TERSEBUT NAMAMU...

Inilah wajah nenekanda ku yang paling aku sayang... Emak kepada abah aku. Bila aku terkenangkan dia yang semangkin tua, aku jadi sayu.. Mengapa masa begitu pantas berlalu.. Aku rindukan masakkan nenek yang lazat-lazat itu... Aku nak tag nenek sebagai nenek yang penyayang dan pemurah. Kerana aku dah tua-tua ni pun kalau jumpa dia, dia akan memberi aku duit belanja, macam aku masih budak-budak.. Tak jemu-jemu memberi kasih sayang kepadaku... Nenek kau insan teristimewa dalam hidupku...


Pagi ini entah kenapa aku rindukan wajah ini. Mungkin malam tadi masa aku baca yasin aku sebut-sebut nama dia... Atuk aku rindu sangat dengan atuk... Sedar tak sedar dah beberapa purnama atuk tinggalkan aku... Atuk merupakan abah kepada emak aku..... Aku nak bagi tag kat atuk sebab dialah atuk yang paling aku sayang kat dunia ni... Walau dia garang sangat, kawan aku gaduh masa aku anak dara dulu, tapi atuk best of the wold.. Sayang sangat-sangat... Semoga allah mencucuri rahmat keatasmu atuk... Amin...


1 comment:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

e'eh.. ko sempat bergambar dgn arwah Atok ya! So cute je.. love this pix. Aku nak curi gmbr ni! Hahaha.