Monday, November 14, 2011

Batu Seremban permainan kanak2 waktu ni...


Batu seremban yg siap ditempah... Rm1.00++... Tertakluk pada saiz..




Batu seremban dgn pelbagai warna menarik perhatian kanak2 untuk membelinya.. Kini sudah menjadi salah satu permainan kesukaan kawan anak2 ku di sekolah.. Tak cukup satu sampai tiga dan kadang2 banyak, sebab budak2 ni suka tukar2 warna. Ada yg beli banyak2 tu untuk adik dan kakak dan kadang2 kanak2 lelaki pun suka permainan ini... Pengaruh batu seremban ni bermula dari anak akulah yg besar.. Mula2 suka2 je nak bawak ke sekolah dalam 5 set... Tak sangka lepas tu permintaan meningkat sampai 200 set... Termasuklah guru2 di sekolah seolah2 mengalakkan permainan ini... Kata cikgu permainan ini banyak membantu kanak2 berfikir.. Sehinggakan pada satu hari tu, di sekolah anak ni mengadakan permainan batu seremban ni sebagai salah satu aktiviti ... Tak pasal2 anak aku jadi hakim pertandingan.. Sebab tulah kawan2 kat sekolah memanggilnya taukea batu seremban... Pagi2 kena serbu budak2 sekolah mcm artislah anak aku 2 org tu... Berebut2 memilih batu seremban yg telah aku siapkan... Kini anak2 aku lebih bersemangat untuk berniaga... Dan dgn berniaga tu otak dan pemikiran anak2 aku semakin berkembang.. Alhamdulillah dia dah bijak berkira2.. Keputusan matematik pun x adalah merah lagi.. Kini kakak ku yg berada di kampung pun telah mengikut jejak langkah ku... Dari situ baru tahu benda ni boleh jadi duit... Sekurang2nya dia xlah bosan dan memikirkan hari2 bagaimana dia nak menambahkan sumber pendapatan... Walau x berjuta tetapi hari2 pegang duit... Biasanya aku dan anak2 akan simpan duit2 tu sebagai tabung keluarga... Bila kami rasa teringin sesuatu kami akan kumpul hasil jualan duit batu seremban tu sampailah cukup dan akan gantikan duit tu dgn barang2... Rasa puas bila kita gantikan dgn barang.. Boleh guna satu keluarga... Kepada sesiapa yg ada kain perca tu jgnlah dibuang... Banyak faiedahnya... Kerana di Malaysia ni berapa banyak buah sekolah rendah... Dan cuba kira kalau di sekolah tu muridya ada lebih 500 org... Darapkan dgn rm1.00++ tu... X ke banyak... Pokoknya kena rajin... Walau rm1.00 kumpul2 jadi barang... Ni cuti sekolah dah nak bermula, kanak2 memerlukan satu permainan untuk menghilangkan kebosanan mereka... So apa lagi mehlah beli ke buat ke, dan jadikan permainan batu seremban ni permainan teradisional yg x lapuk dek zaman...


Sunday, November 13, 2011

Mood pagi isnin..

Pagi semua... Hari ni entah kenapa tiba2 aku terajin meng up date blog aku yg dah semak samun dan sawang dah tebal berinci2... Oleh kerana mood pagi ni x berapa baik jadi aku buat kerja2 yg sepatutnya aku x buat... Dan kerja dah sedia ada menanti aku x buat... Apalah yg aku nak merepek pagi2 ni ya... Oh ya.. Mcm biasalah bila bergelar ibu ni pagi2 mood isnin memang agak kelangkabut sikit.. Apatah lagi semua kerja pagi ni aku kena buat.. DR x sihat, kaki terkehel le plk gara2 main badminton kemarin... Adik aku Am kena cacar air le plk.. Penat pulak tengok org sakit2 ni... Urusan pagi ni semua aku kena buat sorang2... Terkejar2 buat sarapan, uruskan baju2 anak2.. Terjerit2 suruh anak solat.. Aduiiii... Tak habis kat situ si Syahir yg memerlukan perhatian lebih menguji kesabaran ku... Dah sabarrrr sgt2 ni... Dah nak masuk tahun 1 pakai baju pun x reti2 lagi, adehhhh.. Lepas antar anak2 ke sekolah aku pergi pasar sayur. Lama betul aku x ke pasar pagi2 mcm ni... Selalu aku beli barang dapur kt Pasaraya Econsave je... Entah mood pagi ni tetiba aku rasa nak ke pasar... Org cuci mata tengok baju ke, kasut ke, beg tangan ke... Ni x, aku ge cuci mata tengok ikan kt pasar...Heee... O.k gak terapi mata pagi2 ni tengok benda2 mcm tu.. Sikit sebanyak hilangkan ketegangan kt otak ni... O.klah ya... Saja jelah aku nak merapu kt blog ni pagi2... Lepaskan tension..